Pages

Thursday 11 October 2012

Hi SEOUL : 04

DAY 04
Wah dah hari ke-empat…alahai sedihnya esok nak balik dah…Kenapa lah aku planning cuti ni sekejap sangat kan..huu adalah sebab musababnya,nanti aku ceritakan di post-post yang akan datang..cewah..hahah

Harini memang dah plan nak bangun lambat sikit..lagipun planning untuk harini ada 3 tempat je..first sekali nak g area Hongdae..atau lebih dikenali Hongik University…dahtu, nak ke Namsan Tower…dan terakhir ke Gwangjang Market..tempat nak shopping Korean silk..

Tapi bila bangun je dari tidur…tengok tingkap..HUJANoyemmgiee…adakah nasibku tidak baik harini?? Ni hujan yang dari semalam tu,tak henti-henti..tapi tak lebat..macam renyai-renyai je…kalau sambung tidur pun best ni kan..hee memandangkan aku kat bumi korea sekarang ni..aku gagahi jugak bangun dan bersiap..so,lepas semua dah siap..macam biasa lah kan..ber-breakfast dulu..dan macam biasa jugak sarapan kitorang..Meggie..! Terbaek..

Alhamdulillah..lepas dah habis makan,hujan pun berhenti..HAPPY! Bila jejak je kaki kat luar pintu KCB..mak ai..sejuknya kemain…tak tahu la aku berpa darjah celcius..tapi mesti bawah 20° ni..aku serius tak tahan…sir yang memula bujet nak jadi tourist pakai seluar pendek pun terpaksa tukar ke jeans..hee aku apetah lagi..terus naik ke atas balik,amek jacket@coat..poyo je aku rasa tapi bagus jugak..kurang-kurang dapat jugak aku pakai jacket yang aku beli kat Bandung aritu…^______^ huhuhu..

HONGDAE
Direction:
  •  Line 2 – hongik university station – exit 2

Bila dah sampai stesen Hongik University…hujan turun balik..aiyoo..nasib baik payung dah bawak..jadi ikut plan nak ke Hello Kitty Café..saje nak merasa coffee and waffle dia,kami bukanlah peminat Hello Kitty pon uolls…masa buat itinerary,aku main tulis je nak pergi ke Hello Kity café ni..tapi direction nye ilek…nasib baik dalam stesen Hongik.U ni ada tourist info counter…ahjussi ni pun tunjukkan lah jalan ke sana..sambil-sambil tu aku usha gak jalan ke Coffe Prince Café..mannggai..jauh nye…ada sedikit kecewa la..sebab dengan keadaan hujan ni,mesti mereka-mereka yang lelaki ni tak nak g nye Coffee Prince Café ni..sob..sob..*even SIR sendiri layan cerita tu,tapi dia bukan nya eksited macam aku* lagi yang meyakinkan aku,sebab memang aku just berniat untuk sampai ke Coffee Prince Café ni untuk lihat dan tangkap gambar je…untuk melepak,TIDAK…sebab ramai cakap coffee dia mahal..jadi aku terpaksa melupakan hasrat aku…sob…sob..*Nunbushin pureureun neoneunnaega badaingeol
Sonnaemilmyeon hayahge buseojideon neoiggumdeu-ocean travel-Lee Sun-gyun*

