Pages

Wednesday 16 August 2017

I SEOUL U (1)



Assalamualaikum WBT…Allahu, rindu sangat aku kat blog ni…last update Jan 2016???  Giler ahhh…hahaha

Tahun 2016, tahun melawat Malaysia bagi aku, bulan April aku ke Langkawi dengan family in law…itulah kali pertama merasa naik RAYANI AIR..dan itulah juga kali TERAKHIR uolls..hahaha sehari selepas tarikh fly aku, Rayani Air suspended…giler…tiket balik ke KL kitorang burn hoi..merasalah aku naik feri+bas balik ke KL…*plan B activated* hahaha

Nov 2016, aku ke Sabah bah!! Dapat lah aku jumpa dengan kakak kawasan blogger terulung, Bibie Karim…muahciked!! Hahaha yang story sabah ni nanti kalau terbukak hati nak menaip lagi, aku akan post…*jangan mengharap sangat…HAHAHA*

....................................................................................................................................

Yang sebenarnya, ni ha, aku nak cerita trip ke SEOUL bulan Febuari itu hari. Winter trip gitu..Trip ni aku g berdua je dengan SIR…kira macam hanimun lah kan..auchh..suwit khennn..hahah Kisahnya, memang aku dah aim nak repeat Korea tahun 2017 ni, dah di gembar-gemburkan kat geng yang travel sama masa g Hong Kong aritu..diorang pon ok jek..tapi macam biasa kena tengok bajet..maklumlah bawak anak-anak kan…besar sikit belanja..Tunggu punya tunggu, bila datang hari Free Seat AA, adoi..over the bajet pulak tiket ke Seoul (tapi still below Rm1000 sebenarnya)..sudahnya geng2 travel ajak ke Perth..tiket dalam RM390+ return..murah kan..GRAB! hahaha

Pastu aku macam tak puas hati sebab tak dapat pergi Seoul kan…Hakak sedih tau..sob sob..Dan tak pasal-pasal aku ajak jugak SIR tunaikan impian aku nak repeat ke Korea..haha nasib SIR nak layan perangai bini dia…maka…sretttt…setel..terbeli jugak tiket ke Seoul bulan Feb 2017….yeay..winter im coming!

7 Feb 2017

Touch down je kat Incheon Int Airport, rasa nak menangis kau tau,syukur sangatttt lah kiranya....macam tak percaya je dapat jejak Korea balik.Dulu datang sini tahun 2012, dengan SIR, abang ipar & adik ipar. Iqi kenal tinggal jugak dulu. Kareem belum wujud lagi..haha Dulu aku pernah la janji dengan diri sendiri, next visit ke Seoul nak bawak anak-anak, tapi malang nya ibu tak dapat nak tunaikan janji…Tapi ibu dah beli tiket bawak uolls tengok kangaroo tau..huhu Next visit ke Korea ibu bawak hokey..tapi tak tahu la tahun bila pulak dapat ke Seoul lagi.

Benda pertama yang aku cari, of course la Banana Uyu…lepas keluar pintu arrival, terus jek aku ke convenience store dalam airport tu cari susu pisang. Ya allah, nikmatnyaaaa rasaaa. Hahaha Sambil tu aku beli sekali T-Money, untuk memudahkan pegerakkan naik public transport. T-money boleh digunakkan untuk naik subway dan bas juga. Disebabkan aku tak locate aktiviti untuk first day ni, jadinya aku ngan sir wak lek wat pis jela jalan lenggang lenggok…menikmati pemandangan aiport Incheon tu. Tak tahu bila lagi bole jejak kan. Laki aku siap keluar jap dari pintu airport sebab nak test mulut keluar asap ke tak..hahaha Biasalahkan, Malaysia takde musim winter hoi.

tu ha kasut yang tercabut tapak tu..hahaha




Untuk trip kali ni, aku dah booked sesiap Seoul Dalbit Guesthouse kat area Dongdaemun. Aku booked via HostelWorld. Dari Airport, aku amek AREX, interchange dekat Seoul Station dan terus ke Dongdaemun. Walaupun ni kali kedua, aku masih tercangak-cangak jugak la bila tiba tang nak tukar train..fening rasanya banyak sangat line ni..ala tapi kejap jek,.masuk hari kedua dah terer tau.huhu Lebih kurang jam 6pm baru lah kami sampai di station dongdaemun. Ada kejadian jugak tau, malu sebenarnya nak cerita..tapi cerita jugaklah…*ntahpape* bole kan tapak kasut aku melekat dekat lantai train, elok dah sampai station dongdaemun tu aku rasa apsal kaki tak boleh gerak ni, cuak jap…aku rentap jela..terus tertanggal separuh tapak kasut…hantu betul..bantai kena gelak ngan laki aku..hahaha celah mana pulak kan aku nak cari gam gajah hoi…adoi..elok naik je escalator, nampak ada banyak kedai-kedai dalam station Dongdaemun tu. Ada satu kedai ahjumma jual kasut, aku pun terus la beli winter boots satu. Ahaks. Dapat jugak hakak winter boots tau. ~wink..wink~






Elok je keluar dari station Dongdaemun,.angin sejuk terus menerpa.Mashaallah,sejuk sampai ke tulang sum sum lah..tak sangka pulak aku sesejuk ni. Rasa kejang kejung terus kaki tangan.hahah rasakan, nak sangat winter trip kan. Nasib baik GH tu dekat la jugak dari station subway tu. Laju aku jalan nak cepat sampai ke GH. Lepas check-in, mandi, solat semua…kitorang keluar la jalan-jalan. Kitorang decide nak ke Myeongdong. Situ meriah malam-malam.Lagipun ada banyak street food halal.bole lah kitorang isi perut.







Bilik yang kitorang booked ni, kecik sangat tau..tapi ada attached skali bathroom. Kira ok sangat dengan harga dia. Lagipun aku ngan SIR badan tak besar sangat, ok la kot kan. Kalau yang jenis sado, tak sesuai bilik ni. Masuk je luggage penuh dah bilik.Almari pun takde.hahaha tapi yang best, wifi laju hokey.Penting ni tau.lol.

Ok bersambung untuk day 2 dan seterusnya.daaaaa...