Pages

Wednesday, 18 December 2013

BEIJING - ep.06

Setelah sekian lama cerita beijing aku tegendala...arini aku merajin kan diri aku yang sebenarnya memang pemalas..hahaha tetibe mood menaip dah mari kan....harus dimanfaatkan nya..*wink wink* itupun sebenarnya selepas aku tengok kakak kazen aku upload gambar cuti-cuti winter di beijing beliau..wahh..gituww..

Last stori sebelum ni,aku stop kat Burning Cream Centre kan...err...Cream yang aku beli kat situ pun dah abis, stori aku je yang tak habis-habis lagi...adehhh *dush..dush*
Ok..lepas kat Burning centre tu,kitorang terus g makan malam..walaupun masih awal lagi kan,dalam pukul 6pm camtu..kira early dinner laa...lepas tu,dalam kul 7pm dah balik hotel....haa..kau,melangok jela duk hotel..dah dapat hotel jauh dari bandar kan..nak merayau sendiri pun tak reti,tak study pape...nasibbbb badannnn..

Hari ke-4.
Macam biasa,bangun awal...kitorang sarapan dalam bilik je...suka betul dak iqi aku hidang meggie ayam kat dia..faveret dia gitu..aku kalau ikutkan memang tak bagi ngan tak suka dia makan meggie..tapi,sebab kat negara orang ditambah makanan kat hotel, ala ala je..aku bagi la jugak..kang kelaparan pulak anak aku..hee

Harini kitorang akan ke SUMMER PALACE...summer palace kira macam Istana Musim Panas untuk raja-raja mereka la..kawasan kat sini sangat luas tau..lepas tu ada tasik besar...kiranya, kalau tiba musim panas raja akan duduk kat sini,sebab ada tasik besar kan,jadi seluruh kawasan ni akan rasa sejuk jeeeee....kebetulan aku datang kan dah masuk musim panas kan,memang betul la kawasn tu sejuk je..nyaman je rasa..




singa kat gambar kanan ni aku ambil dari jambatan kat gambar atas...nampak tak macam rumah kat belakang singa tu,haa
tu la istana nya..gambar kiri tu aku zoooooooommm kan..






Lepas dah penat pusing-pusing dalam Istana Musim Panas tu, kitorang ingat akan terus ke Olympic Stadium yang ala-ala sarang burung tu, tapi dibawa pula menyinggah kat kedai jual sutera.Apakah?? haruskah aku g tempat ini..aku ni pakai baju cotton je dik non...aku bukan isteri menteri macam kak mah pun (opss..)  nak pakai sutera mahal-mahal ni..aduiii..siap dia tebar cadar sutera kau tau..kalau rege rm100 pun belum tentu aku nak beli...hahaha sian pekerja tu,penat mulut dia pot pet pot pet..goda kitorang suh beli,semangat betul dia nak menebar cadar-cadar kat situ...tapi kitorang buat tak tau je..haha pastu dia macam stress sebab takde sorang pun tanya pape kat dia...terus dia bawah turun kat bahagian kain ela...memula aku macam eksited gak..kot-kot ada kain yang lawa,verangan jugak nak pakai sutera...macam sutera kat korea,lawa tau dik non..tapi kat sini..hampessss...tak cantik langsung...terus la kitorang blah, masuk van..tapi anak aku sempat ‘membuang’ kat sini..haha meninggal kan jejak kaedahnya..




Dah tu, ingat teruskan perjalanan ke stadium tu,sekali menyinggah lagi...adoyai...singgah pulak kat kedai barang kemas..jual-jual batu permata bagai..stress la mak ni nok,berapa kali nak bawa tempat-tempat gitu kan...hee

Tapi aku nak cerita ni, masa kitorang sampai-sampai tu,di bawa kitorang ke satu bilik..nak bagi penerangan pasal batu permata la kan..zamrud la, ruby la, sapphire la.. kitorang dengar jela...elok tengah duk dengar, ada seorang minah ni masuk panggil lelaki si tukang bagi syarahan tu..tetibe lelaki tadi tu masuk balik dengan muka senyum melebar,cakap bos dia nak datang..kira dia cakap macam kitorang bertuah sebab bos dia sendiri akan bagi penerangan..puii

Bila bos dia masuk je, ‘Hello..apa khabar....orang malaysia kan..saya pun orang malaysia..saya orang penang’....dia ingat aku nak ‘waaaahh’ sangat ke..aku awal-awal lagi dah baca banyak blog..bitau yang owner tempat permata ni orang malaysia (betul ke idak,aku pun tak tau laaa)....tapi masalahnya,semua blog tulis berlaianan cerita..nampak tak drama diorang..

