Pages

Wednesday, 29 May 2013

BEIJING - ep.01

Camana aku nak mula,aku pun tatau..emm..*belasah jela*

BEIJING :  30.4.13 - 5.5.13
Aku simpulkan trip aku ke Beijing,China ni kira OK la..bolehla melepas gian nak berjalan...lama tu aku tak berjalan-jalan..last trip aku ialah ke Korea bulan 9 tahun lepas...fuyooo..lama kan memerap di rumah...hehe Niat aku nak tengok bunga ngan panda tak kesampaian...sebab,walaupun masa aku ke Beijing masih dalam musim bunga,tapi dah sampai hujung-hujung dah..bunga-bungaan dah habis gugur...Cuma belum summer suhu sekitar 24c – 26c je...rasa macam duk dalam ekon jelaa...lagi yang tang panda tu,semua ahli rombongan taknak pulak g zoo panda..takut kena virus H7N9 tu..err..ada kaitan ke?? Virus tu kan punca dari ayam kan...errk...apa-apa jela...

Kesian kan aku tak dapat nak ber’spring’ tengok cherry blossom..huhu.. dah la trip ke Melbourne terpaksa dibatalkan...kempunan mak nak tengok tulippppsss nok...huwaaa...hehehe nak buat camana, aku nak terberanak dah bulan 9 nanti...redha jela..takde rezeki aku tahun ni,moga tahun depan rezeki datang lagi...dapat baby baru pun rezeki juga...haa tengok,anak aku dah tendang-tendang dalam perut ni..tau ibu cerita pasal dia la tuh...adeeehh...^_^

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

30.04.2013



Flight ke Beijing pukul 6.15pm...jadi dalam pukul 2.30pm kitorang dah gerak ke LCCT..aku rasa macam awal sangat kitorang gerak,tapi kalau pergi ngan mak-mak,memang macam ni..kalau ikut mak aku,kul 1pm dia nak ada kat sana kot..heh oh lupa nak bagitau,rombong cik kiah ke Beijing ni,ada 10+1  orang ahli...family aku  6 orang (mak,ayah,adik aku 2 org, aku ngan sir + iqi), 2 orang makcik aku, sorang kawan mak aku ngan anak buah dia sorang...macam yang pernah aku bagitau,untuk trip ni,,flight tiket aku booking sendiri,harga dalam RM700 – RM860,berbeza-beza sebab korang tau jela,book time promo...macam-macam masalah..bila aku dah isi semua details,hang pulak time nak buat payment..bila nak isi lagi sekali..harga dah naik pulak..aish...nasib baik aku tabah..huhu paling murah tiket adik lelaki aku RM740..paling mahal tiket laki aku RM860...lepas tu aku amek Muslim Ground Tour, RM450..kalau pergi ramai-ramai,boleh dapat harga murah lagi...Pakej ni termasuk hotel, makan, tour, tips, visa....tinggal bawak duit shopping je...total trip ke beijing ni,kata la Flight rm900/pax + tour rm450 = rm 1350 sahaja...murah kan!! 

Perjalanan 6jam ke Beijing memang membosankan... dah la kena himpit-himpit ngan iqi,dengan punggung aku yang makin melebar ni...adoyai..lepas ni kena beli 3 seat la,baru selesa..tapi sanggup kah aku nak bayar extra rm700..errrrrrkkk...*geleng* nasib baik hari malam,memang senang je aku nak tidur dalam flight tu..ada sekali tu aku g depan duduk kat Hotseat..kosong je kan..tengah syok-syok tidur..cik pramugari kejut pulak,tak bagi aku tidur situ..kena bayar extrakatanya.. hampesss....malu i tau!!

Lebih kurang dalam pukul 1am++, kitorang pun sampai di airport beijing...mata aku separuh je...tak dapat nak bukak luas-luas..ahkak lotih dik oiii...hehe tengah jalan nak ke kaunter passport tu..nampak sekumpulan manusia melambai-lambai ke arah kitorang..terus tergelak aku..segar dah mata...makcik-makcik sedara @sepupu-sepupu mak aku yang tengah melambai-lambai tu...diorang dah nak balik KL,duk kat ruang menunggu tu...maknanya flight yang bawak kitorang ke beijing ni akan bawak diorang pulang....gituww...apa lagi,kepoh la mak ngan makcik-makcik aku yang lain menjerit-jerit..macam 5 tahun tak jumpa kan...tapi,memang pun..aku rasa time raya jela baru berjumpa...dah la kitorang jarang sangat balik Segamat tu..heheh


makcik-makcik aku


Keluar je pintu,dah nampak tour guide kitorang...amoi,nama dia Lisa..aku ingat pandai la cakap melayu dialek indon..sebab rata-rata aku baca blog,semua cakap macam tu..sekali yang aku dapat ni,tak reti pulak..cakap english je...sudahhh!! mampuih abak den nak paham kan....hehe

Kitorang tidur kat Ming Du hotel...agak jauh dari bandar...lebih kurang 30 – 40 minit perjalanan kot...hotel dia agak bersih,bagi aku selesa la..tapi yang tak best nya, takdak IRON...arghhhh..stress aku tau..aku dah siap request kat tour agen yang kat KL,bagi hotel yang sediakan iron...dia cakap ‘Ok..Ok...normally,all hotel provide iron’..yela,tak kan aku nak hangkut iron dari KL kot...tapi kalau dia bagitau awal-awal,gigih kot aku hangkut jugak....dulu masa bagi g Bali,aku bawak tau..memang sangat gigih..heheheh oo lagi satu,aku rasa hotel ni tak sesuai bagi backpackers...sebab jauh dari public transportation...jauh juga dari bandar..tolonglah pilih hotel lain ok...tapi kalau datang ikut group tour..Ok je...


K, la..to be continue....

9 comments:

  1. Assalam PBP, ada contact untuk Muslim Ground Tour tu... Mana tau berhajat ke sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam incik mie..

      nanti g usha kat 'selamatbercuti.com'..=)

      Delete
  2. Dear,
    Lama tak singgah sini..rindu sama kamu heeeeeee

    No wonder lah gound pakej nya leh dpt muroh :-)
    JM pun sama..kalau travel x ada iron..rasa cam tak siap je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..memang murah pun,sebab tu dpat hotel jauh dari bandar..Tp kan JM,ada group yg ikut Poto Travel pun dok sini tau...poto nye pakej rm2k+ tau...

      Delete
  3. selalu jugak aku tengok orang kena tegur dalam flight sbb duduk dekat hotseat, hehe...perkara biasa tu aza...ala, iron pun ko nak berkira, letak jer bawah tilam, nanti hilang kedut-kedut tu, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nak duk hotseat kena bayar extra okeh...jangan lupa...haha

      ini la dia LELAKI..letak bawh tilam pun jadi...kalau ikut laki aku,baju keromot itu adalah seni...kannnnnn....
      Nyampah!

      Delete
  4. iron adelah salah satu checklist wajib ade dalam beg. hihihi. belilah travel iron bole lipat tangkai nye

    pegi selang seminggu dua dari i p beijing pegi tros suhu naik canak. cepat btl. silk market bestt nyopping. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..aku duk ikut kata ko la ritu,suhu sejuk..tu yang kemain berjaket winter bagai..sekali panas daaaa....hahah sia-sia 3 helai jaket yg aku bwk..buat berat beg ajek...hahahah

      Delete
    2. tu la macammm kejap nye perubahan suhu. time 4 5 ari berkelana kat beijing mmg suhu paling tgi 10 je kott. unpredictable lah.

      Delete