Pages

Friday 18 May 2012

KRABI+PENANG : 02


Day 02
KRABI
Sabtu : 28.04.12


Kul 7.30am dah bangun..dah terbiasa bangun awal kan,cewah..tapi kat Krabi baru pukul 6.30am beb..haha pihak hotel tak sediakan sarapan,nak keluar malas…at last aku ngan sir makan maggie goreng buatan sendiri jek..pagi-pagi dah makan maggie,terbaik kan..biasala,pergi mana-mana pun aku mesti bawak belakan maggie,in case kalau dah lapar dan takda makanan halal…..maggie pun sedap apa..

Aktiviti kitorang harini ialah ber-island hopping…yippiee...inilah aktiviti yang di tunggu-tunggu sebenarnya... kitorang dah book malam semalam dengan kedai yang letaknya betul-betul sebelah haleeva tu..harga boleh tahan,tak mahal sangat. Kitorang pilih untuk pergi melonpat-lompat ke 4 island. –sebab aku dah pernah g PhiPhi masa g Phuket dulu- Untuk long-tail boat, rm60 kalau tak silap aku..tapi kitorang pilih speed boat,rm90 per person.harga ni siap lunch tau. aku consider murah la harga ni,sebab ada couple ni (kenal masa dalam train) amek package 4-island,rm120/pax..tapi dia book kat KL lagi...so beteer tak payah kalau nak book tru online ke hapa ke,baik dah sampai krabi baru book.even u'olls boleh dapat murah lagi,kalau book kedai-kedai tepi pantai tu..in my case,kitorang tak sempat nak ke area pantai malam semalam..so dapat rm90 pun ok...

Sebab dah bangun awal kitorang pun turun la awal, dalam 8.15am camtu..dah janji nak pick-up kul 830am. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Guest-guest hotel lain yang turun lambat pun dah blah.. hangin ni…dah hampir kul 850am, skali datang sorang akak tu dengan tut-tut versi van,akak tu tanya, 4 island? 4 person? Kitorang pun YES!...terus naik tut-tut…seronok dah rasa..akak tu masuk dalam hotel panggil orang lain…skali akak tu datang kat tut-tut cakap, maaf,maaf..salah orang(boleh cakap melayu rupenye) …cis..kan dah malu..haha terpaksa turun balik…gelak–gelak jela kan…ha,ni kejadian 1…nanti ada lagi…

ready nak g 4-island
haleeva cafe
boleh sewa motor dengan haleeva - thb200/day 
bosan dah tunggu van,tak sampai-sampai
Tak lama lepas tu,datang pulak awek ni bawa kereta…then cakap sori sebab van tut-tut dia penuh harini,so terpaksa pick-up kitorang naik kereta..ok la..takda masalah punya..sampai tepi pantai,kitorang dibagi sticker,ikut package yang kitorang amik..dapat warna hijau,means 4 island by speed boat…memang ramai betul orang haritu..kitorang amek package dengan Barracudas Tour..kira fames la Barracudas ni kalau dekat krabi. Kitorang tunggu jela sampai diorang panggil ‘sticker hijau’..tapi,tak panggil-panggil..cari yang lain-lain yang pakai sticker hijau,tapi dah takda..tadi macam ada..cuak dah..terus lari g pantai…nampak dah speedboat tu tengah tarik sauh..cepat-cepat sir kejar..sampai je,mamat jaga boat tu cakap…wait for the next boat’..so menunggu jela kitorang kat tepi pantai tu…ada la dekat 10minit tunggu, tp tak nampak pun boat lain..dan takda orang lain dah pakai sticker hijau…aku pun pergi la tanya dekat awek jaga kaunter Barracudas tu..skali diorang macam kelams kan…your boat left already’….aku pun hangin la..bagitau yang mamat boat tu suh kitorang tunggu boat lain..dem! tapi, nasib baik..long tail boat untuk tour 4 island tak gerak lagi..dan akhirnya,kitorang join mereka sticker pink ni..then tukar to speedboat kat Tup island…sini ialah destinasi pertama. –kejadian 2…tamat kes..cukuplah 2 je..hee-


namapk yang boat putih tu..tulah boat kami,telah pergi meninggalkan kami..sob..sob
kitorang naik longtail yang versi besar tu.. 
naik lah long-tail boat..

tup-island...cantik kan
melintas ke chicken island 


Tadi rasa nak marah kan, tapi bila sampai Tup Island..mashaallah..cantikkkkk sanggattt..terus lupa dah kes-kes tadi…hee dan nasib baik akak yang jaga speedboat tu peramah dan senyum…sejuk hati...bila nampak air biru turqoise …. Tak sabar aku nak berenang-renang kan..kat Tup Island ni boleh melintas jalan kaki meredah laut ke Chicken Island. Tapi aku tak sempat nak redah la, sebab dah terlambat pasal kes tadi..boat aku nak gerak lagi 20 minit…so kitorang just main-main air dan amek gambar jela..

