Aku macam rasa bersalah pulak bila cakap
Bandung tak sehebat mana dalam entri lepas…hoho Sebenarnya bukan apa,expectation
aku mungkin terlalu tinggi sebelum sampai ke Bandung…lagi satu,'masa' tak
cukup,aku stay sekejap sangat sampai tak
sempat nak explore semua tempat dengan jayanya..hee tak puas uolls…jadi
kesimpulanya apa? Harus datang lagi
la…ye tak..inshaallah,kalau ada rezeki kan..
Day 01
17.7.2012
Selasa
Breakfast jam 7.00am..jadinya 6.30am camtu
aku dah bangun,mandi siap-siap semua..6.30am bandung = 7.30am malaysia.Waktu
kat bandung awal sejam..Indonesia kan ada 3 timezone,jangan tak tahu….huu kalau kat bali,waktunya sama ngan malaysia...breakfast kat Orange homes ni FOC..haa kan senang,tak payah nak cari-cari kedai
makan pagi-pagi camni.untuk hari pertama ni,sarapan yang disediakan nasi goreng
cina kot…aku tak tahu nak klasifikasikan nasi goreng apa,tapi sebab dia tak
pedas plus ada mix vegie,aku panggil nasi goreng cina jela eh..lepas tu ada
roti bakar + jem +butter....dan air kopi @teh panas atau oren juice.simple
je,tapi sedap la jugak..kena je dengan tekak aku ni. iqi pun suka.. lepas dah
sarap,aku suruh en.reception tu call kan teksi.planning aku untuk harini ialah
ke Pasar Baru.memang aku nak spend sampai petang kat situ.
Sebenarnya, masa aku nak book hotel ni
dulu,aku ada baca review cakap boleh menapak sampai ke jalan besar untuk ambil
teksi..tapi,bila dah sampai..aku rasa memang tak sesuai langsung untuk
menapak..banjir keti nanti..hee kalau aku bujang-bujang,boleh jugak
gagahi..tapi ni dengan mak aku..dan aku pun bawak iqi kan..agak tak sesuai..dah
la iqi punya stroller tak bawak…jenuh nak dukung dia..dia dah la malas jalan…nanak..nanak.nanak…tu jela ayat dia..
semua yang kelihatan adalah rakyat MALAYSIA... |
Tak
lama tu,teksi pun sampai…nasib baik teksi bluebird..sebab banyak yang cakap
teksi bluebird ni paling boleh dipercayai..diorang ikut meter…kalau teksi
lain,main ikut sedap letak harga…perjalanan dari hotel ke Pasar Baru lebih
kurang 15 minit…syok jugak duk jauh-jauh sikit,dapat la aku tengok bandar
bandung dulu.tambang teksi dari hotel ke PB rp22,000..tapi en.teksi tu cakap
minima rp25,000..bayar jela..lagi pun aku yang call dia suruh pick-up kan..apa
salahnya bayar lebih sikit…kalau ikut duit malaysia pun,baru dalam rm8
camtu..kalau tontong 4orang,dalam rm2 sorang je pun..tapi kitorang takde la
tontong kan..pergi pun dengan family..
Dah sampai tu,aku keluarkan dulu buku
catitan aku..tengok nak pergi lantai mana dulu..kat PB ni ada 8 lantai…paling atas sekali lantai 7,parkir
ya ibuk-ibuk..hee apa yang aku boleh katakan,suasana PB ni lebih kurang macam
arked kat jalan TAR tu la..tapi,luas sikit dan banyak tingkat…mahu tak rambang
mata memilih..aku terus ke lantai 1..kat sini banyak jual telekung…memang murah
giler la…aku round-round dulu,sambil tanya harga..nak pilih mana yang terbaik,nak
beli untuk diri sendiri..pesanan-pesanan orang lagi..so kena la cari mana yang
murah tapi berkualiti…penat jugak proses mencari dan tawar menawar ni..agak
lama di sesebuah kedai…mak aku beli dulu..lepas tu turn aku pulak..tawar
lagi…kalau boleh nak kurang 70% dari harga yang di bagi..hee dah dapat
telekung,aku cari kain pulak untuk buat baju kurung aku..aku dah pening masa
ni..tak tahu nak pilih mana satu..lace ke,baju sulam ke, kebaya ke…setiap kedai
lain-lain pulak pattern..nak cari yang berkenan di hati tu memang payah..sir
nasib baik folow je tanpa banyak songeh..*memang PB ni tidak sesuai untuk bapak-bapak..tiada apa yang menarik untuk lelaki * ...hahah tapi yang kurang bernasib baiknya aku
aritu,iqi nak berkepit je dengan aku..masalah betul,susah aku nak pilih
kain..hee anakkkk ibu!
