Pages

Tuesday 18 June 2013

BEIJING - ep.03

Lepas dah minum teh..naik je bas Lisa cakap nak bawak ke tempat Foot Massage@ Herbal Medicine Centre...pastu dia cakap foot massage ni free je..haa..suka la semua orang..tapi,aku sebelum pergi dah banyak jugak godek blog..ramai dah bagi tau,memula datang orang urut-urut,lepas tu datang la tabib pulak..konon-konon nak periksa kesihatan...lepas tu diorang jual ubat la apa lagi..hee tapi aku diam kan je,tak bagitau la mak ngan makcik-makcik aku..Cuma aku dah cakap,jangan percaya sangat kalau diorang jual ubat..hee

herbal medicine centre

ni la rupa bas kitorang..macam van je kan..hehe

Seperti yang dijangkakan,memang itulah yang berlaku...sebelum urut kaki tu,dah diberitahu..ibu mengandung tak boleh urut,sebab ubat yang rendam kaki tu tak sesuai untuk ibu mengandung..jadi aku ngan iqi lepak kat sofa belakang...macam observer pulak..memerhati keadaan sekeliling..hehe  bila masuk je bilik,kitorang diberi penerangan tentang urat saraf oleh wakil syarikat tu..dia fasih berbahasa melayu indon..lepas tu datang sekumpulan anak muda..letak besen ada air ubat dalamnya..semua pun rendam kaki,lepas tu start urut-urut...kalau ikut kata laki aku,tak rasa apa pun dia urut..macam picit sikit-sikit je...selang beberapa minit..datang la tabib pulak,nak periksa kesihatan..bukan sorang tau..setiap sorang dapat sorang tabib..haha aku tengok,memula dia pegang tangan..lepas tu,macam-macam jenis penyakit la dia bagi tau,kata ada penyakit jantung la..buah pinggang la..aku dengar je..kebetulan maklong aku duduk sebelah aku...aku senyum-senyum je dengar..hehe yang paling tak tahan,kelakar ngan 18sx sikit eh...sir cakap..tabib tu tanya dia dah kawen ke belum..dia cakap dah...lepas tu tabib tu  cakap sir ada penyakit kelamin,dia cakap laki aku tak power..susah nak dapat anak nanti...kah kah kah..sir tunjuk aku kat belakang,tengah mengandung dan ada anak sorang..hohoho...haaa..kan tabib tu dah malu sendiri....porahhh..



haha..maklong dengar je..percaya jangan..

Tapi macam mana pun,ada jugak yang terkena...kawan mak aku,cik shida ni memang mudah terpegaruh pasal ubat-ubatan ni..sebab dia seorang yang sangat menjaga kesihatan dan juga sangat menjaga pemakanan...bila tabib cakap dia selalu lemah dan tidak bermaya..cik shida cakap betul laaa apa yang tabib tu cakap..mula la tabib tu ‘jual ubat’..ajak cik shida g satu bilik rawatan..nak buat ‘chi’,sejenis kaedah orang cina mengubati penyakit.. kitorang yang dah sudah  urut-urut semua tunggu kat luar...tapi cik shida punya la lama kat dalam tu...sekali dia keluar,bawak la seplastik ubat...lepas tu cakap kena bayar 4000yuan..oh mak kau..punya la mahal..dekat RM2k tuuu..giler laaaa....semua pun terkejut beruk,tapi buat diam jela...kalau mak aku yang kena tu..mau berjela-jela aku membebel..tapi kesian jugak cik shida ni..cane dia boleh percaya sangat,aku pun tatau.. bagi aku,mungkin yang ‘chi’ tu betul,sebab aku pun pernah dengar kaedah berubat ‘chi’..tapi harga yang dia bayar tu mungkin tak betul..mahal sangat....ish..ish...

bila tabib-tabib sume dah keluar..yg tukang urut ni mintak tips pulak...bijak..bijak..


iqi dah takde mood....nak bumbum (tdo)...sian..
Dah habis tu,terus kitorang ke tempat pertunjukkan acrobatic..haa..yang ni menarik la jugak..sebab takde paksaan beli barang atau ubat..hehe dapat la rilex kejap sambil tengok aksi-aksi acrobatic..tapi masa kitorang sampai,pertunjukkan dah start dalam 10 minit camtu..jalan jem,orang balik kerja time tu..aksi acrobatic macam biasa jela,lentuk-lentuk badan...15 orang naik satu basikal...lompat-lompat dalam gelung..heh itu jela kot..adik aku sempat snap beberapa keping gambar sebelum kena tegur dengan orang yang jaga kat situ..huhu



Lepas tamat pertunjukkan acrobatic,kitorang terus g makan malam...tapi tak malam pun lagi..dalam pukul 6.30pm camtu....restoren ni besar sikit dari tempat lunch tadi..masuk je dalam..penuh orang melayu kita..kira orang malaysia la..hehe kitorang just senyum-senyum jela...nak tegur malu....haha






Lepas makan, masing-masing pun dah letih...terus balik hotel... tapi aku rasa macam awal je lagi..baru kul 7.30 kottt nak balik bilik dah..dah la area hotel takde tempat menarik nak jalan-jalan...kalau kat seoul dulu,selagi tak pukul 11pm,tak balik la ke hostel..berjalan sakan..heheh itu lah beza g travel sendiri-sendiri ngan ikut tour kan...ok dah..to be cntd...

13 comments:

  1. "Err..you married??yours not strong in sex..bla..bla..bla.." Haha nasib baik sy x tumbok tabib tu. lil

    ReplyDelete
  2. kenapa tak pesan kat dia jangan terpengaruh..depa bukan paham pun bahasa kita..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap sorang tabib ada sorang translator yg pandai cakap melayu indon..tapi ms cik.shida tu keluar bilik tu mmg sy tak perasan..tgk2 dah takde...sebab khusyuk kot dgr tabib yg maklong sy tu cakap....

      Delete
  3. Replies
    1. tu la sal..uolls g beijing,jgn la pecaya kat benda-benda cani....sbnrny dh ramai bloggers yg tulis pasal depa-depa ni,cuma kat china org cina x dpt access FB or BLOG..so depa tatau dah berbakul2 kena kutuk..

      Delete
  4. Itulah tak bestnya pergi guna pakej, benda yang kita tak mahu semua masuk dalam itinerary. Pastu kena pangkah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..mmg tak best la jln ikut tour ni...sangat tak bebas...

      Delete
  5. Gilo mahal ubat 2k habes, byk btl macik tu bw duet cash. Baik dia gi shopping lat silk market lagi syok. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bru 2k..ada bc blog smp 4k pun ada...hehe dorang pandai pengaruh...takde cash,gesek pon boleh..

      Delete
  6. kalau ko tak citer pasal ni, memang aku taktau.so, aktiviti mengurut ni memang wajib la tiap kali datang ke beijing, bahaya betul tabib ni, suka hati je cakap sakit itu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. melawat tempat2 kerajaan ni wajib kalau ikut tour..kalau g sendiri,takyah la nak g...g kedai gomen diorang ni kena pandai mengelak or beri alasan kalau taknak beli..sebab dorang memang akan mengayat sampai kita beli...kalau sorang pon tak beli,mmg masam la muka dorang...

      Delete
  7. Norh kononnya sakit tumor kat dlm rahim..kalau percaya, memang dok sedih la jawabnya..

    ReplyDelete