yang merah = coffee prince cafe
yang biru = hello kitty cafe
yang bawah kiri yang macam ada line bold tu, ialah stesen subway hongik university
Lokasi Hello Kitty ni agak tersorok sikit..jangan salah jalan,boleh tersesat tau..Bila dah sampai Hello Kitty tu,skali belum bukak daa..dah pukul 9am dah,tapi belum bukak lagi..aku tengok café-café lain semua dah ‘open’..haih stress,dah la jauh berjalan…tapi yang aku lagi  tension time ni,akak pelayan hello kitty ni,muka ketat je…bila kitorang tanya pun,jawab sambil muka masam je..we’alls ni pelancong tau..cuba la senyum sikit..kalau ye pun ngado ngan oppa hang,jangan la dibawa ke tempat kerja..yee tak..hangin jek aku..
FYI, kat area Hongdae ni, ada banyak giler Café..macam-macam nama..memula tu ingat nak lepak café lain..tapi nanti kang dah minum-minum,takut tak terminum pulak kat Hello Kitty..hujan dah makin lebat dah masa ni..dah la payung share-share,terkena la tempias..basah dah baju…huhu dah tak tahu nak buat apa,kitorang patah balik ke arah subway..sebab nak beli payung lagi 2 bijik,kira sorang satu la..senang sikit nak bergerak…lepas dah beli payung tu,tunggu jela kitorang kat luar stesen subway tu,hello kitty tu bukak pukul 10am..haih.ada 30minit lagi…melangok jela…

Zombie...ha ha ha yang duk sebelah aku tu,skeri kan..

hello kitty!! meoww
aku beria kot bagai..minah Filipine blakang tu pakai short je..


Tepat Pukul 10am..kitorang dah tercegat depan hello kitty tu...hee nasib baik kali ni dia bagi masuk..kalau tak,mau mengamuk aku disitu.*tipu je..hee* masuk je dalam tu,waaa..pinky gituw..haha mesti abang rezal ngan sir malu masuk situ..hee so kitorang oder jela coffee dan waffles..yummieees..

sir buat meowww..konon comel..bluwek

hello kitty jantan



wow...sedap!
Dah setel makan semua,kitorang bla la..hujan masih berterusan turun membasahi bumi *perghh ayat*..kedai-kedai baju yang kat tepi-tepi jalan, baru nak bukak..tengah setting up..dapat usha dari luar je…disebabkan hujan, kitorang tukar plan dari ke Namsan Tower ke Gwangjang market dulu..yela,masa tu duk pikir, mungkin petang-petang sikit hujan berhenti kan..hee so terus ke subway untuk ke Gwangjang Market.

GWANGJANG MARKET
Direction:
  •   Line 1 – Jjongno-5 st – exit 8
  •  Line 2@5 – euljiro 4-ga station – exit 4

Gwangjang Market ni adalah tempat menyopping kain sutera Korea..mungkin kat tempat lain ada juga,tapi kat sini yang paling femes..market ni bukan jual kain je,ada jual macam-macam..ikan-ikan pun ada…

Disebabkan aku dari Hongdae,subway line 2..jadi aku turun kat stesen euljiro-4. Takde la jauh sangat berjalan..tapi kalau naik line 5,turun kat Jjongno-5, lagi dekat..turun stesen,depan mata je Gwangjang market ni.Bila dah masuk Gwangjang market ni lega rasa,dapat berteduh..hee hujan dah makin lebat masa ni. Dalam ni ada banyak kedai jual silk..tapi sebab terbaca dalam internet ada satu kedai ni,selalu dilawati oleh orang Malaysia,jadi kitorang pun nak ke kedai tu..dan nasib baik aku ada catit alamat..aku tanya je kat orang kedai lain-lain tu..dia tolong tunjukkan..TQ oppa!

Hyun Woo Silk
No.187, 188 1floor, kwang Jang Textile

Sebenarnya, yang aku catitkan tu,tulis kat tingkat satu..bila dah jumpa..brader jaga kedai tu bawak kitorang ke kedai dia yang kat tingkat bawah(GF)..kalau nak bagi tahu direction,memang aku dah lupa..yang kat kedai bawah ni baru ada bos dia,boleh cakap melayu sikit-sikit…sampai je kat kedai bawah tu..mak ai..ramai betul orang Malaysia.. rombongan cik kiah gituw..hee yang nak beli kain sutera ni bukan aku,abang rezal..nak beli untuk mak..dan ada juga orang-orang pesan kat dia…harga? Nak cakap murah,tak jugak…4meter = 80,000won…haa,ce darab 2.8 x 80..tak ke RM224..aku rasa mahal la kan,tapi aku bukan pernah beli Korean Silk kat KL pun..jadi tak boleh nak compare.hee