Dah pilih beberapa helai kain untuk baju
raya,baju kenduri..baju jualan semua..aku naik lantai 3..kat sini ada tempat
tempah baju..katanya express..boleh siap dalam masa 1 hari je..huhu ini jugak
sebab kenapa aku pergi PB hari pertama,so kalau tempah baju..nak oter ke,boleh
lah akak tu hantar hari ke-2..kalau aku ke PB hari ke-2..hari ke-3 aku nak
balik dah..kalau nak repair memang tak sempat kan..ok,kedai akak yang aku
tempah ni,kat lantai 3..kedai dia hujung-hujung terceruk sikit..kena tanya
orang..aku rasa jalan nak ke toilet.iqi time ni dah terlentuk di bahu aku,selepas
pekena sebotol susu..ni lah bahana tak bawak stroller..kesian gila iqi tidur
tak selesa.tapi,kalau bawak stroller pun tak sesuai jugak..susah nak
tolak..ramai sangat orang..korang bayangkan bawak stoller kat jalan TAR
malam-malam nak raya..kan ke payah tu…yang senang dan praktikal ialah bawak
baby carrier…sebab beban baby tak bergantung kat tangan je,badan dapat sokong
sekali…jangan jadi macam aku,dah tumbuh muscle dah kat lengan..hihi * tipu jek*
Jumpa kedai akak tu,aku tanya la harga..aku
tu cakap rp300,000..mak ai..dalam kepala otak ligat je meng-convert tu..lebih
kurang rm100 gak la..aku cakap mahal…dia kata ini express ibuk..aku cakap tak mahu..kecewa…aku mintak kurang..dia bagi rp250,000..TAK NAK jugak…ingat
nak blah,sebab orang cakap banyak kedai lain lagi..then dia cakap last
price,rp200,000..aku mcm nak reject jugak..tapi bila pikir-pikir balik..nak cari kedai lain,malas...kalau
aku bawak kain balik KL konfirm dah takda siapa nak terima tempahan…lalu aku
setuju jela…
Dah setel bab tempahan,dia janji nak hantar
baju malam tu jugak kat hotel…jam dah kul 12.30pm..kitorang terus naik ke
lamtai 6…nak makan dulu…tapi masing-masing masih kenyang dengan sarapan yang
kitorang melantak tadi..so minum-minum jela…kat lantai 6 ni jugak banyak kedai
jual handbag..tapi longgok-longgok macam kat pasar malam..cuci mata jela…mak
aku pulak,sibuk nak cari kedai kasut..dia nak beli kasut kulit sapi…*kulit lembu lah*…memang banyak je yang
jual..kasut yang ala-ala kasut kung-fu tu..hee tapi comfort babeh! Aku pun
rembat sepasang…mak aku beli 3 pasang..murah je rp50,000…tapi kedai lain,aku
tanya paling murah diorang bagi rp65,000…so,kalau nak beli pandai-pandai la
tawar…mak aku beli sepasang kat kedai lain..dia bagi rp55,000…itu pun selepas
adik aku beli kasut kat kedai brader tu..kalau tak brader tu pun mintak
rp65,000…
tailor |
iqi dah terlelap |
kedai jual kad Kahwin pun ada |
yang GOLD tu,RM1.70 je..kalau kat KL mau dalam 5 hinggit kan.. |
tempahan dalam masa 2 hari boleh siap..termasuk cetak... |
Kitorang turun balik lantai 3,pusing-pusing
adik aku cari baju kebaya sulam pulak…lama jugaklah..kaki pun dah penat..nasib
baik jumpa..harga..rp120,000..tapi dia tak tempah..tempah kat KL jela..aku
tengok kain lace pun murah,2meter dalam rm30 je..yang kain+bunga cantik dan
eksklusif pulak tu..rasa menyesal pulak tak beli….dah habis 2nd
round lantai 2 & 3..naik balik ke lantai 6..kali ni memang dah lapar tahap
dewa…
Sambil makan usha je bag yang
berlonggok-longgok tu..ter-beli pulak satu uolls…hahah bukan untuk aku,untuk
orang laa….murah je,bag prada = rp50,000..hehe lopek punya la….tapi cantik
jugak..pukul 5.00pm kitorang blah…sampai kat bawah tutempat turun teksi tadi,tengok