Ok,masa aku ni,si owner ni cakap dia orang penang...dan dia kahwin ngan wanita beijing,sebab tu menetap di beijing..siap tunjuk gambar dalam fon dia..aku tak tengok..tapi laki ngan adik aku cakap,gambar ala-ala amek dalam majalah..cunnn gilerr perempuan dalam gambar tu heheh dan kebetulan konon nya hari aku datang adalah birthday anak dia..so dia akan bagi diskaun kaw-kaw punya..hee haa..ada jugak blog yang aku baca pun cakap macam tu,dia cakap hari yang diorang datang tu birthday anak dia la,anniversary la..lepas tu bagi diskaun 70-80%...heheh
Dan macam biasa,kitorang tak beli pun..penat dia bagi diskaun...elok harga 700 boleh jadi 150 je....heeee






mahai nak mamposss...
Aku sebenarnya macam kesian sebab diorang ni (orang beijing dan china keseluruhanya..aku rasa laa) tak boleh bukak blog,tak boleh access FB..jadi agaknya diorang tak tau yang kita kat sini nak g negara mana mana akan research dulu..jadi dah tau permainan yang akan dilakukan...tapi kes di atas kat kedai permata ni,aku faham..bila di cakap dan mengaku dia orang malaysia dan kebetulan birthday anak dia,bagi diskaun kaw-kaw..so kita yang datang ni akan macam  terharu la konon dan rasa special..dan akan beli la barang diorang..Drama sangat...bukan jahat pun,cuma drama nak me-laku-kan barang diorang..tapi sebab aku dah tahu, jadi menyampah..hahaha jadi diorang perlu kisah ke kalau aku menyampah kan?? 


Eh..to be continue la eh..^_^

Wednesday, 30 October 2013

YeaY...Dah Dapat REFUND dari AirAsia

Ingat tak kes yang aku cancel trip nak g Sydney bulan sept aritu?? yang sebab aku preggy dan tak boleh nak fly tu?? ingat kan...ingat kan..

Haritu aku dengan gigihnya isi la borang E-form kat website AirAsia tu..dengan harapan dapat la refund tiket aku tu..aku folo step yang azra tulis kat blog dia..dia berjaya refund tiket dia juga,dapat la balik duit dalam bentuk creditshell harga airport tax...

Jadi aku ingat aku pun dapat la refund airport tax je...sekali TIDAK...rezeki aku lebih lagi...huhu
harga tiket one way to sydney untuk 2 pax, RM898...so aku ingat aku mungkin aku dapat dalam RM200+ la kot...bertabah jela..sekali dalam kes aku,aku dikategorikan kes medical...dapat refund full amount uolls..tapi ada charge cancellation fee,RM140 per pax...

Haaaaa...cepat la buat kira-kira..
RM898 - RM280 = RM618..!
aku macam..WOOWW..betul ke ni...hehe sebab tak dijangka kan..
Alhamdulillah...
^____________________^     *senyum lebar*

Nasib baik aku tak putus asa aritu...hampir-hampir aku malas nak isi E-form tu,sebab ingat dapat sikit je..heheh
So,boleh la rancang-rancang travel tahun depan..ye dak??
Papepun,kalau nak berjalan tahun depan,aku kena hangkut 2 hero aku tu...*dush*

Tuesday, 29 October 2013

Cerita Pendek : Beranak!

Hari ke-30
Alhamdulillah..dah sebulan usia Kareem Anaqi @ Aiem..dah tobot tobot anak ibu..hee



Ni pulak gambar ibunya...dah slim uolls...haha aritu naik dari 43kg to 56kg..ni dah sebulan,berat turun ke 48kg...hee ni gambar tadi nak g check-up..jangan ingat aku nak g besuka ria ke shopping complex pulak ye..belum masanya..

