Pages

Friday 13 April 2012

CAMERON HIGHLAND


HEllo..Hello….
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Syukur...
Cuma tak berkesempatan nak menjengah dan menulis blog atau ber-blogwalking..sebab busy tak bertempat..hehe masuk je bulan April ni,tetiba aku banyak kerja kat ofis..dengan tender la,submission la…arghh…ke sana sini…aku baru je balik cameron highlands weekend lepas, short holiday dengan family…ni esok nak ke gambang+kuantan+pekan….giler,lotih mak..tapi disebabkan suami ku yang baik hati ni nak ikut aku ‘bekerja’,jadi esok,aku boleh bersenang-lenang jadi co-driver..TQ suami…

Yang lebihnya aku nak cerita kat sini,of-kos pasal short holiday aku ke cameron highland..takkan nak  cerita submission aku kat pekan lak kan..takda siapa nak tau pun..huhu..ok,sebenarnya,aku + family aku ada jemputan kenduri kahwin kat Tapah,jadi alang-alang dah ke Tapah..mak aku ajak g cameron..aku dengar nak g cameron terus excited,segar dari segala kelesuan..tapi bila pikir-pikir budget..adeh macam tak cukup je..sebab aku nak g travel lagi hujung bulan kan…hmm..adik aku,ernie,memang dah mengeletis nak ke cameron…setiap minggu aku balik kampung ~kampung la sangat…~,dia saja tak abis-abis cerita pasal CH..aku dengar terbakar je kan..terus aku cakap..AKU NAK IKUT LAA..haha lagipun,mak aku cakap dia dah book apartment 3 bilik…boleh la aku tumpang tidur kan..huhuhu (tumpang?? Ye..ye..aku tak bayar pun,FOC)..mekaseh mak! Lagi satu,SIR cakap dia tak nah g CH..LOL ok,maybe pernah,masa kecik-kecik dulu.

Day 01:
Aku gerak dari rumah kul 8.00 pagi…kitorang g breakfast dulu kat mamak,sri rampai..dah janji ngan ayah aku kul 10am jumpa kat R&R Rawang…lepas abis sarap,amek mak long aku kat taman permata…tepat 9.00am,kitorang gerak…….dan tepat 10am juga kitorang sampai R&R Rawang,,sedang elok,ayah aku pun sampai….bagus,bagus…menepati masa.

Estimation time ke tapah sejam setengah.itupun kalau jalan smooth,tanpa jem..mentega...kaya dll..­^_^
Tol: sungai buloh ----> tapah = RM17.90

Dalam kul 11.30am,kitorang dah sampai rumah orang kahwin tu.sebenarnya diorang ni jiran masa aku duk TNB quarters kat bangsar dulu…kira mak si pengantin ni BFF mak aku la…hee tu yang rajin mak aku ke Tapah ni…sambung cerita,kitorang sampai awal la pulak kan…tetamu semua tak datang lagi..hehe kitorang makan la dulu..kene la tunggu pengantin dulu kan,dalam kul 12.30 pengantin dah sampai..cepat tul diorang ni..kalau kat KL,cakap je kul 1pm sanding…kul 2pm baru la nak berarak sume..ceh..


aku+iqi ngan munira+ariq (adik pengantin)..besfren sejak kecik..

Lepas dah amek gambar ngan pengantin,terus la kitorang gerak ke CH….ayah aku decide ikut jalan Simpang Pulai…walaupun sebenarnya jalan tapah  lagi dekat.jadi..ikut saje la…kena la keluar balik ke highway,masuk tol simpang pulai.
Tol: tapah ----> simpang pulai = RM5.60

Perjalanan dari simpang pulai ke CH,atau lebih tepat..ke Brinchang,lebih kurang 2jam..ni pun aku agak-agak je,sebab lupa nak catit masa…sowi..huhu boring gile sepanjang perjalanan ke atas tu,dengan jalan bengkang bengkok kan..tapi aku tak leh lak nak lelap..sebab takut SIR pun terlelap skali nanti…

lori angkut sayur...banyak kat ch ni...