jalan dah jem…oo..lupa orang balik kerja…macam susah nye nak tahan teksi..skali
aku nampak pak polisi aka pak.jaga..aku tanya la mana nak ambil teksi..terus
dia dengan suka rela tahan kan untuk aku..teksi pertama…mintak rp100,000 ke
hotel..giler mahal..TAK NAK…pakcik jaga tu tahan teksi kedua..yang ni mintak
rp50,000..ui semua mencekik..tapi naik aja la..nak tunggu lagi satu ntah bila
kan…nak request bluebird pun tak tahu macam mana….tapi,harga double dari masa
pergi tadi kan…ho ho yang penting sampai hotel..masa teksi berhenti,tetiba ada
pakcik beca tepi jalan tu sibuk-sibuk tolong angkatkan barang…aku macam konpius
jugak…then mak aku hulur kan duit kat en.jaga tadi..en.teksi pun bagi duit kat
dia…dah masuk teksi,aku nampak en.jaga tadi bagi duit sikit dekat pakcik beca
tu..huhu kesimpulanya,semua benda yang ditolong,harus dibagi TIPs nya..jangan
lupa ye..
yang kaler merah hitam brown tu la kasut kulit sapi |
converse *tgklah apa iqi buat tu,abahnya malas nak layan dah* |
beg cina mak aku pakai tu rp20,0000 je..boleh sumpat barang-barang belian kat beg tu..takde la tercicir.. |
sup buntut??? eeewww |
untuk iqi.. |
Jalan mancet teruk…en.teksi ikut jalan tikus katanya..haha jalan short-cut la tu…dekat 30 minit jugak baru sampai hotel…dah sampai hotel pukul 6.00pm..tapi waktu bandung kan baru jam 5 pak…kalau ikutkan sempat je nak merayau ke mana-mana..tapi serius letih..semua pun terlelap…kul 7pm baru bangun..dah tu tak tahu nak makan mana..jadi decide nak makan kat hotel restoren jela…skali terperasan kat depan hotel macam ada kedai makan warung-warung gitu..tapi yang jaga nya muda lagi..tengok menu..ada indo mee ngan nasik ayam 80’s je..ala-ala nasi ayam penyet la..aku oder dua-dua skali..lapar…*aku perasan banyak gerai-gerai kat tepi jalan yang jual indo mee semata-mata…kira femes bangat la indo mee kat bandung ni….kalau kat malaysia,memang takda lah kedai yang berniaga jual meggie je kan..betul tak?* mak aku dah tak larat,so dia tunggu kat bilik je..kitorang tapaukan..lagipun sebab iqi dah tidur..kesian dia,letih..huhu tepat jam 9pm, baju aku dah sampai…aku pun try dulu..ok la..Cuma labuh sikit..itu boleh oter sendiri..so aku turun balik bawah,cakap semua ok…tapi aku tengok pakcik tu tak blah-blah lagi..lama jugak dia tunggu…tapi aku buat tak tau jela…bila nak tidur tu baru teringat..aku tak bagi TIPs…!! Maaf kan saya pakcik…hee
Ok..sambung esok….
PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak
Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional, santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.
Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer.
Rate per Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 400.000 or RM 115
# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
Rate: IDR 550.000 or RM 160
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 650.000 or RM 185
# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245
# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245
*Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
*Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu
Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.
Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour
Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : bimomekarwangi@gmail.com
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport