Pages

Friday, 1 June 2012

KRABI+PENANG : 03

* lambat betul aku nak menghabiskan entri krabi+penang ni....mianhamnida*

Day 03
KRABI - HATYAI - PENANG
Ahad : 29.04.12

Harini boleh la bangun lambat sikit,sebab janji dengan driver minivan tu pukul 10.30am…kira kalau waktu malaysia,kul 11.30am la kan..hee lambat tak lambat,kul 8.00am aku dah bangun…bag semua dah kemas,tak tahu nak buat apa..aku ajak sir jalan-jalan amek udara segar,sambil tu boleh cari makanan..perut dah lapar perlukan sarapan..kruk…kruk…

Dengan tak mandinya,aku ngan sir keluar laa…mas ngan fetong kitorang tak ajak,malas nak kejutkan..hee tapi,bila nak turun lobi,tengok si mas dah ada kat situ…wow,lagi awal bangun rupanya..
Tapi mas takleh nak folo,sebab fetong dah keluar…so kitorang g la dulu…jalan ke arah masjid,betul-betul berhadapan kedai yang kitorang dinner malam semalam tu,ada satu kedai makcik bertudung,halal lah harus..pagi-pagi makcik tu dah jual nasi kuning+ayam goreng..pehh..memang menarik kan…tapi,aku macam nak save perut untuk makan nasi kuning+ayam kat hatyai,tempat haritu tu,yang sebelah kim yong tu..jadi aku pun makan la moi..moi tu bubur nasi,bila aku sebut bubur kat makcik tu dia tak paham,aku sebut porridge pun dia tak tau..aku sebut moi,barula ‘ooo..moi…’ haha dulu masa aku belajar kt penang,kawan-kawan utara aku yang ajar perkataan moi tu..haha sir makan nasi kuning laa..tengok ayam dia,meleleh ayak liuq…

gambar masjid yang penting,aku yang busuk tak mandi sila abaikan..hee

moi


ini kedai makcik tu,dekat simpang masuk GLUR HOSTEL..


ah,rupanya susu ni yang menyebabkan aku dok teringat kat cha-yen jek..patut beli bawak balik satu!
tengah-tengah makan tu datang la 2 orang brader,naik motor,plat Perak...aku ngan sir diam jela,diorang pandang pun tak senyum,aku pun buat dunno jela…skali,masa air minuman aku sampai,anak gadis makcik tu bagi aku aku teh o’ais..aku cakap teh ais..dia cakap ‘ini teh ais’…no..no  susu,susu…dia cakap tak paham..aku cakap milk..baru dia paham…brader tu tengok aku senyum,la orang malaysia ke katanya..apsal ada rupa orang thailand ke aku..hahah  ‘lain kali nak oder the ais kena sebut 'with milk’ katenya lagi..hehe sebab kat thai kalau teh ais tu macam teh o’ais.. senang cerita,sebut je cha-yen..baru la dapat teh ais…hee so kitorang pun stat borak-borak..brader tu datang dari Ipoh,rider…diorang on the way ke Phuket..tapi stay tidur 1malam kat Krabi..dengar cerita diorang pun aku dah letih,lama giler atas motor…dekat 12jam.ish..ish…dah siap makan kitorang pun nak gerak la,elok pulak si fetong ngan mas datang…skali,fetong kenal lak brader tu…brader tu macam blur-blur..cerita punya cerita,rupanya sedara mereka ni…huhu keciknya dunia..

sedara fetong


nak tunjuk baju krabi,aonang sebenarnya..*bluwek*

ini 1st choice hotel,tapi syukur tak dok sini..dekat ngan club...mesti tak leh tidur malam...

van ke hatyai

11.30am minivan sampai..stat la perjalanan ke Hatyai.van penuh macam biasa.aku habiskan masa dengan tidur…ada sekali berhenti untuk makan..tapi kitorang tak makan,sebab save perut nak makan nasi kuning kat hatyai,padahal time ni perut semua dah lapar..yela dah kul 2.40pm..heheh masa berhenti rehat+makan tu,aku tanya la driver tu kalau hantar terus ke Penang berapa hinggit..dia cakap 350thb..mm..agak mahal kan,sebab ket Chan’s travel tu tulis 280thb je…

aku rasa ni telur itik goreng...lain macam je.. apa kata anda?

tempat R&R

sampai hatyai sudah

lari-lari ke chan's travel..hujan!