Sampai je brinchang,kitorang terus ke apartment..nak rest dulu..letih gak la kan..nasib baik sepanjang perjalanan ke CH iqi tidur je..selamat aku…haha apartment yang mak aku sewa ni,kira macam budget apartment jela…rm250/n..3 bilik..jadi kitorang memang tak expect lebih2 kan..cukup la sekadar selesa untuk tidur..lagipun bukan nya lama nak stay situ kan..

view dari balcony apartment

ni la apartment yang aku stay..

Sebenarnya ni bukan apartment,ni shop lot,dia bikin jadi macam apartment 3 bilik…tapi aku rasa ok la,sesuai dengan harga dia.huhu kata nak budget je kannnn…bilik 1 = double queen, bilik 2 = queen, bilik 3 = queen. Ada hall,dining tapi takde dapur.
Walaupun aku g CH ni bukan time cuti sekolah,tapi ramai juga yang datang CH ni.masa aku check-in,ada juga family yang datang tanya bilik kosong…tapi semua dah fully booked..kesian gak aku tengok,dia siap cerita dah penat naik turun hotel tanya bilik kosong..tapi semua dah penuh..mungkin kalau ada hotel yang mahal2 lah kan...sila lah ke de'la fern,ofis lama aku buat tuhh..

5.00pm: kitorang siap-siap..turun bawah,jalan kaki ke pasar malam…dekat je pun..pasar malam Brinchang ni pun sebenarnya salah satu tarikan pelancong,and mostly orang datang CH masa weekend sebab nak g pasar malam ni.takde apa pun yang special sangat sebenarnya,masih sama macam pasar malam tempat lain,tapi nama pun CH, banyak la orang-orang berniaga sayur-sayur segar…bunga rose..strawberry..dan boleh dapat dengan harga murah. Aku pun beli la juga jagung manis..ngan keledek yang kaler purple tu..sedap woo..
brokoli goreng ada..kincam goreng ada..water crest goreng??


jagung manis


yang hijau 'cantik' ni..jambu epal namanya

dah datang CH..mesti la makan strawberry cokelat kan..hehe
FM...FM

semua nak di-strawberry-kan

macam nak beli kan untuk iqi..tapi tak beli pun,sebab dah banyak sweater dia



ibu sibuk posing amek gambar..iqi sibuk minum air laici dia..hee




Malam aku dinner dekat kedai Pak Nik Ikan Bakar…dekat je ngan apartment aku tu..10 tapak dah sampai..haha lagipun kitorang malas nak keluar kereta..nanti takda parking lak.makan jela yang dekat-dekat.aku tengok  kat brinchang ni macam tak banyak kedai melayu je..kedai makan cina memang berlambak..kalau area tanah rata tu,mungkin banyak kot.  (sebab,hari kedua aku balik ikut tapah,lalu tanah rata..tengok banyak kedai makan melayu..) servis kat pak nik ni agak slow…tapi aku tak boleh nak komplen sangat la kan..sebab memang ramai betul yang datang makan kedai ni….iqi pun dah mengamuk-gamuk lapar kan..terpaksa la beli dulu yong tau foo untuk dia..baru la diam..sian iqi..
Harga? Kitorang makan ikan siakap sekor masak 3 rasa, ayam paprik (5pax), kailan ikan masin (5pax) , tomyam campur (5 pax), nasi putih 7 pax dan air-air..rm120..tatau nak cakap mahal ke tak..tapi maklong aku yang belanja..kira ok la kan..haha makan free tuu..




kekenyangan


Lepas makan,aku terus balik apartment..ernie ngan acap,g marayau lagi ke pasar malam..aku dah ngantuk,tak kuasa nak ke pasar malam…iqi pun dah mamai jek,terus balik n tidur.
p/s: malam memang sejuk gilos kat sini..aku memang tak tahan,siap pakai bau 2 lapis+stoking..n selimut tebal.
Ok,hari 02,sambung esok-esok..aku dah malas nak menaip ni…nak titun..Zzzzz

No comments:

Post a Comment