Pages

Tuesday 28 April 2015

Sup Tulang Merah @ Golden Mile Food Centre, Singapore

*Jari-jariku dah lama tak bersenam…ayuh..mulakan senaman kembali! Fighting!!*

Nak Tanya, korang pernah try tak sup tulang merah kat Singapore tu?? Sedap kan..aku sampai termimpi-mimpi la..hahaha Dah banyak kali aku dengar pasal sup tulang merah ni, tapi aku first time try masa aku g short-trip-with-colleague-without-kids ke Singapura itu hari, dalam bulan Febuari rasanya..Short trip aku ni ditaja okeh,tapi tajaan separuh je la dari keseluruhan perbelanjaan..hahah Ok la tu kan

Aku gerak ke Singapura hari sabtu pagi, direct terus ke USS..hangkut la backpack kami yang hagak berat itu,tapi jangan risau kat USS ada locker.Ada kejadian masa nak cari locker ni.Kami letak kat locker yang jauh dan mahal iaitu dekat dalam Hard Rock Hotel,padahal betul-betul sebelah gate masuk USS tu ada locker murah tau..mencik! Ok,skip cerita USS dlu, aku nak stori pasal sup tulang merah kan

Lepas dah gerak dari USS, hari dah agak malam dah masa tu..kami naik MTR turun dekat Station Bugis untuk cari makan malam. Kami nak try makan 2 jenis makanan la konon..first nak try murtabak zam zam yang femes emes tu, dekat depan Masjid Sultan dekat Kampong Glam dan yang kedua nak makan sup tulang merah dekat Golden Mile Food Centre. Ingat kan dua tempat ni macam berdekatan, rhupernya..jauh nok..haha dah la sakit kaki berjalan dalam USS, ditambah azab berjalan malam tu dengan bag yang berat.(padahal pegi 2d1n je..hehe) menyumpah jugak la…hahaha ampun!

Lepas exit je dari mtr tu,nak jalan ke Restoren Zam Zam tu pun dah malas sebenarnya.tapi kami gagah kan la jugak.Sampai depan restoren tu, masing-masing cakap kalau dah makan murtabak, tak payah la cari sup tulang merah tu..sebab semua dah kepenatan. Lepas diskusi, semua setuju nak cari kedai sup tulang merah tu,makanya tak jadi la kami makan murtabak zam zam.sobs. Aku memang ingat dekat je wei,sekali…ya ampunnnn..jauh giler okey..nak nagis jalan kaki.Sila lah rujuk map di bawah. Sambil jalan,sambil masing-masing menyalahkan antara satu sama lain sebab pilih sup tulang merah..hahaha

haa..jauh kan aku jalan...adalah dekat 800m camtu..fuh
Rasa lega sangat bila dah sampai kat Golden Mile Food Centre, Beach road.Banyak kedai yang jual sup tulang merah ni. Aku pun lupa dah nama kedai yang aku makan ni.Masa search sebelum ke Singapore tu ramai jugak yang suggest kedai tu,tapi aku rasa kedai Deen punya nampak lagi menyelerakan. Hiks. Memula sampai sup tu macam ewww..skeri gile kot nak makan,dengan warna yang macam tu..tapi bila dah makan je terus WoWw..food from heaven ke ni..hahah Sedap weh..terus lupa kes sakit kaki tadi.hahah Nak makan sup tulang merah ni kena cicah dengan roti. Tak nampak pulak orang makan dengan nasi.hehe.Blasah jela.banyak kedai-kedai yang jual makanan lain tapi kat food court ni,takde pulak orang jual murtabak.hahah kempunan le.


sedut..jangan tak sedut..hahaha
Dah abis makan tu, kami nak gerak la ke hotel, tak check-in pon lagi..hari dah pukul 10pm camtu. Memang tak koser la nak patah balik ke Bugis Station tu,kang elok kenyang daging kambing aku tu takut terus lapar balik bila sampai bugis st, tu..haha Jadinya, kami naik je bus dari depan Golden mile food centre tu..siap pesan kat uncle driver suruh berhenti kat mana-mana mtr.hehe uncle yang baik itu berhentikan kami kat station Kallang. Dari situ kami bergerak ke area Mustafa Centre, dimana hotel kami bedepan saja dengan Mustafa Centre.

5 comments:

  1. Dah lame berangan nak makan ni.. tak sangka plak tempat tu dekat dengan hostel aku selalu lepak ... mcm nak kene buat short trip ke s'pore jer nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try azra..sedap weh..sambil sedut-sedut tulang sumsum tu..pening trus..hahahaha

      Delete
  2. Ini menambah marah! Merah giler daging tu! Sedap wei, walau baru tengok gambar. Aku rasa kalau aku melantak menu ni, kena rest sebulan dari makan daging terus. Maunye meroket naik BP.

    ReplyDelete
  3. salam. hee sonoknye g uss ;p

    ReplyDelete
  4. datang jengah tp tuan blog x de kat msia....enjoy your holiday aza

    ReplyDelete