Pages

Friday, 4 January 2013

Bagan Lalang + Morib : 01

Salam Jumaat…
Penghulu segala hari..
dan malam ni jugak ada running man & juga episod akhir 'My Daughter the Flower'..kikiki 

Eh,
Korang tau tak yang Pantai Bagan Lalang ngan Morib tu adalah 2 tempat berbeza?? Tahu?? Kenapa aku je yang tak tau..hampess…mati-mati aku ingat tempat yang sama..agak terkezut bila dari bagan lalang nak ke Gold Coast Morib tu,dekat 30km..lebih kurang 30minit jugak..hehe Fail Geografi..! Padahal aku dah banyak kali ke Bagan Lalang tu,tapi buat tak amek port je..

Kisahnya, memula sekali abang rezal,iaitu abang ipar aku,cakap nak belanja makan ikan bakar..kat Bagan lalang..sempena birthday mak n sharil (adik ipar)..peh,jauh-jauh je nak makan ikan bakar kan..hee katanya fresh from oven..eh..eh..from sea la…tak sama rasa makan ikan bakar kat KL..dan harga jauh lebih murah..betul jugak tu..so,kitorang konfem jela,dah orang nak belanja kan..lepas tu,setelah difikir-fikir,timbul pulak idea nak bermalam disana..haa..apa lagi sepantas kilat aku meng-google hotel2 yang ada..tapi,kalau hotel,tak muat nak duduk satu bilik..kurang-kurang 3 bilik kan…jadi aku lebih ter-arah meg-google homestay…ada beberapa buah homestay kat bagan lalang tu..setelah ditambah tolak darab bahagi,aku pilih Asra Homestay..ada 2 jenis Asra homestay , satu banglo dan satu lagi semi-d..aku amek yang banglo tu,lebih besar kot..kalau compare dari dalam gambar la,betul-betul nye,aku tak tahu la yang semi-d tu besar ke kecik..
Dah tu,abang cadangkan pulak bermandi-manda di Water Themepark Gold Coast Morib..ON saje…so aku tambah lagi satu malam sewa homestay tu..Jadilah percutian singkat kami,3D2N…dari 29.12.12 hingga 31.12.12. Sebab tu aku tertidur malam tahun baru aritu,penat kuak lentang kat GC morib..hehe *tipu jek*

Dipendekkan cerita, *malas la tuwww aku nih* Sabtu,29.12.12 bergerak lah kami,4 buah kereta ke Bagan Lalang.Dari Wangsa maju ke Bagan lalang lebih kurang 2jam jugak la..kitorang singgah sekejap kat Kajang,jemput mak ngah&raziq(cucu makngah) + maklang&alif(anak maklang),diorang folow sekali..jadi,semua skali ada 14orang untuk trip kali ni..ramai kan..ala-ala percutian keluarga gitu..hee Sampai di homestay,lebih kurang am2.00pm.

TADAA..!! ASRA VILLA HOMESTAY.





Secara keseluruhanya,rumah ni ok je..besar dan luas..hall pun lapang,selesa..ada 3 bilik..bilik utama siap air-cond lagi,yang bilik lain kipas ajerrr..hehe Tuan rumah,Auntie Asma pun ok,baik hati..siap bagi diskaun harga sewa..untuk 2 malam,kena bayar rm480. Harga sebenar,boleh check kat BLOG ASRA VILLA HOMESTAY.




Kat luar rumah,ada gazebo..boleh lepak-lepak…ada kipas siap,takyah risau panas..tapi kat luar memang berangin je sentiasa….kalau malam-malam nak buat BBQ pun ok..takyah susah-susah nak bawak set BBQ tu,sewa je Auntie Asma punya..tapi,kat luar takde plug karen..kalau nak masak steamboat macam kitorang,sila lah bawak extension sendiri okeh…kat depan rumah ni ada tasik tau,sesiapa suka memaning,bawak joran anda..hee




Tapi ada satu masalah,kat rumah ni..err..aku rasa bukan rumah ni je,kat kawasan ni, banyak betul LALAT..rimas aku…kat dapur paling banyak..apalagi,gulung-gulung surat khabar,pukul…hee haa,lupa pulak,kat rumah ni ada dapur..bolehlah nak masak-masak..fridge pun ada..tapi bab perkakas memasak,tak complete la..better bawak sendiri…Kalau ada barang-barang dapur tertinggal,jangan risau kedai runcit dekat je..jalan kaki pun boleh..

Lokasi rumah ni,tidaklah depan pantai bagan lalang tu..jauh jugak,5minit naik kereta..aku cakap jauh sebab sebelum sampai,aku bayangkan boleh g pantai dengan berjalan kaki,rhupenyye,memang tak boleh..kalau sesiapa biasa g wangsa maju,lebih kurang dari Jusco ke Wangsa Walk..menangis kan nak jalan kaki..huhu
Pandangan aku,kalau nak yang tepi pantai tu,boleh try usha Hotel Sri Malaysia..yang ni memang betul dekat pantai..kedai-kedai ikan bakar pun kat area depan pantai tu je…

