Pages

Wednesday 7 November 2012

BROGA HILLS, Semenyih

Aku macam nak tengok sangat Istanbul Aku Datang”… Nak tengok Beto Khusyairy uolls… please,someone teman kan aku…haha Bukan kipas susah mati Beto pun,tapi just minat gitu-gitu jek…tengok tak “Aku Dia Dan Tong Sampah’?? sangat someelll okeh beto…heheh *abis la….mesti marah laki aku nih*
Dan satu lagi,nak ngusha ISTANBUL laaa..mana tau tergoda ke kan…boleh la kite…!! aritu masa tengok amazing race pun,aku dah.."wahhhh..cantiknyaaa..jom yang.." YANG pulak.."hmm..jommm" macam takde perasaan..hee

Cukuplah pasal beto dan Istanbul,ni aku publishkan entry yang dah berbulan aku peram….hehe

Ni ialah aktiviti yang aku atau korang pun boleh buat pada hujung minggu.Hiking di Broga Hills…yehaaaa…ok,lokasi Bukit Broga ni ialah di Semenyih, berdekatan Kajang...Masa aku pergi ni,aku macam nak sangat pergi sebab tengok-tengok orang post gambar mereka kat FB kan..terus aku ajak Sir pergi.kebetulan adik aku yang perempuan tu dah banyak kali pergi,aku paksa dia ikut sekali..haha senang la,takde aku sesat jalan nanti…

Bertolak sebelum subuh, dalam pukul 5.30am…kena keluar awal pagi, sebab nanti dah mendaki lebih kurang 45minit ke 1 jam camtu,dapat la tengok SunRise dari atas bukit tu…lagi satu,kalau lambat nanti orang makin ramai..nak mendaki pun boleh jammed tau...cuba bayang kan jammed masa mendaki,ngadap jela bontot orang yang kat depan kita tu..hua hua hua
Perjalanan dari puchong ke semenyih lebih kurang 1jam…sebelum simpang ke Broga Hills tu,ada satu stesen minyak..boleh la Solat Subuh disitu….

Masa aku sampai,hari gelap lagi…disebabkan adik aku dah pernah pergi,jadi dia memang dah siap-siap pesan suruh bawah torch light..tapi jangan risau kalau tak bawak,sebab ada je auntie or uncle yang jual torch light kat kepala tu,macam nak masuk gua atau yang macam orang pergi menorah getah tu..tapi harga…of kos,mahal…tapikan,torch light yang kat kepala tu aku rasa paling sesuai  untuk mendaki..so kedua-dua tangan boleh la digunakan untuk memaut..masa aku g ni,dah la sebelah tangan dah pegang torch light, agak susah la untuk memaut…jalan mendaki tu licin jugak tau..berhati-hatilah….

subuh




Alhamdulillah,kitorang sampai jugak kat atas yang kebetulan matahari baru nak memunculkan diri..sangat cantik okeh..Cuma gambar aku je yang tak cantik..haha sori…aku just nak bagitau la,masa aku pergi ni..memang tak boleh bla,ada satu geng remaja ni (lelaki n perempuan).siap bawak gitar dan teddy bear bagai…photoshoot la gituw….hahaha kelakar je…yang aku kagum pula,ialah sefamily ni mendaki,siap bawak anak yang aku rasa dalam darjah 3 ke 4 camtu…hebat kat anak dia tu la…hehe



nak panjat ke tak..nak ke takkk...nak ke tak...emmm...TAK! hee

sisters

kamehamehaaaaa...
Lepas tu, time to  turun…jenuh…^_^

jom gunung tok wan pulak.....ada bran??hee

Antara tips/cadangan yang aku nak kongsikan:

1.Elok pergi Pagi..dengan cuaca dingin,senang la proses pendakian tu..plus,dapat tengok Sunrise..suke!

2 Jangan lupa bawa Torch Light, pada yang nak mendaki sesubuh hari la..kalau boleh beli yang macam orang g menoreh tu..tapi kalau tak bawak,boleh je beli kat situ..haa jangan lupa bawak duit pulak...

3. Bawak air mineral...atau kalau rajin,bawak la sandwich ke..hehe tapi tak payah la nak bawak beg berat-berat sangat..better santai sahaja.

4.Pakai kasut yang sesuai..better sport shoes..bukan tak boleh nak pakai converse-all star, north star, bright star tu semua..cuma risau jalan mendaki tu licin,kang tergelincir..siapa yang susah? haa...

5.Masa dah nak balik,bolehla singgah Air Terjun Sungai Tekala..syoook wwooo..lepas dah berpeluh-peluh panjat bukit,terjun pulak ke dalam sungai..terbaek...!! lebih kurang 20minit  perjalanan dari Broga Hills tu..aku g je aritu,cuma tak boleh nak uplod gambar bebanyak..seksa uolls...haha

6. Kamera.....WAJIB!


batu tu nampak macam BUAYA pun ada kan...scary...

2 comments:

  1. Watched Istanbul Aku Datang yesterday! Nice plot and cinematography. Plus, all the soundtrack was awesome! Bernice Chauly definitely won't failed you. Go and watch it!
    * It makes me wanna go to Istanbul now!

    ReplyDelete
  2. Serius ke best??ala...tak tengok lagi nih...sobs

    ReplyDelete