Pages

Thursday, 23 May 2013

Ber-Meatballs @ IKEA plus Resepi lagi..^_^

Balik je dari Birthday Adam kat KFC TTDI..kitorang taktau lagi mana nak tuju..terus aku ajak SIR g Ikea..ingat nak cari rak besi yang harga rm39 tu..nak letak kat dapur..umah aku kecik je, tapi barang makin bertambah-tambah..setor takdak..memang susah..jalan terbaik..cari rak,susun barang bertingkat-tingkat..save space..

Penat je aku jalan-jalan dalam Ikea,tapi tak jumpa rak tu..aku berhenti sat tengok catalog,pon takde...hmm.. lantaklah..terus rasa malas nak beli rak..tak kuasa dah nak cari..nampak tupperware Ikea yang 17unit = RM14 tu..nak beli tapi macam nak carik makanan + minuman dulu,laparrrr... *padahal baru makan KFC tu* kaki pon dah penat..last-last ajak SIR makan Meatballs je...Nyum..Nyum..
Tapi keciwa tengok seat penuh je semua..hish..dah la nak kena beratur panjang..=(
SIR cakap tapau je..ok la..aku beratur,Sir jaga iqi yang dah mula nak buat perangai...lama jugak beratur,bila tiba turn aku..

Bang..nak take a way meatballs boleh..
Boleh..tapi kena bawak tupperware sendiri..
Haaa?..*silent*

Aiyak...takkan aku nak bla jap beli tupperware,pastu nak kena beratur balik...ohhh tidak...jadi aku beli jela,padahal dah tau seat takde tu...memang sengaja nak kena maki ngan laki sendiri la aku ni kan....*gulp*
Bila dah beli,jalan la cari Sir..ade je dia duduk kat tepi escalator,tengah layan iqi melentok-lentok...hati dah berdebar-debar..takut kena marah...haha 

Yang,boleh tapau..tapi kena bawak tupperware sendiri la..*buat muka kesian smbil pegang tray*
Yeke?? patut sy nampak orang-orang lalu pegang tupperware yang awak nak beli tadi tu..

Aku bukan kisah pasal tupperware tu,tapi lega dia tak marah..hee pusing-pusing sat dalam sebarang dua,nasib ada seat..duduk cepat-cepat,takut orang lain amek seat..hee..baru nak makan aku tanya dia...

Eh,yang..bukan baru-baru ni ada isu pasal meatballs Ikea ni ke?? pasal ape eh..daging kuda ke hape tah..
Aah..ada campuran daging kuda kott..tapi dah setel dah..takde daging kuda..
Mmm..kita orang islam haram ke makan daging kuda...? *nampak soalan jahiliah aku..T_T*
Boleh je kan..tapi maybe tak boleh untuk agama lain..tu yang jadi isu..

Nampak tak disitu Ustaz Shah Izwan bagi penjelasan..ntah betul ke tidak jawapan dia tu..aku yakin je..terus bedal.. ngahaha tapi makan kat situ memang tak puas kan...ke ...aku je yang pelahap nak makan banyak-banyak..?? hee takpe-takpe,uolls atau iolls sendiri boleh buat kat rumah..meh aku nak kongsi resepi..




Resepi Meatballs Ala IKEA

1- meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.Emm..kalau takde jenama Marina,belasah jela meatball jenama apapun..

2 - kentang goreng secukupnya.Pilihan WMR ialah fries kerinting..haha


3 - 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit


Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

-2 sudu butter


-1 1/2 sudu tepung gandum


-Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit (diblend pon boleh)


-sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu


-1 1/2 cawan air sejuk, *


-100ml susu segar/susu cair *


-3 sudu sos tomato *


-3 sudu sos tiram *


-2 sudu kicap manis *


2 sudu lada hitam *


-1 kiub ayam/ daging*


-sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa


Cara-caranya: 


1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.


2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.


3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato


4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.


5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)


6. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. 


YUMMY...!!

Senang je kan..moh kita mencuba bersama-sama..hik hik

TQ kepada pemilik blog..iolls copy & paste je..
Resepi dari blog: http://mytravelmyfood.blogspot.com

2 comments:

  1. susah la nak buat..beli jugak yang sedap..hahaha

    ReplyDelete
  2. buat meatball senang, tang kuah tu yang pening sikit even ada resepi...baru tau kalau nak tapau kena bawak tupperware sendiri, leceh la fulak kan...

    ReplyDelete