Haaa.habis dah iklan aku..hee 
meh aku sambung cerita..
Lepas dah check in,kitorang ber-luncheon la…mak memang dah siap-siap masak nasi dan lauk-lauk semua..nasib baik dah masak,dah sampai penat-penat tu memang tak koser nak masak..*eleh,macam aku je yang masak kan..kikiki* Iqi ada geng ngan kakak gegirl,baru laju dia makan..kalau tak kemain payah nak suruh makan…dia nampak kakak tambah,dia pun tambah..kakak tambah lagi,dia pun nak lagi..hee lepas dah kenyang+penat..perkara paling sesuai dilakukan ialah..tidur..hee tersedar dah pukul 6.20pm..aiyok..cepat-cepat solat..pastu,tengok shah takda..rupenya ke pantai..siot tinggal kan aku..tapi,memang patut aku tak pergi, mak,makngah,maklang busy-busy kat dapur..aku selamber tidur..*apenye menantu nih..hiiiii*








Kalau ikut perancangan malam ni kitorang akan dinner ikan bakar,tapi disebabkan lauk pauk siang tadi banyak lagi..tak usah membazir..jadi plan nak bersteamboat untuk malam esok,tukar ke malam ni…kami gadis-gadis tolong potong-potong je..makngahyang sediakan kuah n sos..senang je rupenya nak buat kuah steamboat ni..nak tau ke?? *cepat amek pen dan kertas*

Cara-cara buat kuah steamboat,
1.   Amek periuk nasi..bubuh air..on kan suis,biar air panas dulu..
      2. Bila air dah panas,buh kiub knorr-sup kueyteow..
3.   Terus masukkan bebola,isi ketam dan sebagainya..siap..hee
Takyah ajar pun takpe kan..tapi yang sos aku lupa nak tanya..sila lah google sendiri..hee

OK..sambung esok..tata

Monday, 26 November 2012

JJJ : Jalan-Jalan Jer @ Melaka

Sejak duamenjak ni,aku macam takde idea nak menulis kat blog ni..ditambah lagi aku takde tempat terbaru yang dilawati...so macam takde cerita nak dikongsi...dulu masa mula-mula nak buat blog ingat nak cerita kisah harian, tapi banyak kisah peribadi..agak sukar nak di kongsi kan...lagi-lagi bila MAK aku ialah pengunjung setia blog aku ni..haha dan lagi satu,bila aku dah dapat tahu siapa yang komen ‘KOREA TAK BEST’ kat entry korea aku..hahaha bukan kecik hati tau,cuma aku dah tau la siapa ‘mereka’ yang baca blog aku ni..jeng..jeng..jeng.... aku tak kesah korang nak komen apa,sebab setiap orang lain-lain pendapat...rambut sama hitam kannnn...

Sekarang ni pulak,hujung minggu aku dok layan ‘Running Man’ tak sudah-sudah..dah habis kat TV..tengok pulak kat tenet..kekeke *daebak*

Masa minggu yang ada cuti on-off, on-off tu...aku ke Melaka,Isnin,sehari sebelum deepavali..saje jalan-jalan..takde planning apa pun..kenapa aku nak pergi Melaka aku pun tak tahu..hehe sebab nak jalan-jalan sekitar KL ni aku dah tak tahu nak pergi mana...*boring*

Dalam pukul 9am aku gerak ke Melaka..errr..melaka kan besau,to be exact..aku ke Ayer Keroh,Melaka..lebih kurang 2jam perjalanan,sampai dah Ayer keroh..dekat je rupanya..hehe 


boikot dah




First tempat aku pergi ialah Taman Buaya....haha aku tak pernah terfikir pun akan ke Taman Buaya dah tua-tua gini...tapi sebab dah ada anak,bawak jela...serius,memang rasa dah TUA bila bawak anak g zoo la,taman burung la..taman buaya la...hehe tapi seronok bila anak excited nampak binatang-binatang tu...iqi pun jerit kuat-kuat ‘alligatorr...alligatorrrrr’..haha excited nampak buaya...poyo kan skeping-skeping plak...nak buat cane,dah perkataan tu yang ada dalam buku dia..perkataan ‘alligator’ comes first before ‘buaya’..so,alligator yang akan dia ingat...

Di tengah hari yang panas terik tu,kitorang habiskan masa dalam taman buaya je..dalam taman buaya tu ada ‘waterpark’ tau..haa..kalau ada anak dah besar-besar sikit dalam 5tahun ke atas tu,boleh la mandi-manda kat taman buaya tu...tiada harga tambahan pun..just bayar masa nak masuk tu je, RM10 untuk dewasa, RM6 untuk kanank-kanak.

















alligator + turtle



Lepas tu,terus ke area Kota A’famosa tu..tapi aku tak naik atas pun....bukan taknak naik,tapi aku diberi dua pilihan..nak dukung iqi atau nak hangkut stroller..haaaa..dua-dua aku taknak,heheh dah la tengah panas terik,boleh lak nak bertekak berdua..so,tak payah naik atas...fair n square..huh pastu terus ke ‘Muzium Istana Kesultanan Melaka’...kat sebelah A’Famosa tu je...

Malas dah nak menaip ni,jom tengok gambar jela....





















bangunan merah


sempat la merayau kat jonker walk sekejap

Dalam jam 6pm camtu,iqi dah start buat perangai dia..hehe bukan apa,dia dah mengantuk sebenarnya..hmm..tak sempat aku nak naik cruise sungai melaka tu...terus pulang ke KL....haa,memang takde buat apa pun kan...saja-saja nak buang masa je..next time datang,kena bermalam kat melaka la,baru best boleh jalan banyak tempat..hehe