Pages

Tuesday, 19 January 2016

REUNION : Roadtrip to Limastiga, Melaka

Hi, Asslamualaikum WBT..
Lama sungguh tak bersiaran..ahaks..aku masih wujud dan sihat walafiat, Alhamdulillah....Anak masih 2 orang..hahah Keadaan tak menzinkan untuk aku ber-blog-ing tahun lepas..Oh!
Selamat Tahun Baru 2016...
____________________________________________________________________

Bulan Ogos 2015, Aku ngan kawan-kawan masa belajar kat U dulu buat Reunion kat Limastiga,Umbai, Melaka.  Mesti ramai jugak yang dah pernah pergi sini kan?? Sejak akhir-akhir ni memang femes tempat ni..walhal Limastiga ni dah lama wujud sejak 2011 ke 2012 lagi kalau tak silap aku. Aku sendiri pun memang dah lama teringin nak jejak kaki kat sini.Jadinya, bila kengkawan U aku ni cakap nak buat reunion dan ada yang cadangkan ke Limastiga, memang aku terus setuju..hihi
  
Perbincangan awal kitorang lebih kurang bulan Febuari lagi,tapi tempat ni memang penuh sokmooo..sudahnya, kitorang setuju pilih Ogos sebagai tarikh Reunion kitorang ni. Geng U aku yang folo seramai 12 Family yang mana,masing-masing dah beranak pinak uolls..hakak dah kertu! Hahaha Ah,ada rmai lagi budak kelas aku,tapi sebab minggu tu masih dalam Mood Raya,ramai yang tak dapat ikut..takpe,next time okeh bebeh!



Pada hari Sabtu yang dijanjikan, awal pagi kitorang berkumpul di rumah kawan aku di Kajang. Siap ada Nasi dagang mak dia masak…terbaiklah! Kebetulan  haritu mak dia buat open house,langkah kanan kan…TQ Zack..hee Lepas semua ahli Jemaah dah sampai dan setel Bruch, kitorang konvoi ke Melaka. Perjalanan lebih kurang…emm..entahlah..3 jam kot…aku tdo je time tu mana nak ingat..hahaha


Bila sampai je kat gate depan Limastiga ,dah dapat rasa aura dah..the ambience, the smell, the feeling can’t be describe, speechless. Kena alami sendiri. Rumah tu sendiri, giler cantekkkk ya ampunnnn. Damai jek rasa. Anak-anak nampak je kolam ,terus teriak semua nak swim..tak menyabar. Kitorang sewa semua rumah yang ada, jadi ada privasi disitu. Untuk info, Limastiga ni ada 3 buah rumah dan.keseluruhan ada 6bilik. Setiap bilik ada 2 katil Queen.Disebabkan setiap satu bilik kena berkongsi 2 family, yang mana agak janggal disitu, kitorang tetapkan, hanya mak-mak@wanita sahaja bole tidur di dalam bilik.Bapak-bapak kena tdo di hall saja.Hall kat rumah 1, sangat lapang, takyah nak risau sangat kan..hehe 

Lepas dah undi bilik, masing-masing letak barang dan berkemas apa yang patut, terus layan anak-anak mandi kolam. Macam aku, aku ada tugas untuk incharge dinner. Jadi,memang terus ke dapur,buat apa yang patut. Jangan risau tempat masak dan peralatan memasak memang disediakan,kuali periuk pisau semua ada. Fridge pun ada. Tempat BBQ pun ada, tapi kena extra charge,well..skali skala berkumpul apa salahnya bayar lebih ye tak?..hee 




Bach. Architecture,UPM's Clan....



Petang tu kitorang ada sukaneka,walau ruang yang ada spalit-lit (faham tak ayat ni?? Hee) kitorang teruskan juga sukaneka kitorang.yelah, penat AJK sukaneka prepared kan…hehe Seronok giler rasa, gelak-gelak, happy-happy..hilang stress tau uolls.. Sukaneka kitorang ni, siapa menang dapat point…kitorang ada la sediakan hamper untuk pemenang.

Dan siapa sangka, kami sefamily menang.hehe

Malam ada acara bbq dan peyampaian hadiah.gembira sungguh lah anak aku si Iqi tu dapat hamper besar.Siap tak bagi bukak sebab nak bawak balik rumah tunjuk Tokmak ngan Atok dia..huhu Lewat malam, bapak-bapak layan karok sampai lebam.Mak-mak semua kena duk bilik jaga anak,huhu



Esoknya Ahad, takde aktiviti yang direncanakan.Bebas.Kemas-kemas, pukul 12.00 tengah hari, berpisah lah kami masing-masing menuju ke destinasi sendiri. Insyallah, kita jumpa lagi. (Sebenarnya, memang selalu je berjumpa..hahaha) 

Alhamdulillah, roadtrip reunion kami berjalan lancar. Limastiga juga tidak mengecewakan, sangat-sangat recommended.


2 comments:

  1. Hai,
    Tahniah! artikel ini terpilih untuk dipaparkan di Guesthouse.my
    Hubungi kami di hello@guesthouse.my untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete
  2. This was really an interesting topic and I kinda agree with what you have mentioned here! coleman roadtrip lxe vs lxx

    ReplyDelete