Ok la,aku nak stori la pasal kejadian hari beranak Aiem haritu..agak DRAMATIK tau,yang mana aku hampir-hampir nak teberanak atas katil wad,sebab tatau yang baby nak keluar dah...fuhh...

AL KISAHHHH...

28.9.2013 - SABTU
Lebih kurang jam 4 pagi,aku terjaga..sebab nak buang air..biasa la ibu mengandung,memang asik nak terkench je..lol lepas dah sudah aku tidur balik..tapi tak lena..dalam pukul 5 pagi tu aku terjaga balik...rasa ada air mengalir je kat bawah tu...adoi..air apakah? aku pikir aku dah terkench atas katil...sudah! tak penah-penah aku camni..huh tapi makin lama,makin banyak lak air keluar..OMG,water broke...aku terus kejut sir..aku cakap air ketuban dah pecah...terus segar laki aku..hahah tapi aku tak rasa sakit apa pun lagi..

Aku dah selalu baca,orang cakap kalau air ketuban pecah dulu,tak payah kelam kabut g hospital..sebab biasanya baby lambat lagi nak keluar..lain la kalau tumpah darah..so aku macam cakap nanti lepas subuh jela g hospital..tapi sir ajak jugak pegi time tu...lebih kurang pukul 6 pagi,kitorang keluar ke Hospital Serdang..

Dah sampai sana,daftar,doc check..jalan tak bukak lagi..dia suruh tunggu je,sebab nak hantar g wad pun katil takde yang kosong..haih..masalah biasa hospital kerajaan..so aku duduk jela menunggu..ada ramai juga ibu-ibu ngandung yang terpaksa tunggu sama-sama ngan aku...sembang-sembang jela kitorang..kebanyakanya semua nak beranak anak pertama..aku jela yang nak masuk anak kedua..kira aku otai la,sibuk cerita pengalaman beranak anak pertama..hahaha

Tengah hari aku dapat katil...aku duk wad kelas-3..kipas je uolls...satu ruang ada 6katil..memula tu aku nak gak tukar wad..nak demand wad air-cond..huhu tapi,dapat lak jiran katil sebelah kawan yang dah aku sembang-sembang tadi,terus tak jadi...syok ada kawan,boleh sembang-sembang..takde la boring...menjelang malam,aku still tak rasa sakit lagi..doc cakap,kalau dah 24 jam (means kul 6 pg esok) still tak beranak jugak..kena induce...ayoyo..seram dengar induce tu...grrr

29.9.2013
Ok..aku masih tak beranak..dan masih tiada contraction..
lebih kurang pukul 7.15 pagi,doc panggil..nak kena masuk ubat (induce)...walaupun seram..apa lagi yang mampu aku lakukan..redha jela...aku pon macam dah tak sabar nak jumpa baby..kalau kat hospital gomen ni,cara induce ialah dengan masuk kan ubat kat bawah tu..nak bagi bukak jalan...masa diorang masuk kan ubat kat aku aku dengar la doc cakap,aku baru bukak 1cm...HAH? 1cm je..jeuh la aku nak menunggu bukak 10cm..mau malam aku beranak..huhu aku pon tanya la kat doc tu,agak-agak kalau dah induce berapa lama masa nak tunggu nak beranak tu..doc tu cakap..depends,biasa lepas 6 jam dia akan datang check balik...hui..peluh aku dengar 6jam tu...

Lepas dah induce,aku duk jela kat katil aku..doc suruh baring 1jam,sebab takut ubat tu terkeluar balik..aku pun baring jela..sempat bagi tau kawan katil sebelah.."baru bukak 1cm je"..sedih je dengar..hahaha then ada nurse datang pasang CTG..nak pantau contraction..tapi,tak sampai 5 minit,aku dah rasa contraction...selang 10 minit,ada la dalam 2 kali...lepas 30 minit berlalu,sakit makin kuat...ehh..apakah nih..aku pun heran ni..tengok jam,selang 4 minit sakit datang...aku dah tekup muka dengan bantal,sebab nak mengerang...takut ganggu orang lain...

