Pages

Tuesday 8 April 2014

4th ANNIVERSARY weolls!

Alhamdulillah..usia perkahwinan kami dah menjangkau 4 tahun pada 2 April 2014 lepas...dan perkenalan kami sebenarnya dah masuk 8tahun lebih..huhu

Tahun ni celebrate anniversary di Hong Kong uolls (alaaaa..guna credit shell air asia bagi tu,yang refund tiket sydney tu)..hikhik dan dah selamat aku sampai balik KL pun..syukur..tapi nak bagitahu,orang Macau dan HK masih OK..tapi kat Shenzen, memang agak di pandang serong la bila aku sebut aku orang MALAYSIA..tsk tsk tsk..gara-gara kes MH370 la..omaiii....T___T tapi kami tidak lah di apa-apakan pun..bila dah 2, 3 kali kena..last-last aku mengaku orang Brunei..senang, nak selamat...hakhak *sorry*

ruins of st paul's -MACAU

The Peak - HONG KONG

Windows Of World - SHENZHEN, CHINA 

Wednesday 19 March 2014

Visa China & MH370

Assalamualaikum wbt..
Hai uollsssss...ok, quick entry...takmo cerita napa lama tak update blog..sebab dah bagitahu,ada live update di insta sajork..eh...tercerita pulak..hohoho
hahah...orga memang pantas..macam 24/7 ngadap phone jek ..hihi
Harini, aku dah berjaya dapatkan Visa China aku...aku g buat sendiri..senang je...baca je blog-blog lain yang dah buat entry pasal visa ke china,follow seperti apa mereka tulis...JM ada tulis, KAKI BERANGAN ada tulis dan ramai lagi bloger ada tulis pasal memohon visa ke china...tapi setakat pembacaan aku,yang paling latest update ada di blog SUPERMENG MALAYA...abang Meng ada update berkaitan lokasi tempat buat visa ni dah berubah, dan ada beberapa requirement baru dalam entri dia bulan november 2013.

LINK

Ikut pengalaman aku, setakat MAC2014 ni, apa yang aku buat, aku download je borang dalam website (sini), isi kesemuanya....setakat ni, borang di web masih boleh digunakan atau mungkin sebenarnya mereka telah update borang tu. Yang lain, aku bayar RM85 untuk single entry..tang gambar, walau dah ada dalam simpanan gambar passport latar belakang biru,tapi nak ‘selamat’ aku tangkap juga gambar baru latar belakang putih dan submit..lepas tu lupa nak tanya,boleh tak gambar background biru...sowi..sowi....hee

Proses nak mohon visa cepat dan pantas...lepas 4 hari bekerja,boleh datang balik collect, pun urusan cepat dan pantas je..syabas...tips,kena datang pagi la...aku kul 9 dah ada kat hamspire tu..huhu

Walaubagaimanapun.....(hamek ayat aku.)
Hati aku masih separuh.. =_=
Sebab?
Sebab kes MH370 tu laaaa...korang rasa,ada pape efek tak hubungan Malaysia dan China?? Hahaha...nampak tak..ntah kemana-kemana kerisauan aku ni..tapi..MEMANG RISAU..

Sedikit Bacaan umum...sekadar teori penulis blog tersebut...

Ok la..nantikan jela keputusan aku..atau nantikan jela cerita aku...
Doakan segalanya baik-baik sahaja...Insyaallah..

Ehemm...ehem...kak JM dan Penecrita Maya dah tau tempat yang aku nak tuju..Terima Kasih atas tunjuk ajar kalian..muahhhh..hahahaha 

#PRAY4MH370
-cepatlah pulang wahai MH370-


Friday 7 February 2014

AKIKAH

Alhamdulillah...
1 Febuari 2014...selamat dan termakbul jugak niat aku untuk melakukan akikah untuk kedua anak aku, Airil Rafiqi dan Kareem Anaqi..Kisahnya,mak mertua aku nak buat kenduri doa selamat..jadi aku menumpang jela..hehe buat kat kampung mak,kg.pelangai,Kuala Pilah...aku ni memang dah lama berniat nak buat akikah ni,tapi asyik tertangguh..budget pun satu hal....kebetulan mak nak buat kenduri,aku menyelit sekali la,jimat..hahaha Kambing pulak abang ipar aku deal ngan kawan dia,kat rembau..sekor rm700...untuk akikah ni,aku sembelih 2 ekor kambing..iqi-sekor, kayem-sekor...sekor masak kari, sekor bakar..nanti kalau ada rezeki,aku buat lagi..insyaallah..yang bab katering mak in-charge...katering tu masak pulak lauk kampung..marbeles..hee


