Ok..lupakan
kisah tipah tertipu,beli FM mahal..*sretttttt..kesat hingus* Naik bas aku buat
muka stress...adik aku gelak-gelak je...sib baik aku beli 2 keping je kan....huh
Lebih
kurang setengah jam ke 40 minit camtu,dalam perjalanan dah nampak tembok besar
china..wehuu..tapi lisa cakap dia bawak kitorang ke gate lain..dekat JUYONG PASS...aku
macam tak pernah dengar je..sebab selalu aku dengar tourist g kat gate
badaling,tapi sana memang ramai orang...ok la g
gate lain kan,takde
la besesak-sesak sangat..
info: kalau nak ke GW yang ada Cable Car tu,sila ke gate MUTIANYU...yang macam dalam running man tu..hee kalau tour guide taknak g,sila paksa sampai dia rela*tq dak hujan lebat-blogmalas*
Bila
dah sampai kat Juyong Pass GW tu..memang teruja habis...tak sangka aku dah
betul-betul berada di salah satu benda keajaiban dunia....hipp.hipp..hurayyy...*teringin
pulak nak ke STONEHEDGE pas ni..kiki* sebenarnya,memang dah menjadi impian aku
dari sekolah lagi kot nak menjejak kan kaki ke GW ni...dan pernah beberapa kali
plan dengan mak aku nak ke beijing ni,tapi asyik tak jadi je...dan kali ni,
menjadi realiti..sebab tu aku happy sangat....tapi dengan keadaan aku
membunting ni,aku dah tau..mesti tak larat nak panjat tangga punya...hehe
takpela..asal dah nampak depan mata,aku kira puas hati la...
Baru
daki beberapa anak tangga,aku dah termengah-mengah..ayoyo...ni konfem tak
sampai tower pertama pun nih...hihi lisa bagi masa 1½ jam je kat GW ni...puii..mana cukup..lantakkkk
ko la lisa..macam dia tatau geng rombongan aku ni banyak yang veteren..ikut
suka kitorang la nak berapa lama kannn..hehe sampai atas sikit,nampak lah kunci
mangga yang konon-konon kalau kita kunci kan mangga di situ,cinta kita akan kekal selamanya...bida’ah betul..sama macam kat korea..huhu
Ayah
aku dah stat panjat tangga...dia sorang-sorang je..adik aku yang lelaki tu
takmo panjat..apa daaa..muda-muda lagi dah give-up...dia cakap nanti tak
larat...porahh..LEMBIK!!
Aku
ni sib baik preggy,kalau tak gagah juga aku panjat...Dak iqi pulak taknak
dukung ngan aku..dia nak abah dia jugak...sudahnya,shah dukung dia daki ke
atas..DAEBAK!! sampai jugak la dua beranak tu kat tower 2..wahhhhh Iqi pun
sampai atas okeh...^_^
Aku
memang surender la..kang mau terberanak aku kat GW ni pulak kan...huhu mak ngan maklong aku pun tak
naik,sakit kaki katanya..ecewah..esok kalau jalan kat Silk Market konfem kaki
depa elok dah kan...kikikiki Erni ngan Asraff pun tak naik,merayau-rayau amek
gambar...kebetulan,time kitorang kat beijing ni,lagi beberapa hari nak
mengundi...so sebelum pergi tu memang dah plan konon-konon nak rembat bendera
beberapa parti politik...tapi,macam tak baik pulak..kang dituduh mencuri...jadi
print jela bendera-bendera tu atas kertas..mak aku je ada bawak Bendera Malaysia...wahh
patriotik gituw...tapi..tapi..tapi....ada pulak geng lain,dari Malaysia
jugak...diorang bawak bendera Pas..haha selamber jugak diorang bergambar..mana-mana
orang Malaysia
dari group-group lain tu senyum-senyum je tengok...
Bila ayah aku dah turun,aku ajak dia
g kedai souveneir..beli plat GW yang boleh ukir nama tu..kemain suka dia..ayah
aku pun tak sangka dapat jejak kaki ke GW ni....Shah ngan iqi lambat
sikit..mesti laki aku penat dukung iqi naik tangga tu...hehe Sian...Lama
jugak la nak tunggu semua turun..Cik Shida ngan Cik Salmi..awal jugak
turun,tapi si Farhana tu..lambat sangat dia...masam jugak la Lisa..semua dah
naik bas,si Farhana tak sampai-sampai lagi..nak call tak boleh,sorang pun tak
beli sim card beijing..semua
pun Off je phone..hehe bila dia sampai tu,farhana cakap dia sesat..hehe
Bila semua dah ada,teruskan
perjalanan..Dalam perjalanan,semua pun letih kan,masing –masing terlelap...tetiba je dah
sampai satu lagi kat kedai Gomen depa yang lain..kali ni pergi kedai ubat ajaib
katanya...Burning
Cream Center...macam
biasa,masuk satu bilik ni..nanti ada orang datang bagi penerangan..memula jual
koyok...takde siapa pun nak beli..lepas tu mula la demostrasi yang bakar besi
panas,lepas tu pegang....masa tengah dia nak pegang tu,shah g cakap kuat-kuat..”dia
nak buat magic show’...lepas tu minah yang nak buat demo tu macam marah pulak..’ni
bukan magic,ni betul-betul besi panas’...hahaha sebabnya,kitorang dah baca
banyak blog,dah tau apa dia nak buat..lepas dia letak tangan dia kat besi
panas,ada bau hangit sikit..cepat-cepat dia sapu cream tu..dalam beberapa minit
tangan dia pulih macam biasa..takde kesan lecur pun...
Lepas dah habis demo...time to jual
ubat la kan..memula
dia jual yang besar..harga 200+ yuan camtu..semua geleng kepala je...lepas tu
dia bawak yang kotak kecik sikit, 150yuan kalau tak silap..semua pun
taknak...last sekali dia bawak yang kecik..100yuan..semua pun
taknak.jugak..koyok pun taknak...lepas tu membebel2 la minah-minah tu dalam
bahasa diorang..stress la tu takde orang nak beli ubat diorang...hehe tapi,last
minit,aku beli satu,yang kecik tu..kot-kot nanti aku terkena minyak panas
ke..atau Sir terkena kaki kat ekzos ke..boleh la sapu...hehe ubat ni bukan
setakat untuk lecur je,kalau sakit badan pun boleh sapau..gatal-gatal pun
boleh,macam kena gigit serangga..or nyamuk...Setakat ni aku pakai ok la
jugak..selalu letak kat pinggang..biasalah,ibu mengandung...heeehhh
bersambung...