Pages

Tuesday 28 April 2015

Sup Tulang Merah @ Golden Mile Food Centre, Singapore

*Jari-jariku dah lama tak bersenam…ayuh..mulakan senaman kembali! Fighting!!*

Nak Tanya, korang pernah try tak sup tulang merah kat Singapore tu?? Sedap kan..aku sampai termimpi-mimpi la..hahaha Dah banyak kali aku dengar pasal sup tulang merah ni, tapi aku first time try masa aku g short-trip-with-colleague-without-kids ke Singapura itu hari, dalam bulan Febuari rasanya..Short trip aku ni ditaja okeh,tapi tajaan separuh je la dari keseluruhan perbelanjaan..hahah Ok la tu kan

Aku gerak ke Singapura hari sabtu pagi, direct terus ke USS..hangkut la backpack kami yang hagak berat itu,tapi jangan risau kat USS ada locker.Ada kejadian masa nak cari locker ni.Kami letak kat locker yang jauh dan mahal iaitu dekat dalam Hard Rock Hotel,padahal betul-betul sebelah gate masuk USS tu ada locker murah tau..mencik! Ok,skip cerita USS dlu, aku nak stori pasal sup tulang merah kan

Lepas dah gerak dari USS, hari dah agak malam dah masa tu..kami naik MTR turun dekat Station Bugis untuk cari makan malam. Kami nak try makan 2 jenis makanan la konon..first nak try murtabak zam zam yang femes emes tu, dekat depan Masjid Sultan dekat Kampong Glam dan yang kedua nak makan sup tulang merah dekat Golden Mile Food Centre. Ingat kan dua tempat ni macam berdekatan, rhupernya..jauh nok..haha dah la sakit kaki berjalan dalam USS, ditambah azab berjalan malam tu dengan bag yang berat.(padahal pegi 2d1n je..hehe) menyumpah jugak la…hahaha ampun!

Lepas exit je dari mtr tu,nak jalan ke Restoren Zam Zam tu pun dah malas sebenarnya.tapi kami gagah kan la jugak.Sampai depan restoren tu, masing-masing cakap kalau dah makan murtabak, tak payah la cari sup tulang merah tu..sebab semua dah kepenatan. Lepas diskusi, semua setuju nak cari kedai sup tulang merah tu,makanya tak jadi la kami makan murtabak zam zam.sobs. Aku memang ingat dekat je wei,sekali…ya ampunnnn..jauh giler okey..nak nagis jalan kaki.Sila lah rujuk map di bawah. Sambil jalan,sambil masing-masing menyalahkan antara satu sama lain sebab pilih sup tulang merah..hahaha

haa..jauh kan aku jalan...adalah dekat 800m camtu..fuh
Rasa lega sangat bila dah sampai kat Golden Mile Food Centre, Beach road.Banyak kedai yang jual sup tulang merah ni. Aku pun lupa dah nama kedai yang aku makan ni.Masa search sebelum ke Singapore tu ramai jugak yang suggest kedai tu,tapi aku rasa kedai Deen punya nampak lagi menyelerakan. Hiks. Memula sampai sup tu macam ewww..skeri gile kot nak makan,dengan warna yang macam tu..tapi bila dah makan je terus WoWw..food from heaven ke ni..hahah Sedap weh..terus lupa kes sakit kaki tadi.hahah Nak makan sup tulang merah ni kena cicah dengan roti. Tak nampak pulak orang makan dengan nasi.hehe.Blasah jela.banyak kedai-kedai yang jual makanan lain tapi kat food court ni,takde pulak orang jual murtabak.hahah kempunan le.


sedut..jangan tak sedut..hahaha
Dah abis makan tu, kami nak gerak la ke hotel, tak check-in pon lagi..hari dah pukul 10pm camtu. Memang tak koser la nak patah balik ke Bugis Station tu,kang elok kenyang daging kambing aku tu takut terus lapar balik bila sampai bugis st, tu..haha Jadinya, kami naik je bus dari depan Golden mile food centre tu..siap pesan kat uncle driver suruh berhenti kat mana-mana mtr.hehe uncle yang baik itu berhentikan kami kat station Kallang. Dari situ kami bergerak ke area Mustafa Centre, dimana hotel kami bedepan saja dengan Mustafa Centre.

Wednesday 8 April 2015

Anni-Berseri lagi..hihihi

Assalamualaikum WBT..
Salam Sejahtera..

Gila!!
Genap setahun aku tak menulis kat blog ni...muahaha..
Aku sedih sebenanya..tapi ntah kenapa roh rajin tak meresap dalam tubuhku ini...tu yang berhibernesasi selama setahun nih...hahaha lagipun aku takde kisah menarik nak kongsi..nak tulis kisah peribadi,malu la pulak..ahkak ni bukan retis..kang meluat plak orang yang baca...err...ada ke pembaca masalahnya disini? hahahaha

Lagipun aku sibuk membesarkan anak-anak..cewah,macam banyak sangat plak anak aku kan...alasan semua ni kan..pape pun Alhamdulillah,aku masih bernafas di bumi Allah ni..anak-anak,suami, family semua sihat walafiat..nah,belanja sikit gamba wealls *dah anniberseri yang ke 5 pun..syukran*


Airil Rafiqi

Kareem Anaqi

Terima kasih kat rakan-akan alam maya, eoni-eoni aku yang kencang travel tu yang masih menegur sapa aku kat insta dan facebook tu...aduii..segan aku...hee luv ya! muah ciked..hahahaha kbai

Semoga aku lebih rajin update blog..atau
Jumpa saja lagi tahun depan...kikikiki