Penghulu segala hari..
dan malam ni jugak ada running man & juga episod akhir 'My Daughter the Flower'..kikiki
Eh,
Korang tau tak yang Pantai Bagan Lalang ngan Morib
tu adalah
2 tempat berbeza?? Tahu?? Kenapa aku je yang tak tau..hampess…mati-mati
aku
ingat tempat yang sama..agak terkezut bila dari bagan lalang nak ke Gold
Coast
Morib tu,dekat 30km..lebih kurang 30minit jugak..hehe Fail Geografi..!
Padahal aku dah banyak kali ke Bagan Lalang tu,tapi buat tak amek port
je..
Kisahnya, memula sekali abang rezal,iaitu abang ipar aku,cakap
nak belanja makan ikan bakar..kat Bagan lalang..sempena birthday mak n sharil
(adik ipar)..peh,jauh-jauh je nak makan ikan bakar kan..hee katanya fresh from
oven..eh..eh..from sea la…tak sama rasa makan ikan bakar kat KL..dan harga jauh
lebih murah..betul jugak tu..so,kitorang konfem jela,dah orang nak belanja
kan..lepas tu,setelah difikir-fikir,timbul pulak idea nak bermalam
disana..haa..apa lagi sepantas kilat aku meng-google hotel2 yang ada..tapi,kalau
hotel,tak muat nak duduk satu bilik..kurang-kurang 3 bilik kan…jadi aku lebih
ter-arah meg-google homestay…ada beberapa buah homestay kat bagan lalang
tu..setelah ditambah tolak darab bahagi,aku pilih Asra Homestay..ada 2 jenis
Asra homestay , satu banglo dan satu lagi semi-d..aku amek yang banglo tu,lebih
besar kot..kalau compare dari dalam gambar la,betul-betul nye,aku tak tahu la
yang semi-d tu besar ke kecik..
Dah tu,abang cadangkan pulak bermandi-manda di Water
Themepark Gold Coast Morib..ON saje…so aku tambah lagi satu malam sewa homestay
tu..Jadilah percutian singkat kami,3D2N…dari 29.12.12 hingga 31.12.12. Sebab tu
aku tertidur malam tahun baru aritu,penat kuak lentang kat GC morib..hehe *tipu
jek*
Dipendekkan cerita, *malas la tuwww aku nih* Sabtu,29.12.12
bergerak lah kami,4 buah kereta ke Bagan Lalang.Dari Wangsa maju ke Bagan
lalang lebih kurang 2jam jugak la..kitorang singgah sekejap kat Kajang,jemput
mak ngah&raziq(cucu makngah) + maklang&alif(anak maklang),diorang folow
sekali..jadi,semua skali ada 14orang untuk trip kali ni..ramai kan..ala-ala
percutian keluarga gitu..hee Sampai di homestay,lebih kurang am2.00pm.
Secara keseluruhanya,rumah ni ok je..besar dan luas..hall
pun lapang,selesa..ada 3 bilik..bilik utama siap air-cond lagi,yang bilik lain
kipas ajerrr..hehe Tuan rumah,Auntie Asma pun ok,baik hati..siap bagi diskaun
harga sewa..untuk 2 malam,kena bayar rm480. Harga sebenar,boleh check kat BLOG ASRA
VILLA HOMESTAY.
Kat luar rumah,ada gazebo..boleh lepak-lepak…ada kipas
siap,takyah risau panas..tapi kat luar memang berangin je sentiasa….kalau
malam-malam nak buat BBQ pun ok..takyah susah-susah nak bawak set BBQ tu,sewa
je Auntie Asma punya..tapi,kat luar takde plug karen..kalau nak masak steamboat
macam kitorang,sila lah bawak extension sendiri okeh…kat depan rumah ni ada tasik tau,sesiapa suka memaning,bawak joran anda..hee
Tapi ada satu masalah,kat rumah ni..err..aku rasa bukan
rumah ni je,kat kawasan ni, banyak betul LALAT..rimas aku…kat dapur paling
banyak..apalagi,gulung-gulung surat khabar,pukul…hee haa,lupa pulak,kat rumah
ni ada dapur..bolehlah nak masak-masak..fridge pun ada..tapi bab perkakas
memasak,tak complete la..better bawak sendiri…Kalau ada barang-barang dapur
tertinggal,jangan risau kedai runcit dekat je..jalan kaki pun boleh..
Lokasi rumah ni,tidaklah depan pantai bagan lalang tu..jauh jugak,5minit
naik kereta..aku cakap jauh sebab sebelum sampai,aku bayangkan boleh g pantai dengan berjalan
kaki,rhupenyye,memang tak boleh..kalau sesiapa biasa g wangsa maju,lebih
kurang dari Jusco ke Wangsa Walk..menangis kan nak jalan kaki..huhu
Pandangan aku,kalau nak yang tepi pantai tu,boleh try usha Hotel
Sri Malaysia..yang ni memang betul dekat pantai..kedai-kedai ikan bakar pun kat
area depan pantai tu je…
Haaa.habis dah iklan aku..hee
meh aku sambung cerita..
meh aku sambung cerita..
Lepas dah check in,kitorang ber-luncheon la…mak memang dah
siap-siap masak nasi dan lauk-lauk semua..nasib baik dah masak,dah sampai
penat-penat tu memang tak koser nak masak..*eleh,macam aku je yang masak
kan..kikiki* Iqi ada geng ngan kakak gegirl,baru laju dia makan..kalau tak
kemain payah nak suruh makan…dia nampak kakak tambah,dia pun tambah..kakak
tambah lagi,dia pun nak lagi..hee lepas dah kenyang+penat..perkara paling
sesuai dilakukan ialah..tidur..hee tersedar dah pukul
6.20pm..aiyok..cepat-cepat solat..pastu,tengok shah takda..rupenya ke
pantai..siot tinggal kan aku..tapi,memang patut aku tak pergi,
mak,makngah,maklang busy-busy kat dapur..aku selamber tidur..*apenye menantu
nih..hiiiii*
Kalau ikut perancangan malam ni kitorang akan dinner ikan
bakar,tapi disebabkan lauk pauk siang tadi banyak lagi..tak usah membazir..jadi
plan nak bersteamboat untuk malam esok,tukar ke malam ni…kami gadis-gadis
tolong potong-potong je..makngahyang sediakan kuah n sos..senang je rupenya nak
buat kuah steamboat ni..nak tau ke?? *cepat amek pen dan kertas*
Cara-cara buat kuah steamboat,
1.
Amek periuk nasi..bubuh air..on kan suis,biar
air panas dulu..
2. Bila air dah panas,buh kiub knorr-sup kueyteow..
3.
Terus masukkan bebola,isi ketam dan
sebagainya..siap..hee
Takyah ajar pun takpe kan..tapi yang sos aku lupa nak
tanya..sila lah google sendiri..hee
OK..sambung esok..tata
OK..sambung esok..tata
alang-alang baru tau, kena catit betul-betul dalam buku, nanti lupa pulak aza, hehe...memang best kalau dapat kuar outing dengan family, tambah berhampiran pantai, sonok jer dengar bunyi ombak. siap ada yang boleh tertidur sampai 6.20 lagi...dasyat betul! :)
ReplyDeleteadui..kena perli pulop..heheh bukan selalu dapat tidur petang..tp yang ni terlajak pulak..
Deleteaah..sebelah rumah tu ada tasik..syok je,berangin..
ReplyDelete