Destinasi ke-2 ialah bersnorkling di area Chicken Island…pasal apa nama dia Chicken Island? Bukan sebab ayam banyak kat pulau ni..Cuma ada satu bahagian tu,cliff tu nampak nampak macam kepala chicken..hee snorkling kat sini agak cuak untuk aku sebab kaki tak jejak lantai…hahahah walaupun pakai life jacket,tetap cuak..rasa macam nak lemas..pura-pura berani jela...ikan kat sini tak pelbagai…aku tengok macam ada satu spesies je,yang belang-belang kuning hitam..tiger fish.a bit boring laa…..-ke salah port kitorang ni??- lepas snorkling, kitorang lunch pula kat Chicken Island ni..rupanya,tempat lunch ni ialah tempat yang nampak dari Tup Island tadi,nasib baik aku tak susah payah nak melintas meredah air tadi..takda apa pun kat sini,cuma ada kedai makan tu jela..haha




tiger fish
lunch disini

Next,kitorang ke Poda Island..kat sini nak mandi manda boleh,berjemur ke…snorking pun boleh..tapi kitorang just lepak makan jagung dan aiskrim je..aiskrim sangat mahal kat sini..cekik darah..awek jual aiskrim tu.cakap aiskrim in island,expensive’.iyolah hai…sempat la kitorang melompat-lompat ber-camwhore kannn…harussss..






Terus gerak ke destinasi terakhir, Phranang cave..pun boleh juga kalau nak swimming or snorkling,tapi aku macam malas la pulak,lagi dah terik sangat..hitam pulak kulit i yang sawomatang ni..hahah ptuiih..kat hujung pantai phranang ni,ada gua..tempat sembahyang agama mereka.



Dalam kul 3.30pm,gerak la balik ke Aonang.ada tut-tut dah siap tunggu,hantar terus ke hotel.sampai hotel.boom…tidur..eh,tak.. sempat mandi swimming pool dulu...hee
Petang,kitorang keluar balik,jalan-jalan area pantai..dari haleeva ke pantai adalah 10minit jalan kaki…tapi sepanjang jalan,ada kedai jual-jual baju camtu,so tak terasa la jauh nak kepantai tu..kat tepi pantai tu banyak kedai jual souvneir,aku sempat la beli fridgemagnet..tapi serius tak banyak choice..ada yang lawa-lawa tu mahal sangat pulak,sebiji rm15..uishh..taknak aku beli…jadi aku beli jela yang biasa-biasa nye,3 biji rm10..hee sir pulak beli baju krabi,rm15.




sedap! 



Sepanjang tepi pantai tu,banyak sangat spa/massage centre..sir pun ajak la ngurut..walaupun tak termasuk budget list,tapi sebab badan pun macam letih-letin..kasi terai la kan..heee kitorang jumpa la satu massage centre ni,murah sikit dari yang lain..oil massage,thb250..kalau tempat lain,mostly thb300-thb350 untuk oil massage.dah diskus-diskus,(bukan dapat kurang pun) akak tu call tukang urut..yang tak boleh blah nye,sir siap request nak tukang urut perempuan..cis..gatal laki aku ni..fetong dengar,dia pun nak yang awek la..mas terdiam…hee
Tapi bila dah masuk bilik tu,skali akak tu cakap sori,tak cukup sorang tukang urut perempuan..jadi fetong dapat yang lelaki….hee sian,tapi mesti lega mas agaknya..hahaha



Habis sesi ber-massage..naik tut-tut terus ke tempat makan semalam.kebetulan,ramai pulak malaysian kat situ…bukan ramai sikit,ramai banyak..adala dekat 20 orang…yang mana senyum tu,aku senym la balik..tapi 2-3 kerat je yang senyum,yang lain-lain buat dunno je….alahai….sebab dah ramai pelanggan,service pun slow la kan..lambat la makanan aku sampai...kebetulan, BERSIH 3.0 berlangsung kat KL arini,shah ngan fetong layan bersih jela kat wi-fii percuma kedai tu,sambil sembang-sembang politik..bosan!
Habis makan,balik jalan kaki ke hotel..serius penat tahap gaban…terus tidur…eh,tak.. mandi dulu..rimas minyak urut tadi..
to be continue..

No comments:

Post a Comment