Pages

Monday 20 February 2012

SABAH BAH : 03

Day 03:
Adoyai..panjang jugak cerita sabah aku,ni nasib baik pergi 4hari je ni..kalau aku travel 1minggu ke,2minggu ke..mau bernanah jejari runcing aku menaip…hehe ok,back to the story…

Hari ke-3 ni,kitorang amek half day tour…aku sebenarnya dah bujet nak pergi island hoping ngan sir…tapi bila mengenangkan airil rafiqi, macam terbantut sikit laaa….lagi perangai dia unpredictable..kekadang ok,kekadang tak….disebabkan semalam dia ada la sikit buat perangai..mak aku awal-awal surender nak jaga dia…cis,rosak plan aku.…*sebenarnya memang susah pun travel bawak budak kecik..*tapi,setelah penat pujuk merayu…akhirnya,mak aku sudi nak jaga iqi…yahoo…tapi..tapi..tapi...tengah hari,after tour. nak tak nak,aku kena folo la tour pagi ni. pagi ni kitorang pergi Lok Kawi wildlife park.macam zoo,tapi binatang-binatang tak sama macam kat zoo negara.pelik-pelik sikit.binatang dari kepulauan borneo.masuk zoo kena bayar rm10,kanak-kanak rm5,warga emas percuma…naik tram bayaran tambahan.maaf,aku lupa pulak harga naik tram tu. kitorang tak jalan kaki pun,naik tram je…hehe takde la penat sangat.
lok kawi wildlife park



tram


Agak boring jugak,sebab kitorang semua dah dewasa..macam tak excited tengok binatang..hee tapi aku memang suggest kan,kalau ada sesiapa bawak anak-anak melancong ke kk,singgah la sini.harga tiket pun takla mahal sangat kan.





orang utans



masjid besar sabah....perform friday prayer here

Habis melawat binatang,kitorang balik ke rumah balik,sebab yang laki-laki nak get ready sembahyang jumaat.mak aku pun nak berehat dulu,petang kang baru sambung tour..pergi muzium dengan menara tinjau je lagi.aku+sir pula..akan ber-island hoping.*SUKA*

Ini la masa yang aku nanti-nantikan sebenarnya bercuti kat kk ni.aku memang rindu nak ber-snorkling. *diving soon*…last time aku snorkling masa kat phuket dulu..3 tahun lepas kot…suppose masa pergi bali*hanimun*,aku snorkle juga..tapi sebab gf aku taknak*aku dulu hanimun berkumpulan..hehe..boleh?*,so macam tak syok la kan snorkle sorang-sorang..sir kat bali dulu sempat la diving,dengan hubby my gf tu…wek*jeles..rolling eyes*
entrance jesselton point




Armin hantar aku+sir kat jesselton point jetty.kat sini la tempat nak naik bot/ferri ke pulau-pulau berdekatan.ada 5 pulau yang biasanya pelancong pergi dan menjalankan aktiviti air ni.pulau gaya,pulau sapi,pulau manukan,pulau mamutik dan pulau sulug.yang paling fames,pulau manukan…so aku decide nak pergi pulau manukan dan pulau mamutik.aktiviti aku memang nak snorkling jela.tapi,disebabkan aku gerak agak nak ke petang,brader kaunter tiket tu cakap boleh pergi satu pulau je..aku nak pergi manukan,tapi brader tu suggest pulau mamutik..better untuk snorkle…apa-apa la labu…mamutik pon mamutik la…cepat sikit aku dah tak sabar niiiiii….hee *harga ke pulau-pulau,seperti tertera dalam gambar di atas*
Giler kau*giler aku jugak*..memang cantik sungguh ciptaan tuhan ni.air kaler cyan tuuuu..*tau ke cyan tu ape..bahasa autocad..hee*so kitorang cari port,letak barang-barang..*ada bawak bekalan sikit,saving*dengan tak sabarnya,aku tukar baju renang aku..kedebush….
Mashallah…mashallah…mashallah…..
Best gilerrr dapat berenang-renang dengan ikan*berenang dengan jaket keselamatan tau..bayar rm10..snorkle mask rm10*….wooo..hilang segala masalah aku…*memang besar masalah aku b4 pergi sabah ni..hanya tuhan yang tahu*

sir tak sabar-sabar..hihi

bessssss nyeeeeee



welcome




jauh disana tu,kk..huhu nampak marina court,lambai2 kat iqi...=)

