Pages

Saturday 23 June 2012

DAULAT TUANKU!

Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta....


Sila berdiri dengan tegak,sebab aku tengah nyanyi lagu NEGARAKU ni..hah,lama giler tak nyanyi lagu ni..masa zaman sekolah jela kan...hee harini aku berkesempatan pergi melawat ISTANA NEGARA...ok,bukan yang baru kat jalan duta tu..ni yang lama punya..aku kurang pasti jalan apa,tapi yang aku pasti,belakang istana tu nama dia Jalan Bellamy..hehe selalu g makan ikan bakar kat sana...terbaik wok!


PAMERAN RAJA KITA
Pameran ni akan berlansung sehingga Disember 2012...kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi,boleh lah kan..ada masa lagi ni...masuk free je,tapi kalau bawak kamera,kena bayar RM3..kalau video cam,RM5 okey.....aku memang teringin sangat nak masauk dalam istana ni..nak sangat tengok interior dia macam mana,adakah segala tiang akan berwarna kuning..? atau bersalut emas? hahaha Istana Negara ni tak dibuka sepenuhnya untuk tujuan pamera,hanya sebahagian kawasan sahaja,jadi tak dapat la aku nak menjelajah semua ruang..nakk tengok tempat masak ke,dining ke..kot-kot ada gelas emas kan..haha


mengharapkan kuda pengawal di pagi hari..tapi...hampa...




 










 




kenapa aku rasa macam kurang berkenan dengan candelier ni..?








SEJARAHNYA,
Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta.





babai!



Aku berharap agar satu hari nanti dibuka keseluruhan kawasan istana untuk kunjungan rakyat jelata...Daulat Tuanku!

Friday 8 June 2012

KRABI+PENANG : 05 *last day*

*yea,harini nak start EURO dah....tp mampukah aku berjaga malam...oh..tidakkk...heh tunggu keputusan di suratkahbar sajalah... ok,aku nak sambung story aku yang dah lama tertunggak..oh lagi satu,harini,jumaat aku yang terakhir aku di office ni..minggu depan jumaat aku dah berada di office baru..kerja baru..jawatan baru..dan tanggungjawab baru...gud luck to myself!*


Day 05
PENANG - KL
Isnin : 01.05.12
'Selamat Hari Pekerja'


Yeah!
hari terakhir percutian aku...seronok sangat rasa sebab nak jumpa Airil Rafiqi sat lagi ..rindu sangat..tapi bila pikir balik esok harus kembali bekerja...aduhai,malasnya..kalau boleh nak extend cuti lagi..huhu
Pagi,dah siap-siap semua...kitorang check-out around 9am...babai TM resort...aku suka duk sini,tapi agak mahal jugak harganya..tapi sebab mas staff TM,dapatlah murah..hee first of all,motor harus dipulang dulu kan..tapi sebelum tu,kitorang sarapan dulu kat Subaidah...dengar cerita mamak ni femes..so kasi terai sekali lah...tang mana femes aku taktau...hee aku oder roti milo..haha dah terkena penangan roti milo,aku 1st time tahu roti milo kat Penang ni laa...*balik KL pun still oder roti milo...pfttt*

Lepas makan terus gerak ke Georgetown,atau lebih tepat nya ke LoveLane..depan Reggae Penang,nak hantar motor..tempat sewa motor ni..tapi dah terlebih masa,kena charge lebih..budak-budak ni sibuk mintak diskaun sampai uncle tu naik tensen..haha tapi uncle tu sporting+kelakar...last-last cincai-cincai satu motor tambah 5 hinggit jek...yes!


TM Resort


oh my roti milo


11am..kalau ikut plan asal,nak singgah komtar dulu..then naik bas dari komtar ke airport....tapi rasa macam tak sempat je,terus la kitorang gerak ke airport...kalau dari lovelane tu,boleh jalan sikit kat jalan besar ke Lebuh Chulia,naik bas RapidPenang ke terminal bas *rm1.40* then boleh naik bas ke airport *rm3.70*..aku kan tak sempat nak membeli jeruk-jeruk semua,masa dah sampai terminal bas tu ada la sederet kedai jual jeruk,so aku terjah la kedai auntie yang pertama tu..sebab dok ingat bas nak gerak dah...dengan pantas aku ambik 4 peket jeruk,harganya rm3/peket..so rm12 la semua mintak kurang sehinggit pun dia tak bagi..cis...dah tu terus aku ke bas rapid tu..rupanya belum nak jalan lagi,driver tu baru start nak panas enjin je...so aku jalan-jalan balik kat kedai-kedai tadi..skali kedai sebelah jual sepeket rm3,tapi kalau beli 4 peket rm10 je...ish berbulu aku..kalau boleh pulang balik,aku pulang dah kat auntie tu...dem!






bomba

masjid kapitan keling

mahariaman temple

Old penang GH - Red Inn Heritage GH-Reggae Penang

lebuh chulia:semua bas lalu sini,pergi terminal bas
*mas ngan fetong sebuk kira duit syiling*



401E


Perjalanan dari terminal bas ke airport di Bayan Lepas,lebih kurang 40-50 minit la...kitorang sampai airport lebih kurang pukul 12.30pm camtu..pusing-pusing dalam airport,cari souveneir lagi...tapi,standard la..MAHAL....lepak mc'd dulu, bukan nak makan pun..saja nak menghabiskan masa je..hehe lepas dah check-in,duduk jela kat seat tunggu masa dipanggil masuk...kepala dah teringat iqi dah...oh my niqi...niqi....aku pun asik telefon ayah aku,suruh cepat sampai lcct...huhu 2.50pm..naik flight..

DRAMA:
Sebelum kul 4,kitorang dah sampai KL...wahhh....rasa nak lari terus cari iqi..hee dari jauh aku dah nampak iqi,merengek2 tokmak dia dukung sambil mulut dia menyonyot puting...dia tak perasan lagi,bila sampai dekat,mak aku cakap..'tu ibu..tu ibu...'
dia pusing...
iqi tanpa sedar,dia cabut puting dia baling kat lantai..dan tergamam....macam tindakan refleks yang tanpa disedari,mungkin dalam kepala dok terfikir,macam penah tengok mereka berdua ni..hee
dari yang tadi,dok merengek-rengek terus terdiam kaku....
aku terus la peluk dia...iqi terus jadi macam 'baik' gitu..diam je tak bersuara...haha tengah nak recall ingatan dia..dalam kereta pun manja je,baring-baring kat peha aku...alahai...sob..sob....