Tapi kan, start dari hari tu...kayem dah takmo direct feeding ngan aku..waaa...sob..sob...eh,macam takde kaitan je cerita ni kan..hahahah saje,nak kongsi kesedihan...hee

Thursday 23 January 2014

Insta

Assalamualaikum..
wwaaahhhhh...dah nak dekat habis bulan Januari ni...aku baru nak menaip satu entri??? watdaheck...kemalasan melanda..muahaha lagi pun aku takde cerita sangat,ada la beberapa percutian pendek bersama keluarga,tapi macam malas nak hapdet kat blog..selain sibuk melayan anak kecil dirumah..hee
Eh jap..boleh lagi ke nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2014 ni?? ..heeeee apa azam uollssss..iollss takde azam tahun ni...just follow the flow...^_^ gituw..
Patutnya ada juga beberapa entri aku nak update..tapi kan..entahlah..macam takde masa nak mengadap komputer la..itu hari ada pergi melaka bersama keluarga mertua dan kemudian ke desaru bersama family aku..ada la beberapa keping gambar..tapi,ya ampun..malas + takde masa...sila lah paham keadaan saya...bukan senang nak handle 2 hero kat rumah tu..nasib bapak hero rajin membantu..

Lagipun kan,iolls dah ada IG...erk..

~ ~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~ ~ ~ ~
~ ~ ~

Yela...yela...gelak kan lah aku..sebab baru nak nak IG..kannnn!! aku telah mencalarkan ke-ego-an aku untuk tidak memiliki IG..hahaha tu pun pasal fon lama problem,terpaksa beli baru..TERPAKSA hokeyyy...puihhh

So aku nak tepek jela gamba-gambar yang ada dalam IG aku,randomly..





Gambar masa pergi bercuti di Desaru..kakak ipar aku sewa rumah maybank ni...dapat pulak betul-betul depan kolam..heaven laaaa..iqi seronok giler....swimming sampai demam tau..hahah on the second day kat desaru,mak, abang+wife ngan adik-adik aku g USS..tapi aku....sedih..kena tinggal kat desaru ni..dengan ayah aku..choi. sangat..jeles ok,depa g USS..aku tak ikut sebab x sanggup ngan tak larat nak bawak anak kecik g sana..cukup la merasa bawak iqi g USS masa dia umur setahun..letihhhhhh...apatah lagi aku nak bawak baby kareem ni..memang tak la kan...oh lupa,masa g desaru ni laki aku tak ikut,sebab dia kerja...mencari rezeki untuk keluarga kaedahnya..hee


Ini adalah dua orang budak masam kesayangan aku...huhu




Comel tak kek POU tu..special for iqi sempena birthday dia yang ke-3 pada 6.1.2014...dia memang suka sangat main game pou tu,tu yang order kek pun kek pou..huhu dah besar okey anak aku,serius tak percaya...hahah *perasan muda la tuw*


Kareem memang suka melalak cenggini...sekarang ni, bila weekend aku memang malas nak g jalan-jalan kat shopping complex..sebab ni lah..dia kaki nangis..bukan nangis sikit-skit,sekali bukak mulut terus menjerit..huhu 


tapi,kalau dia diam cenggini..aku pulak suka gomol sampai dia menjerit rimas..hahaha



Ada sekali sabtu tu,tetiba sir ajak g titiwangsa..kul 8.30pagi,dengan tak mandi apanya..terus kejut iqi ngan angkut kareem g titiwangsa..hahahah Sampai je titi iqi nampak tasik terus ajak sir naik bot..."jom naik bot abah"..hoho celah mana bot ko nak oi..


JAHANAM fm aku...err..ada beberapa antaranya diberi oleh blogger2..tq uolss..



Ni gambar masa annual dinnier office aku..haaaa ingat lagi tak kejadian tahun lepas pasal 'LUCKY DRAW'...alhamdulillah,tahun ni diorang dah insaf..kali ni buat betul-betul lucky draw..tapi macam biasa aku sentiasa "malang draw'...hahaha kena mandi bunga tahun depan..

Till then...babye..
follow me, AZAMEERA_O *macam retis tak ayat aku..kah kah*