Pages

Sunday 13 May 2012

KRABI+PENANG : 01

Day 01
HATYAI-KRABI
Jumaat : 27.04.12

Seperti yang tercatit dalam buku nota aku,6.15am..aku sampai Sungai Petani,Kedah..serius,aku memang tak dapat tidur nyenyak dek gangguan bunyi ‘halilintar’ bawah katil aku.terus aku bangun,turun katil..g amek air sembahyang,solat Subuh.lagi baik dari aku duk memaki (dalam hati) kat uncle tu.ada satu surau dalam gerabak yang berhampiran kantin.kebetulan,mas pun bangun nak bersolat.so,bersama-samalah kita.satu kekurangan,surau ni digunakan bercampur antara lelaki ngan perempuan.bila aku sampai,ada 2,3 orang lelaki tengah solat,so aku tunggu kat luar..skali datang lagi lelaki,masuk..dan solat..datang lagi sorang,masuk,solat..last-last aku ngan mas solat dekat-dekat kul 7am.cis.KTM,sila la buat surau berasingan ye.Didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Dah setel,aku just duduk kat katil je.Skali baru aku perasan,rupanya auntie yang duduk bawah katil aku daa…ayyak,dasyat sungguh dengkuran auntie tu..dan tak pasal-pasal laki dia kena kutuk ngan aku hee dalam kul 9.15am tiba dah kat Padang Besar,semua penumpang kena turun angkut semua barang,untuk pemeriksaan kastam.sekejap je urusan kastam,dan train ke hatyai pulak akan berlepas lebih kurang 1 atau 1.5jam selepas itu.jadi, kitorang g sarap kat tinggkat atas stesen,ada satu kedai makan melayu.itu jela satu-satunya kedai makan yang ada,so semua penumpang pun makan kat situ.takde la nak berebut-rebut,sebab bukan ramai pun yang nak g hatyai,tinggal beberapa kerat je,boleh cam muka masing-masing.harga,biasa-biasa jela..aku makan nasi lemak +sardin+milo ais..rm5.00.

rupa dalam train.

dapat la tengok sawah padi kan

 dah sampai padang besar

 
kedai makan kat tingkat 1

money changer..kalau tukar kat Krabi,mahal..rugi..tukar siap-siap
Lepas sarap,kitorang masuk and duduk je dalam train,tunggu masa nak bergerak.sementara tu,ada  mamat thai tu offer kitorang minivan ke Krabi,dia mintak rm50/pax.sebab katanya,dia akan hantar terus ke Aonang,dan terus ke hotel.ui,cekik darah betul…nasib baik aku dah ‘googling’ sebelum pergi,harga yang sepatutnya ke Krabi rm30 je…so,kitorang bolayan je mamat tu.lebih kurang 10.00am,train gerak dan tiba di Hatyai,kul 11am..waktu Thai lambat sejam dari Malaysia,jadi baru kul 10am la kat Hatyai.

Keluar je stesen Hatyai,memang banyak transport & tour punya company kat depan tu.so,pergi la tanya salah satunya..diorang cakap ke karbi thb450/pax..emm,masih mahal..kitorang jalan lagi,berpandukan peta yang aku print, pergi ke area Plaza Lee Gardens..adala lebih kurang 10 minit ke sana…betul-betul sebelah Lee gardens tu,ada Chan Travel..seperti yang tercatit,minivan ke Krabi thb270..NAMPAK tak? Murah je kan…Tapi,yang thb270 ni,dia akan drop kat Krabi town..so,aku mintak dia hantar ke Aonang sebab hotel yang aku booking ni kat Aonang,harganya thb350..ok la,still murah dari yang lain-lain tu.
Amoi tu cakap van akan pick-up kul 1pm..alamak,jam dah kul 12.40pm..tak sempat nak jalan-jalan kan…keciwa =(  tapi tetiba amoi tu cakap,’you please be here at 12.30’..aku macam..HAAA?’oo,rupanya,kat situ baru kul 11.40am daaa…ter-konpius jap..hee so sempat la aku nak merayau.