Jam baru pukul 8.00am..kebetulan sir datang kat katil walaupun bukan waktu melawat..masa tu aku tengah tutup muka dengan bantal,menahan kesakitan..aku dah tak tentu arah..aku taktau kenapa sakit kuat sangat..aku ngadu la kat laki aku..cakap sakit sangat dah ni..tapi dalam kepala otak aku,tak terpikir pun nak beranak ke hapa..pikir mungkin kali ni sakit contraction aku kuat sangat..tak macam iqi dulu...yela belum sejam dari induce tadi kan...laki aku duk suruh sabar..sabar...haih..makin lama,makin kuat aku mengerang..kebetulan juga,ada doc lelaki datang periksa kat katil lain...

Tiba-tiba..
Aku rasa nak terBERAK sangatttt..
baru aku sedar yang aku nak BERANAK dah....Ya allah..
Doc lelaki yang tadi tu perasan aku ngerang kuat sangat...dia tanya aku, "kenapa puan?" aku rasa dia mungkin nak suruh aku kawal suara aku yang dah makin kuat ngerang tu..
then aku cakap kat dia,aku sakit sangat,rasa nak terberak..tekrjut dia,terus dia panggil nurse..
datang la nurse yang pasang CTG tadi tu,dengan lenggang kangkung,siap sempat nak check n print graph CTG tu..aku kat katil dah "aduhhh..sakitnyaa..aduhhh'
dia cakap,"puan,saya tak dapat nak print ni,puan gerak-gerak sangat...cuba puan..."
aku TER jerit kat dia.."saya nak terBERAK sangat dah ni"
haaa..kelam kabut dia lari panggil doc yang masukkan ubat induce tadi..
datang la doc ngan 4 ke 5 orang nurse..doc tu suh aku kangkang nak cek bukaan la konon..
Dia selak je..menjerit semua nurse yang ada,doc pun tak sempat pakai glove dia..
KEPALA BABY DAH NAMPAK!! seperti telur di hujung tanduk...
Kepit..kepit puan...tu jela yang aku dengar diorang cakap...
aku dah tak tahan sangat..nak bukak mata pun tak boleh,menahan sakit...
Haaa...tak sempat nak amek strecher ke hapa ke,terus nurse tolak aku dengan katil wad tu..baby aku memang dah nak tekeluar dah...kalau aku PUSH time ni,memang tekeluar baby aku...huhu semput diorang tolak aku,jauh lak tu bilik bersalin,siap kena naik lif...haih aku hanya mampu berdoa je supaya baby tak keluar lagi..tak nak aku buat sejarah,beranak dalam lif..hee
sampai je bilik bersalin,tukar katil,aku PUSH sekali dengan sekuat hati...

'gedebush'
ALHAMDULILLAH...
Selamat aku melahirkan baby pada pukul 8.44am...nightmare aku rasa pengalaman kali ni...
elok baby keluar,bidan letak atas dada aku...menangis la baby aku,pertama kali melihat dunia..syukur
Tetiba,ada orang bagi salam kat bilik bersalin tu..
Laaa..laki aku rupanya..tak sempat dia tengok aku beranak..aku pon lupa dia takde disisi masa melahirkan tu..hee
Dia cakap dia siap lari-lari lagi dari wad tadi ke bilik bersalin,tapi dia kena ikut jalan pelawat..tak boleh ikut jalan yang nurse tadi tu tolak aku tu..hee takpe la,masa beranak anak sulung dulu tu,dia memang teman kan aku..dia tahu macam mana susah nya proses nak beranak tu..insaf ok..

Lepas tu mula la proses keluar kan uri dan jahit menjahit..tak payah la cerita...ngeri..hahahaha
bila dah setel,aku balik kat wad..walaupun rasa nightmare beranak macam tadi tu,yela sebab tak jangka nak beranak, tapi semua kawan kat wad cakap aku bertuah,sebab rasa sakit nak bersalin dala tempoh 1 jam je..terus aku rasa SYUKUR juga..orang lain menahan sakit ada yang sampai 12 jam...

