Pages

Wednesday 29 May 2013

BEIJING - ep.01

Camana aku nak mula,aku pun tatau..emm..*belasah jela*

BEIJING :  30.4.13 - 5.5.13
Aku simpulkan trip aku ke Beijing,China ni kira OK la..bolehla melepas gian nak berjalan...lama tu aku tak berjalan-jalan..last trip aku ialah ke Korea bulan 9 tahun lepas...fuyooo..lama kan memerap di rumah...hehe Niat aku nak tengok bunga ngan panda tak kesampaian...sebab,walaupun masa aku ke Beijing masih dalam musim bunga,tapi dah sampai hujung-hujung dah..bunga-bungaan dah habis gugur...Cuma belum summer suhu sekitar 24c – 26c je...rasa macam duk dalam ekon jelaa...lagi yang tang panda tu,semua ahli rombongan taknak pulak g zoo panda..takut kena virus H7N9 tu..err..ada kaitan ke?? Virus tu kan punca dari ayam kan...errk...apa-apa jela...

Kesian kan aku tak dapat nak ber’spring’ tengok cherry blossom..huhu.. dah la trip ke Melbourne terpaksa dibatalkan...kempunan mak nak tengok tulippppsss nok...huwaaa...hehehe nak buat camana, aku nak terberanak dah bulan 9 nanti...redha jela..takde rezeki aku tahun ni,moga tahun depan rezeki datang lagi...dapat baby baru pun rezeki juga...haa tengok,anak aku dah tendang-tendang dalam perut ni..tau ibu cerita pasal dia la tuh...adeeehh...^_^

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

30.04.2013



Flight ke Beijing pukul 6.15pm...jadi dalam pukul 2.30pm kitorang dah gerak ke LCCT..aku rasa macam awal sangat kitorang gerak,tapi kalau pergi ngan mak-mak,memang macam ni..kalau ikut mak aku,kul 1pm dia nak ada kat sana kot..heh oh lupa nak bagitau,rombong cik kiah ke Beijing ni,ada 10+1  orang ahli...family aku  6 orang (mak,ayah,adik aku 2 org, aku ngan sir + iqi), 2 orang makcik aku, sorang kawan mak aku ngan anak buah dia sorang...macam yang pernah aku bagitau,untuk trip ni,,flight tiket aku booking sendiri,harga dalam RM700 – RM860,berbeza-beza sebab korang tau jela,book time promo...macam-macam masalah..bila aku dah isi semua details,hang pulak time nak buat payment..bila nak isi lagi sekali..harga dah naik pulak..aish...nasib baik aku tabah..huhu paling murah tiket adik lelaki aku RM740..paling mahal tiket laki aku RM860...lepas tu aku amek Muslim Ground Tour, RM450..kalau pergi ramai-ramai,boleh dapat harga murah lagi...Pakej ni termasuk hotel, makan, tour, tips, visa....tinggal bawak duit shopping je...total trip ke beijing ni,kata la Flight rm900/pax + tour rm450 = rm 1350 sahaja...murah kan!! 

Perjalanan 6jam ke Beijing memang membosankan... dah la kena himpit-himpit ngan iqi,dengan punggung aku yang makin melebar ni...adoyai..lepas ni kena beli 3 seat la,baru selesa..tapi sanggup kah aku nak bayar extra rm700..errrrrrkkk...*geleng* nasib baik hari malam,memang senang je aku nak tidur dalam flight tu..ada sekali tu aku g depan duduk kat Hotseat..kosong je kan..tengah syok-syok tidur..cik pramugari kejut pulak,tak bagi aku tidur situ..kena bayar extrakatanya.. hampesss....malu i tau!!

Lebih kurang dalam pukul 1am++, kitorang pun sampai di airport beijing...mata aku separuh je...tak dapat nak bukak luas-luas..ahkak lotih dik oiii...hehe tengah jalan nak ke kaunter passport tu..nampak sekumpulan manusia melambai-lambai ke arah kitorang..terus tergelak aku..segar dah mata...makcik-makcik sedara @sepupu-sepupu mak aku yang tengah melambai-lambai tu...diorang dah nak balik KL,duk kat ruang menunggu tu...maknanya flight yang bawak kitorang ke beijing ni akan bawak diorang pulang....gituww...apa lagi,kepoh la mak ngan makcik-makcik aku yang lain menjerit-jerit..macam 5 tahun tak jumpa kan...tapi,memang pun..aku rasa time raya jela baru berjumpa...dah la kitorang jarang sangat balik Segamat tu..heheh


makcik-makcik aku


Keluar je pintu,dah nampak tour guide kitorang...amoi,nama dia Lisa..aku ingat pandai la cakap melayu dialek indon..sebab rata-rata aku baca blog,semua cakap macam tu..sekali yang aku dapat ni,tak reti pulak..cakap english je...sudahhh!! mampuih abak den nak paham kan....hehe

Kitorang tidur kat Ming Du hotel...agak jauh dari bandar...lebih kurang 30 – 40 minit perjalanan kot...hotel dia agak bersih,bagi aku selesa la..tapi yang tak best nya, takdak IRON...arghhhh..stress aku tau..aku dah siap request kat tour agen yang kat KL,bagi hotel yang sediakan iron...dia cakap ‘Ok..Ok...normally,all hotel provide iron’..yela,tak kan aku nak hangkut iron dari KL kot...tapi kalau dia bagitau awal-awal,gigih kot aku hangkut jugak....dulu masa bagi g Bali,aku bawak tau..memang sangat gigih..heheheh oo lagi satu,aku rasa hotel ni tak sesuai bagi backpackers...sebab jauh dari public transportation...jauh juga dari bandar..tolonglah pilih hotel lain ok...tapi kalau datang ikut group tour..Ok je...