Kalau rasa tak mampu nak beli korea silk tadi tu,bole je beli kain-kain yang kat luar-luar kedai tu..tapi bukan silk…harga 10,000-15,000won…ok la kan..cantik-cantik gak,design yang sangat ‘muda’..memang tak sesuai untuk makcik-makcik hokey..hee ada satu kain tu,sebijik macam seluar pallazo yang aku beli kat PopLook..hee rugi tak beli,boleh buat blouse pulak kan..sepasang gituw..hee



Masa keluar je dari Gwangjang market ni, hujan makin lebat uolls…adui..memang rosak program nak ke Namsan Tower..then abang ajak g Dongdaemun mall pulak..nak habiskan masa sementara hujan belum berhenti ni..ok la..kitorang jalan la ke arah stesen subway Euljiro tadi..Lepas dah sampai stesen Euljiro tu, kitorang main redah je nak ke Dongdaemun mall tu..haha memang tak bukak map,hujan kan..nanti map basah..hee alih-alih..ntah kemana-mana kitorang pergi. SESAT…masa tengah jalan tanpa arah tujuan tu,hujan makin lebat..angin makin kuat..aku yang ringan macam plastik ni,rasa nak terbang je…serius…payung yang muni n sir beli kat stesen hongdae tadi, jahanam…tak dapat nak menampung kuasa angin yang kuat tu…tapi kitorang still redah je…rasa macam dah jauh berjalan,tapi tak sampai-sampai..mencabar sungguh..baju dah kuyup…huhu..Tambah pening,bila tanya orang-orang korea arah jalan diorang tak tahu..dem!


Jahanam


Adalah dekat 1jam kitorang berjalan meredah hujan+angin rebut,sampai kat area Dotta…Syukran..lepak dalam dotta dulu..bagi kering baju sikit..Dongdaemun Mall tak jumpa lagi tu uolls…haaa…terus la berjalan,r upenya lokasi mall tu dekat depan Dongdaemun subway je…Aigoooooo…kalau ikutkan,dekat gilos je dari Gwangjang tu..haa meh aku tunjukkan,sila tengok map di bawah…

Bintang Merah = Gwangjang market
Bintang Hijau = Dongdaemun mall
Line Oren = laluan yang kitorang jalan kaki
Line Biru = jalan yang sepatutnya
Line Maroon = sepatutnya kalau tak tahu jalan pun,at least lalu menyusuri
cheongye stream pun boleh jugak sampai ke mall..aigooo
Aku rasa tak sampai 10 minit pun dalam mall tu,sebab takde apa sangat..terus keluar..hahahahah memang buat aku tergelak la kan,jalan meredah hujan ribut dengan tersesat barat,skali sampai mall,takde apa…serius KELAKAR…kitorang pun masing-masing pandang sesama sendiri,ketawa sampai sakit perut...dah tu,nak g namsam memang tak sanggup la kan dengan baju basah..jadi kitorang balik KCB dulu…rehat dan tukar baju.Sampai KCB,tengok berita,rupanya ada Taufan Sanba melanda seoul..angin ribut yang dibawa dari Jepun..Tengok FB pulak,Afdlin Shauki pun update,ribut kat seoul..dia berada di Dongdaemun…aiyo,asal tak jumpa tadi..T__T