Tetiba,aku rasa mungkin juga kesan ubat SALINDAH yang aku makan...ngheeee boleh selongkar post lama aku pasal salindah yer..salah satu kebaikan salindah ialah mengurangkan rasa sakit bersalin dan memudah kan proses beranak...kawan opis aku yang sama-sama beli salindah ngan aku tu pulak,dia cakap,masa hari dia nak beranak tu..pagi tu dia rasa mild contraction,terus g hospital..sampai-sampai doc check dah 8cm...tak lama juga sakit dia..terus beranak..Alhamdulillah..

Aku stay kat hospital lagi 2 malam...hari Selasa,1.10.13..baru aku balik rumah..

Aku rasa beranak kat hospital gomen pun OK je..satu je yang aku betul-betul nak komplen ialah,aku tak gembira,tak suka,tak setuju bila hasben tak boleh teman kan wife waktu malam...susah tau,dah la semua nak kena buat sendiri...dah la baru lepas beranak,nak kena berehat..hasben pulak tiada disisi..haihhhh..macam aku aritu,ok la aku anak kedua..dah tau serba sedikit menjaga baby..bayangkan yang first timer tu..dengan luka jahit lagi nak kena jaga..baby bangun menangis lagi..alahai..boleh stress rasanya...

********************************
OK uolls..
Tamatlah kisah Percutian indah 4h3m ala 'backpackers'(sebab duk ala dorm yang pakai kipas)  di Hospital Serdang.

TATA

Thursday, 3 October 2013

Say Hi to Baby Kareem Anaqi !




Assalamualaikum... ^_^

*dilahirkan secara normal, pada 29 september 2013...Syukur,segalanya dipermudahkan dengan izin-Nya..Alhamdulillah..

Thursday, 12 September 2013

SYDNEY : Bukan Tahun Ni T_T

Trip yang terpaksa aku kanselkan..sob..sob.
Esok sepatutnya aku g Sydney...tapi,keadaan tak mengizinkan..
Masa awal-awal dulu,bulan 1, bila dapat tau aku preggy..aku memang sedih la...
Bukan sedih sebab preggy...*tapi memang unexpected pun*
Sedih,sebab dua ke tiga hari lepas beli tiket,baru tau diri sedang mengandung...
Aku ralat..kalau tau awal kan bagusssssss...
Tapi..lepas dah hampir sembilan bulan...
Baby dalam perut adalah segala-galanya..
dah tak ingat sangat pun pasal trip ni..
Bukan rezeki aku kali ni...aku terima dengan redha
Bukan Tahun ni....
Insyaallah tahun-tahun-tahun-tahun yang lain..hee


Memula ingat nak reschedule tiket flight...bulan 7 aku check,boleh reschedule setahun dari tarikh bulan 7 tu..masa bulan 8 pun aku tengok lagi,boleh reschedule setahun...bila tiba bulan 9..aiyak..dah tak boleh dah..boleh reschedule sampai bulan 8 jek..siot tul...aku baru plan nak reschedule bulan 9 tahun depan...lebih kurang,anak aku dah setahun kot masa tu..heh *yo yo o jek kan perancangan aku*

Bukan taknak reschedule bulan 8,time tu winter kan kat Aussie..tak sanggup aku...nak g bulan 4 ke 5, baby kecik lagi lah pulak...bila aku check,nak reschedule ni kena bayar extra duit dalam RM500...aku dah la tak beli lagi tiket balik,sebabnya kan aku plan nak balik dari Melbourne...huhu banyak pulak kosnye..tapi sebab yang paling utama,memang aku taknak g dalam bulan 4 or 5,sebab baby kecik lagi...lepas bincang-bincang dengan SIR..so kitorang cancel jela...

Before this, Azra (traveller note) (SINI) pernah tulis cara-cara nak refund tiket flight dengan E-FORM kat website AirAsia..dia pun cancel tiket g sydney tahun lepas...so aku follow jela step yang dia bagi..bukan dapat semua pun duit kita tu..takpela..dari tak dapat langsung kan...Bertabah jela...

Tak dapat nengok KANGAROO...tak dapat nengok PENGUIN....Tak dapat nengok TULIPS...uwaaaaaaa!!!!

Thursday, 5 September 2013

Hello September!

