Pages

Wednesday 9 May 2012

KRABI+PENANG : 00


Aku akan mulakan kisah percutian ala-ala remaja aku ni (yela, i kan dah tahap IBU-an dah uolls)..ye..ye..walaupun aku cakap nak taip-menaip on weekend,tapi aku macam tak sabarkan..hee lagipun aku takut aku hilang ingatan..susah nanti....^_^ amaran,cerita ni sangat panjang,jadi sediakan lah jajan-jajan yang sepatutnya…hee macam la best sangat kan,ayat pun tunggang langgang..(saya akan cuba perbaiki..Insyaallah..)

Day 00 
KL-HATYAI
Khamis : 26.04.12

Hari Khamis ni aku still keje lagi siangnya,sebab tiket train ke Hatyai,bertolak jam 920pm..jadi sempat je kalau dari rumah aku ke Kl Sentral sebelum kul 900pm.Iqi aku dah hantar ‘balik kampung’ kat Puchong,semalamnya(rabu)..sedih jugak rasa nak berpisah sementara ngan iqi ni,first time ni tidur malam tanpa niqi niqi..uwaaa..dramaaaa!
Sampai Kl Sentral dalam kul 8.15pm camtu,mas+fetong tak sampai lagi..jadi aku just merayau-rayau jela dalam Kl Sentral tu.awal lagi kan.beli jajan apa-apa yang patut,buat kudap-kudap..dalam train dah konfem mahal harga makanan.

Tak lama lepas tu dorang sampai,terus la gerak nak naik train..tapi sebelum tu,sempat jugak diorang tapau KFC..tak dinner lagi katanye..hee dah naik train,cari-cari katil..aku terus panjat..excited lebey..
yela,duk upper bunk,kena la panjat..sebab tu murah sket,kalau duk bawah mahal rm6 kot,kalau tak silap aku…please,tengok webite ktmb..aku book online..senang je,daftar dan boleh terus book. (tapi kalau dah book online,nak tukar tarikh tiket kena g sendiri kat kaunter KTMB) Area katil bawah aku ada sekumpulan uncle+auntie cina ni,diorang pun nak g Hatyai,diorang cakap dah selalu g Hatyai,tapi naik bas..so ni kira 1st  time jugak g hatyai naik train..batak cam aku jugak la perangainya.huhu
Kul 930pm,keretapi start gerak..syok jugak kan,sekali sekala naik train..tapi tak dapat la nak tengok pemandangan,malam.gelap je semua.dah 1 jam melepak atas katil,mula lah aku boring kan..aku ajak sir jalan-jalan dalam train,g kantin.jauh jugak dari gerabak aku  ke kantin..kena la lalu lalang dalam gerabak orang lain.gerabak lain yang aku lalu tu semuanya ‘seat’ je,aku tengok kerusi-kerusi tu macam selesa je,agaknya kalau g Hatyai,amek yang ‘seat’ pun ok kot..kalau yang superb budget tu,ok je amek yang ‘seat’,harga baru dalam rm20+..murah kan.

KL Sentral

Senandung Langkawi


pura-pura tidur..hee

Sampai kantin,usha jap harga-harga makanan..mak ai,seperti yang dijangka..mahal.tapi sir macam dah lapar,dia pun beli la bihun goreng.rm6 tu.ingat nak tapau makan kat katil je,skali mas+fetong pulak sampai..so lepak-lepak kat kantin jap..borak-borak,gelak-gelak.aku pun macam tak sangka diorang nak ikut..diorang memang dah tau kitorang planning nak g Hatyai dulu untuk anniversary…tapi bila aku dah ubah plan nak ke Krabi (seminggu sebelum pergi),aku pun suruh sir pun ajak la kawan-kawan dia..dan mas+fetong kata nak ikut,aku beje..memang marveles la diorang ni,semua buat last minute..tap..tup..tap..tup semua siap,ready to go dah..bila mas cakap macam berminat je,aku terus bagi itenerary,mas kata nak diskus dulu ngan fetong..esok nya terus cakap on..book tiket train,flight,hotel semua,dalam satu hari yang sama..weekend,diorang g beli bagpack,renew kan pasport..tunggu 3 hari lagi,terus ‘jalan’.aku ni ha,merancang berbulan-bulan..asyik menghitung hari je hahaha
kantin

bihun-rm6

fetong+mas

Aktiviti lain aku,apa lagi tidur jela…tapi tengah-tengah syok tidur,ada gangguan bunyi pulak..uncle katil bawah aku ni berdengkur punya la kuat..aduhai..kenapa la dia tidur kat bawah aku kan…nasib badan..berbakul-bakul la aku mengata uncle tu..nasib baik Ernie ada bagi pinjam MP3 dia..selamat..layan lagu ‘that man’ terus nyenyak aku tidur,ahaks dan sekali sekala tu terjaga jugak bila pegawai/petugas KTM datang kejutkan penumpang yang nak turun,bila sampai destinasinya..aku,ke Hatyai..stesen last sekali..layan tidur jela.

No comments:

Post a Comment