6.20pm waktu tempatan,kitorang keluar balik..memang gigih nak g jugak ke Namsan Tower..Hujan dah berhenti..err..ada jugak macam rintik-rintik tu…naik subway turun kat myeongdong..pastu jalan kaki ke arah tower..ada direction,ikut je...Bila sampai kat area Cable Car tu,dah siap tulis DITUTUP, tapi degil jugak..aku tahan cab,suruh hantar jugak kat atas..haa Ahjussi tu macam terkejut,tapi dia suruh kitorang naik jugak..dia set kat GPS dia Namsan Tower tu..skali bila dah sampai simpang  nak naik tu,dia cakap sesuatu dalam bahasa korea,sambil tunjuk tanda ‘no entry’ dalam GPS dan juga sambil tangan dia buat pangkah macam ala-ala ultraman tu..haha MEMANG TAK BOLEH NAIK!!! Alaaaaaa….Sedihhhhh sanggaaatttt…… *nangis dalam hati*
Dah tu ahjussi tu terus je gerak..ntah kemana-mana dia nak bawak kitorang..bila kitorang tanya,dia gelak-gelak je..hampesss...rupanya dia hantar kitorang kat stesen subway chungmuro . Ha ha ha..lawak betul la pakcik ni..hee dah tu kemana lagi,kitorang..dah alang-alang sampai stesen subway, line 4 lak tu..ke Myeongdong la lagi..hee Shopping buat kali terakhir gituw,sebelum pulang KL..

dari atas bukit,kat stesen cable car to namsan tower

terjumpa Lee Min Ho..
beli kasut iqi..yang baris kedua,kaler biru+oren tu..harga 30,000won..
erkk..tercekik..
kasut ibu pun tak mahal camtu..hee
Dah dalam pukul 8.15pm camtu,kitorang gerak ke Dongdaemun *lagik??*..kali ni untuk makan ikan bakar..haa..kan semalam dah janji nak makan ikan bakar..hee kali ni aku dah salin direction nye…^_^ suka...suka...
tapi,MALANG sekali lagi..kedai-kedai ikan bakar dah tutup…padahal baru dalam pukul 8.30pm camtu..dush..diorang dah siap kemas-kemas.. alahai,memang bukan rezeki kitorang..sedeyyy nyeeeek..mungkin sebab taufan yang melanda seoul,diorang tutup awal...dush lagi...


Ahjussi....kenapa TUTUP?? why..why?
last-last..makan tapoki...
sori,not my taste..hahah
Terus naik subway,pulang ke KCB…memang banyak benda spoil untuk hari ini..Bukan Rezeki Kami...REDHA..sob..sob
esok pagi nak balik dah…T___T  

*TAKNAK BALIKKKKKK..Uwaaaaa*


10 comments:

  1. Kesiannye korang... banyak tempat tak sempat nak pegi.. adekah tu tanda2 anda kene repeat ditahun2 akan datang ?? ^_^

    ReplyDelete
  2. tula,rasa nyesal g sekejap sangat..tp masa plan dulu,risau nak tgl kan iqi..HARUS kesana lagi la nmpaknya..hua hua dan kena hangkut iqi sekali gamaknya..bilakah?? ^_^ *teringin nak main saljiss*

    ReplyDelete
  3. alaa kojapp nyeee.dah nk balik. kurang2 korea 8 ari kee.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah la..kurang-kurang kena seminggu..baru syok merayap..hee

      Delete
  4. korea tak best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha..korea mana tak best, utara ke selatan??

      Delete
    2. korea selatan la...macam singapore or petaling street dengan cuaca sedikit sejuk...hehehehhe

      Delete
  5. Always miss Korea. Pasal tu kalau terjah blog orang, tengok ada label Korea..mesti aku klik. Kekdah nak mengimbau kenangan.

    Salam kenal Aza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..salam kenal juga..tq sbb sudi singgah sini..hee terharu tau...^_^

      sy pun rindu giler kot kt Korea..padahal sy bukan minat k-pop sgt,or k_drama..tap...bg sy korea best..kan..kan..hee

      memang rasa nak repeat,tapi buat ms ni tiada perancangan lagi,tgu baby keluar dulu..hee

      Delete
    2. Insha Allah ko akan sampai lagi! Siap bawa baby lagi berfeeling Korean kat sana. Wish u all the best for the delivery process Aza.

      Delete