5 SEPTEMBER 2013
@ *37 weeks*

HB to me,myself & I..hee
Umur dirahsiakan..tapi masih SWEET 20's gituww....^_^

Tiada wishlist present..
hanya berharap anak ku akan dilahirkan dengan
SELAMAT
SEHAT
dan
DiPERMUDAHKAN urusan bersalin aku..
Insyallah...

Soon to be, MAK BUDAK kepada 2 Anak lelaki...
SYUKUR,Alhamdulillah...

rakan-rakan di alam maya ni,
Doakan saya okey..
TQ in advance...heee

Thursday, 29 August 2013

Revolusi Gambar Raya Aku...

Ni entry sesaje je ni...koleksi peribadi..hahaha
Perubahan yang berlaku kat Keluarga aku..bukan perubahan apa pun, berubah dari segi ahli keluarga je..
Penambahan ahli...hee tahun depan,insyaallah makin bertambah.

*2009*
masa ni semua solo...tapi iolls dah bertunang..

*2010*
ok,aku dah kawen..n masa raya ni tengah preggy..

*2011*
iqi dah beranak pun,masa raya ni,dia tak smpai setahun pun lagi..
nyonyot puting lagi..hee

*2012*
tahun ni tiada penambahan ahli pun,tapi abang aku dah berpunya..ahaksss

*2013*
yeay..tahun ni,aku dah ada kakak ipar...dan tengah preggy 2nd baby..
syukran

Monday, 5 August 2013

IFTAR @ Zamzam Cafe & Satay Club

Assalamualaikum..

Orang dah nak dekat raya ni,aku baru terhegeh nak update cerita iftar bersama rakan-rakan kan..hee tapi IFTAR kali ni,adalah yang pertama kali untuk Ramadhan tahun ni...jangan tak percaya...tahun ni aku hanya berbuka di rumah mak mertua dan weekend berbuka di rumah mak aku..hee jimat keh?? hahaha kalau tak, 2,3 kali aku ber-iftar..

Iftar ni bersama kawan-kawan UPM aku...memang susah nak set date,masing-masing ada je hal..so nak tak nak terpaksa buat hujung-hujung puasa..hari kejadian ialah sabtu lepas..lokasi di ZamZam Cafe & Satay Club,dekat area Bandar Utama sana...



Aku bawak je kamera,tapi baru ketik 2,3 gambar..tetibe bateri abis...siot tul...tepaksa amek gambar ngan fon je..mencik!










Ada banyak sangat makanan,tapi aku tak dapat nak rasa semua..rasa nyesal jugak makan nasi beriani..sebab lepas makan teus rasa kenyang sangat..tak dapat nak makan mee rebus ngan soto...even murtabak terbaik mereka pun aku dapat jamah sikit je,sebab dah full sangat...papepun,aku dapat jugak makan kambing puasa kali ni..muahahaha Makanan boleh tahan sedap jugak,dan ruang lapang sangat..selesa la....surau pun ada..selesa....

Oh,lupa..disaat kawan-kawan aku makan sambil terlari-lari mengejar anak masing-masing..aku ngan shah makan dengan aman,sebab aku tinggalkan iqi dengan wan dia..hahaha abis bising kawan-kawan aku,cakap tak fair main tinggal anak..hahah




Harga per person ialah RM38...dan untuk kanak-kanak RM19 (4-12thn)

Monday, 15 July 2013

Testing......Popia Nestum

Semalam ntah apa merasuk tubuh aku,sampai datang mood kerajinan aku..heheh aku memang dah lama nak try buat biskut kudap-kudap ni..tapi asyik tertangguh..padahal resepinya senang ya amats...ni pun buat untuk testing..testing jek..untuk raya kena buat hujung-hujung puasa nanti..