Kitorang pun jalan la ke Kim Yong market..dekat je,tak payah la naik tut-tut kan..saving..hahah aku duk bayangkan ada la jual-jual souvneir Hatyai,tapi takdak…adalah jual payung-payung,mekap,jajan dan macam-macam lain la,barang keperluan harian.kitorang just pusing-pusing jela dalam tu,tak beli apa pun.dah letih,tapi takde hasil..kitorang lepak ada satu gerai makcik jual nasi ayam berempah,betul-betul sebelah kim yong tu..ui,dari segi bau je dah menyelerakan.tapi sebab masih kenang lagi,so oder 2 ns ayam je.makan share-share.orang cakap teh ais kat thai ni sodap,aku pun try la..dan,memang sedap.nasi ayam makcik tu pun sedap.tapi kenapa nasi dia kaler kuning?? Aku lupa nak tanya..macam nasik minyak pulak.
Siap makan,menapak la balik ke Chan Travel tu,tunggu dalam 15minit van pun sampai.van nya cantik,besar..tapi padat sangat ngan penumpang…sampai kan takda ruang nak letak bag..tepaksalah aku meriba bag aku..aduhai..dah la kami berempat kena duduk seat belakang skali,berhimpit-himpit jela.aku terpaksa meng-stone-kan diri selama 5jam tu..bayangkan tak dapat nak bergerak..serius memang tak selesa dan sakit pinggang.






plaza lee gardens yang meletup tuu..yang menyebabkan aku tak jadi stay Hatyai..cuak


kim yong market

inside KYM

gajus..tak beli pun,ingat nanti otw balik krabi ke penang nak singgah beli..




nasi ayam-sebelah Kim Yong Market saje

makan sambil baca map..

teh ais kaw..@cha yen

udang ang paling besar THB 300


chan travel-sebelah lee gardens plaza



Lama jugak rasa perjalanan ke Krabi,dalam kul 6pm-Thai,sampai la kitorang kat hotel Haleeva sunshine..nasib baik bilik dia err..cantik la jugak kan…tenang rasa hati aku sket..huhu dengan harga rm70/n tu..memang puas hati la..itu yang harga rm70/n tu aku book ikut Hostelworld..kalau tengok kat Agoda,baru rm55…atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,terpaksa aku book dengan Hostelbookers..aku memang dah book siap-siap untuk 2 hari.lepas dah berehat,kitorng pun siap-siap la untuk keluar makan.aku kol reception mintak hantar iron,skali tak provide daaa…(wah..wah..dah duk hotel murah,nak iron2 bagai kan..) susah gak bila takde iron ni,tudung paling penting nak kena iron kan..baju-naju tak kisah lagi…lagi aku jenis yang tak pakai tudung sarung@tudung indon tu,memang malang la nasib aku..terpaksalah untuk malam tu,aku pakai tudung ‘busuk’ aku siang tadi punya..hehe

haleeva,berhadapan cozy place

kamar nya..



kedai makan sareefa


lobby haleeva

Keluar je hotel..kitorang dok pikir nak jalan ke arah kanan ke kiri kan…tengok kanan,macam gelap je..masjid besar pon dah tutup lampu..tengok kiri,lampu lip lap lip lap..so ,off coz g kiri..hee tapi,sepanjang jalan tak nampak pulak kedai makan halal….dan,nasib baik ternampak akak jaga fish spa yang pakai tudung..dia cakap,kedai makan halal kena pergi ke arah kanan…hahah aduhai,jauh tu nak patah balik..hee jalan la sampai area masjid tu,ada satu kedai makan Sareefa…kitorang makan kat situ,rasa-biasa je..harga-takda la mahal sangat.tapi kerabu mangga dia sedap! lepas makan,kitorang just jalan-jalan balik kawasan sekitar...g 7E jap,mas nak beli roti buat sarapan esok,sebab hotel tu tak sediakan sarapan..akku? ingat nak makan megi goreng jeewwww....hahah Dah tu,balik bilik..tidur laa…charge tenaga esok nak berenang!! Woot..woot….



mc'd pun ada,tapi tak berani nak masuk....




tut-tut..thb20 je,ke area sekitar aonang

No comments:

Post a Comment