Kat pulau mamutik ni,snorkle kat tepi-tepi pantai je…tapi kat tepi-tepi ni pon ikan dah banyak..batu karang pun ada.*kat phuket dulu,snorkling 'tepi yang tengah' laut..cuak..kaki tak jejak lantai(lantai ke?)*aku nak bagi ikan-ikan datang kat aku,aku campak-campak roti.menderu ikan datang.kali ni aku tak geli pula macam kat fish spa tu..sebab ikan-ikan sini cantik,warna warni…kat sana hitam je,geli.heheh dah penat berenang,kitorang rehat makan dulu…ada je kedai makan,tapi aku rasa mesti mahal kan.tak pula pergi tanya.maaf lagi.dah kenyang aku sambung balik berenang.memang best la kan.
Pukul 3.00pm,aku dah janji dengan bot suruh pick-up kitorang balik.kena bagitahu,sebab setiap tiket, lain-lain bot,bukan boleh naik sesuka hati je.bot mana yang hantar kita,bot tu la yang pick-up balik.ingat tu.
jetty


nak balik dah..papai..


Sampai balik jeti,ingat nak naik cab je balik rumah..tapi sir ajak jalan kaki..aku..? beje..takdehalpunyerrr…hee menapak la kitorang dari jesselton point ke marina court condo.basah la keti kan..hee

kreatif+vandalisme





tukang jahit

gambar bawah ni,tour mereka yang lain...

muzium sabah

menara tinjau

Malam:harini ayah aku folo kitorang berempat pergi makan*iqi kene tinggal ngan tokmak lagi*..sebab kitorang cakap kedai semalam tu best..aku siap tapau butterprawn tu,ayah aku pon kata sedap..tu yang dia nak folo tu*lagipon dah 2malam dia dok tapau je makan malam dia*.menu harini,ikan masak 3 rasa…sup daging…sotong sizzling bbq hot n spicy ngan kailan ikan masin.punnn sedap.kitorang oder semua yang medium size je..bujet mesti dalam rm60+..skali dia cakap rm45 je…oh sangat murah.terima kasih. ^_^otw menapak tu,,semapt jugak aku singgah pasar malam…nak beli gelang lagi,last kopek..untuk officemate sir…korang tau,tawar punya tawar..gelang yang aku beli rm15 dalam pasar filipino kelmarin,dapat rm7 jeee….hahah *mesti mak aku jeles,sebab dia beli rm9* happy,terus balik dan tidur sambil tersenyum.

untuk cik.meda..hee


Day 04:
Alllllaaaaaa..dah nak balik kl kan..sangat tak best nyee…tiket flight aku pukul 200pm..tp yang lain-lain pukul 12.30pm.jadi dalam pukul 10.00ama armin dah sampai rumah,nak hantar kitorang ke airport.dalam perjalanan ke airport,armin sempat bawak kitorang pergi kilang cokelat…tapi harga cokelatnya..mahal..konfemlah kitorang tak beli kan..tapi erni beli la satu,cokelat bar..rm 6.90.hee lepas tu,kitorng terus ke airport…

Masuk je airport aku setel kan dulu self check-in..dan luggage.lega la sikit..lepak-lepak tunggu masa.jalan-jalan dalam airport,skali ternampak la cokelat yang erni beli tadi tu…tengok harga,baru rm4.90..kah kah kah…kesian ernie*camne kilang lagi mahal ni..???* aku sempat la belu poskad untuk diri sendiri.
armin : kedua dari kanan...tqvm baah..

No comments:

Post a Comment