auntie angle dah tutup...hee


Sampai Hatyai kul 4.50pm malaysia time,kira 3.50pm thai,van drop kat Angle travel agency,kitorang tanya van ke Penang,pun dia cakap 350thb..tak jadi,kitorang berlari-lari dari Angle travel ke chan’s travel..tak jauh sangat,tapi basah gak la keti..hee sampai chan's travel tanya harga,memang 280thb..tapi malangnya,last van ialah 4.00pm..uwaa,jam kat kedai tu menunjukkan kul  4.10pm…van baru je blah..haha ingat nak tidur Hatyai je,tapi hari hujan pulak,kalau stay hatyai pun tak dapat nak g floating market,so kitorang berlari-lari sekali lagi ke Angle Travel balik..malang lagi sekali,dah tutup..dengan muka tak malu,fetong ketuk pintu auntie tu..hee nasib baik auntie tu keluar..tapi dia marah-marah la..cakap tadi taknak van,dia dah tutup baru nak van pulak..hee auntie tu call siapa ntah,tanya ada van ke Penang tak..kali ni,nasib kitorang baik..ada lagi van ke penang..gerak kul 4.30pm..huiiish..lega…harga? haruslah 350thb kan…tapi sedih bangatnye,kitorang tak sempat pun nak makan nasi kuning+ayam..beserta cha-yen..sob…sob.. *maknanya apa?? Kena datang lagi la tu..huu*

Van gerak lambat setengah jam,tunggu awek Spain nak ke Penang jugak,lambat pulak,diorang g pick-up...awek tu solo traveler..peh,kagum aku..dah la tu beg dia nipis gila..aku dok tertanya-tanya,minah ni tak bawak baju ke? Heran aku…beg dia macam ada senaskah buku je..ce korang bayang kan…heran..heran…
Kali ni,pemeriksaan kastam kitorang kat Danok..so,dapat jugak la aku tengok pekan Danok ni…pekan yang koboi tapi ramai pengunjung..tengok muka pun tau dah ramai orang malaysia..hee dengarnya,banyak LadyBoy…heh yelakot kan…

danok





pin seng

Sampai penang dah malam,kitorang drop dekat Lebuh chulia.so misi mencari tempat nak bermalam…first tempat aku terjah,Old penang guesthouse,sebab aku dah usha tenet, harga dalam rm70/night for 2pax.tapi…PENUH..dem..dah masuk 3,4,5 hostel@hotel pun penuh gak…baru la nak risau kan…tula,taknak book siap-siap..tapi,ni semua kan pengalaman..hee skali ada sorang uncle tu cakap Pin Seng ada kosong lagi..terus la kitorang g…tapi..tapi..tapi..agak kurang meyakinkan tengok hotel ni..haha rupanya seperti rumah tumpangan…tapi disebabkan keramahan tuan rumah,rasa lega la sedikit..ditambah lagi harganya rm30 je..terus on…rupa bilik nya,sepadan dengan harganya..apa pun takda,towel takda,sabun takda…basic habeeesss laaa.. disebabkan dah malam,memang tak kisah la kan,just untuk tidur..lagipun esoknya kitorang pagi-pagi lagi nak chow….

tu diaaaa...beratuq no..




Lepas dah mandi,kitorang keluar mencari makanan la..lupa ke kitorang tak Lunch tadi…aduh,kempunan nasi kuning makcik hatyai…mas suggest makan Nasi kandar Beratur,lagipun dekat je ngan lebuh chulia..tak payah naik transport kan..boleh jalan kaki je,lokasi : bersebelahan Masjid Kapitan Keling...seperti nama nya,sampai-sampai je tengok dah panjang umat manusia beratur…panjang woo..jam dah kul 10.13pm..apa diorang ni pun semua tak makan lagi ke…rupanya,kedai ni memang stat buka jam 10.00pm..perut dah lapar,kena lak beratur camni..memang stress kan..hehe bila dah dapat nasi tu,memang habis la aku makan…Cuma,bagi aku nak kata sedap sangat tu..taklah..rasa dia biasa-biasa je..harga pulak..tak mahal sangat..aku makan nasi lauk ayam goreng + telur dadar +sayur kobis..rm7.50..standard jela kan..dh selesai makan,kitorang takde g mana pun..letih habaq hang…balik tidoq laaaaa…



2 comments:

  1. salam kak.. nak tanya, berapa jam ek hatyai ke penang?

    ReplyDelete