Jadi,iolls nak show-off laaaaa kat uolls yang iolls dah berjaya buat biskut nih..Sedap tau...makan kudap-kudap selepas berbuka..memang konfem tak sempat nak tunggu raya..hehe

Sambil tunjuk gambar..sambil bagi resepi...
RESEPI POPIA NESTUM



OK..ni bahan-bahanya, Nestum (11/2  cawan), Gula (1 cawan) ..kedua-dua bahan ni di kisar halus...
Lepas tu aku saje tambah Ho..Ho..Hoooorlicks.....
Horlicks tu aku dah beli lama,konon masa stat preggy tu dah taknak minum nescafe..tapi horlicks tak mampu diterima oleh tekak aku..sudahnya,setiap pagi aku minum air suam kosong je...jadi horlicks ni macam dah lama sangat terbiar...meh aku buh sikit dalam nestum ni kan...sodap juga..huhu

Lepas dah setel kisar bahan-bahan tadi,boleh la start menggulung kulit popia..kalau nak senang gulung guna lidi sate...jangan pulak pakai lidi penyapu kat rumah tu..tak selera tau...lagi satu tips ni bagi yang tak biasa buat popia,sentiasa tutup kulit popia sama ada yang dah digulung atau belum dengan kain basah..kalau tak nanti kulit popia tu keringggg...dan lagi satu kepada adik-adik (cewah..macam dah tua sangat je) yang tak pernah buat popia,bila dah siap gulung lekatkan hujung popia tu dengan tepung gandum yang di bancuh dengan sedikit air ye..jadi kan macam gam camtu...jangan la biar cenggitu je...


Bila dah siap gulung,gunting serong kulit popia tu..macam gambar di bawah ni....


Boleh la start menggoreng..goreng sampai kekuning-kuningan....lepas tu angkat,cepat-cepat gaul dengan nestum yang dah dikisar tadi....baru popia dan nestum tu melekat....aku malas la nak buh gambar masa tengah proses gorengan,sebab kuali..errr....cantik sangatttttt kottttt....hehe




Tadaaa...Dah siap...


Tu dia..dah boleh dimakan...ni resepi untuk orang malas macam aku..heheh so taip pun malas-malas jek...
SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, 11 July 2013

BEIJING - ep.05

Ok..lupakan kisah tipah tertipu,beli FM mahal..*sretttttt..kesat hingus* Naik bas aku buat muka stress...adik aku gelak-gelak je...sib baik aku beli 2 keping je kan....huh
Lebih kurang setengah jam ke 40 minit camtu,dalam perjalanan dah nampak tembok besar china..wehuu..tapi lisa cakap dia bawak kitorang ke gate lain..dekat JUYONG PASS...aku macam tak pernah dengar je..sebab selalu aku dengar tourist g kat gate badaling,tapi sana memang ramai orang...ok la g gate lain kan,takde la besesak-sesak sangat..

info: kalau nak ke GW yang ada Cable Car tu,sila ke gate MUTIANYU...yang macam dalam running man tu..hee kalau tour guide taknak g,sila paksa sampai dia rela*tq dak hujan lebat-blogmalas*



Bila dah sampai kat Juyong Pass GW tu..memang teruja habis...tak sangka aku dah betul-betul berada di salah satu benda keajaiban dunia....hipp.hipp..hurayyy...*teringin pulak nak ke STONEHEDGE pas ni..kiki* sebenarnya,memang dah menjadi impian aku dari sekolah lagi kot nak menjejak kan kaki ke GW ni...dan pernah beberapa kali plan dengan mak aku nak ke beijing ni,tapi asyik tak jadi je...dan kali ni, menjadi realiti..sebab tu aku happy sangat....tapi dengan keadaan aku membunting ni,aku dah tau..mesti tak larat nak panjat tangga punya...hehe takpela..asal dah nampak depan mata,aku kira puas hati la...

Baru daki beberapa anak tangga,aku dah termengah-mengah..ayoyo...ni konfem tak sampai tower pertama pun nih...hihi lisa bagi masa 1½  jam je kat GW ni...puii..mana cukup..lantakkkk ko la lisa..macam dia tatau geng rombongan aku ni banyak yang veteren..ikut suka kitorang la nak berapa lama kannn..hehe sampai atas sikit,nampak lah kunci mangga yang konon-konon kalau kita kunci kan mangga di situ,cinta kita akan kekal selamanya...bida’ah betul..sama macam kat korea..huhu