K, la..to be continue....

Thursday 23 May 2013

Ber-Meatballs @ IKEA plus Resepi lagi..^_^

Balik je dari Birthday Adam kat KFC TTDI..kitorang taktau lagi mana nak tuju..terus aku ajak SIR g Ikea..ingat nak cari rak besi yang harga rm39 tu..nak letak kat dapur..umah aku kecik je, tapi barang makin bertambah-tambah..setor takdak..memang susah..jalan terbaik..cari rak,susun barang bertingkat-tingkat..save space..

Penat je aku jalan-jalan dalam Ikea,tapi tak jumpa rak tu..aku berhenti sat tengok catalog,pon takde...hmm.. lantaklah..terus rasa malas nak beli rak..tak kuasa dah nak cari..nampak tupperware Ikea yang 17unit = RM14 tu..nak beli tapi macam nak carik makanan + minuman dulu,laparrrr... *padahal baru makan KFC tu* kaki pon dah penat..last-last ajak SIR makan Meatballs je...Nyum..Nyum..
Tapi keciwa tengok seat penuh je semua..hish..dah la nak kena beratur panjang..=(
SIR cakap tapau je..ok la..aku beratur,Sir jaga iqi yang dah mula nak buat perangai...lama jugak beratur,bila tiba turn aku..

Bang..nak take a way meatballs boleh..
Boleh..tapi kena bawak tupperware sendiri..
Haaa?..*silent*

Aiyak...takkan aku nak bla jap beli tupperware,pastu nak kena beratur balik...ohhh tidak...jadi aku beli jela,padahal dah tau seat takde tu...memang sengaja nak kena maki ngan laki sendiri la aku ni kan....*gulp*
Bila dah beli,jalan la cari Sir..ade je dia duduk kat tepi escalator,tengah layan iqi melentok-lentok...hati dah berdebar-debar..takut kena marah...haha 

Yang,boleh tapau..tapi kena bawak tupperware sendiri la..*buat muka kesian smbil pegang tray*
Yeke?? patut sy nampak orang-orang lalu pegang tupperware yang awak nak beli tadi tu..

Aku bukan kisah pasal tupperware tu,tapi lega dia tak marah..hee pusing-pusing sat dalam sebarang dua,nasib ada seat..duduk cepat-cepat,takut orang lain amek seat..hee..baru nak makan aku tanya dia...

Eh,yang..bukan baru-baru ni ada isu pasal meatballs Ikea ni ke?? pasal ape eh..daging kuda ke hape tah..
Aah..ada campuran daging kuda kott..tapi dah setel dah..takde daging kuda..
Mmm..kita orang islam haram ke makan daging kuda...? *nampak soalan jahiliah aku..T_T*
Boleh je kan..tapi maybe tak boleh untuk agama lain..tu yang jadi isu..

Nampak tak disitu Ustaz Shah Izwan bagi penjelasan..ntah betul ke tidak jawapan dia tu..aku yakin je..terus bedal.. ngahaha tapi makan kat situ memang tak puas kan...ke ...aku je yang pelahap nak makan banyak-banyak..?? hee takpe-takpe,uolls atau iolls sendiri boleh buat kat rumah..meh aku nak kongsi resepi..




Resepi Meatballs Ala IKEA

1- meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.Emm..kalau takde jenama Marina,belasah jela meatball jenama apapun..

2 - kentang goreng secukupnya.Pilihan WMR ialah fries kerinting..haha


3 - 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit


Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

-2 sudu butter


-1 1/2 sudu tepung gandum


-Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit (diblend pon boleh)


-sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu


-1 1/2 cawan air sejuk, *


-100ml susu segar/susu cair *


-3 sudu sos tomato *


-3 sudu sos tiram *


-2 sudu kicap manis *


2 sudu lada hitam *


-1 kiub ayam/ daging*


-sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa


Cara-caranya: 


1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.


2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.


3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato


4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.


5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)


6. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. 


YUMMY...!!

Senang je kan..moh kita mencuba bersama-sama..hik hik

TQ kepada pemilik blog..iolls copy & paste je..
Resepi dari blog: http://mytravelmyfood.blogspot.com

Monday 6 May 2013

PANGKAH [X] Dengan Mata Rabak

Flight dari Beijing pukul 2am....6jam perjalanan,aku tak dapat tidur dengan lena sebab kena kongsi seat dengan iqi yang tidur nyenyak sampai mencaras tempat duduk ibu...bagi can kat anak..huhu sampai LCCT pukul 8am...selesai urusan imigresen jam 9am..terus amek teksi van balik puchong,sampai rumah pukul 10am...kemas-kemas barang sikit, mandi dulu selepas hampir 24jam tak mandi...barulah dapat tidur..pinggang memang sengal ya amat..lega dapat melelapkan mata...tapi itupun 1jam setengah je...dengan mata yang rabak..aku dengan gigihnya keluar mengundi,menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..hoyehhhh... pertama kali mengundi ni..hee bak kata incik Orga "baru cukup umur" hak hak hak

Lepas tu aku rushing2 pulak balik ke Wangsa Maju,laki i nak mengundi juga...memang tak dapat rehat yang secukupnya...pastu,harini iolls kena kerja pula...huwaa...sangat berharap PM umumkan cuti umum,tapi hampes..hehe

Saya Sudah!
Gambar bawah ni patut aku post masa kat beijing aritu..tapi susah betul nak jumpa tempat ada wifi lah...ayoooo...lagipun dengarnya FB ngan BLOG tak boleh acess di beijing...betul ke?? aku pun tak pasti kesahihanya...

@ Great wall of China