Ayah aku dah stat panjat tangga...dia sorang-sorang je..adik aku yang lelaki tu takmo panjat..apa daaa..muda-muda lagi dah give-up...dia cakap nanti tak larat...porahh..LEMBIK!!
Aku ni sib baik preggy,kalau tak gagah juga aku panjat...Dak iqi pulak taknak dukung ngan aku..dia nak abah dia jugak...sudahnya,shah dukung dia daki ke atas..DAEBAK!! sampai jugak la dua beranak tu kat tower 2..wahhhhh Iqi pun sampai atas okeh...^_^







Aku memang surender la..kang mau terberanak aku kat GW ni pulak kan...huhu mak ngan maklong aku pun tak naik,sakit kaki katanya..ecewah..esok kalau jalan kat Silk Market konfem kaki depa elok dah kan...kikikiki Erni ngan Asraff pun tak naik,merayau-rayau amek gambar...kebetulan,time kitorang kat beijing ni,lagi beberapa hari nak mengundi...so sebelum pergi tu memang dah plan konon-konon nak rembat bendera beberapa parti politik...tapi,macam tak baik pulak..kang dituduh mencuri...jadi print jela bendera-bendera tu atas kertas..mak aku je ada bawak Bendera Malaysia...wahh patriotik gituw...tapi..tapi..tapi....ada pulak geng lain,dari Malaysia jugak...diorang bawak bendera Pas..haha selamber jugak diorang bergambar..mana-mana orang Malaysia dari group-group lain tu senyum-senyum je tengok...



Bila ayah aku dah turun,aku ajak dia g kedai souveneir..beli plat GW yang boleh ukir nama tu..kemain suka dia..ayah aku pun tak sangka dapat jejak kaki ke GW ni....Shah ngan iqi lambat sikit..mesti laki aku penat dukung iqi naik tangga tu...hehe Sian...Lama jugak la nak tunggu semua turun..Cik Shida ngan Cik Salmi..awal jugak turun,tapi si Farhana tu..lambat sangat dia...masam jugak la Lisa..semua dah naik bas,si Farhana tak sampai-sampai lagi..nak call tak boleh,sorang pun tak beli sim card beijing..semua pun Off je phone..hehe bila dia sampai tu,farhana cakap dia sesat..hehe

Bila semua dah ada,teruskan perjalanan..Dalam perjalanan,semua pun letih kan,masing –masing terlelap...tetiba je dah sampai satu lagi kat kedai Gomen depa yang lain..kali ni pergi kedai ubat ajaib katanya...Burning Cream Center...macam biasa,masuk satu bilik ni..nanti ada orang datang bagi penerangan..memula jual koyok...takde siapa pun nak beli..lepas tu mula la demostrasi yang bakar besi panas,lepas tu pegang....masa tengah dia nak pegang tu,shah g cakap kuat-kuat..”dia nak buat magic show’...lepas tu minah yang nak buat demo tu macam marah pulak..’ni bukan magic,ni betul-betul besi panas’...hahaha sebabnya,kitorang dah baca banyak blog,dah tau apa dia nak buat..lepas dia letak tangan dia kat besi panas,ada bau hangit sikit..cepat-cepat dia sapu cream tu..dalam beberapa minit tangan dia pulih macam biasa..takde kesan lecur pun...





Lepas dah habis demo...time to jual ubat la kan..memula dia jual yang besar..harga 200+ yuan camtu..semua geleng kepala je...lepas tu dia bawak yang kotak kecik sikit, 150yuan kalau tak silap..semua pun taknak...last sekali dia bawak yang kecik..100yuan..semua pun taknak.jugak..koyok pun taknak...lepas tu membebel2 la minah-minah tu dalam bahasa diorang..stress la tu takde orang nak beli ubat diorang...hehe tapi,last minit,aku beli satu,yang kecik tu..kot-kot nanti aku terkena minyak panas ke..atau Sir terkena kaki kat ekzos ke..boleh la sapu...hehe ubat ni bukan setakat untuk lecur je,kalau sakit badan pun boleh sapau..gatal-gatal pun boleh,macam kena gigit serangga..or nyamuk...Setakat ni aku pakai ok la jugak..selalu letak kat pinggang..biasalah,ibu mengandung...heeehhh

bersambung...