*Jari-jariku dah lama tak bersenam…ayuh..mulakan
senaman kembali! Fighting!!*
Nak Tanya, korang pernah try tak sup
tulang merah kat Singapore
tu?? Sedap kan ..aku
sampai termimpi-mimpi la..hahaha Dah banyak kali aku dengar pasal sup tulang
merah ni, tapi aku first time try masa aku g short-trip-with-colleague-without-kids
ke Singapura itu hari, dalam bulan Febuari rasanya..Short trip aku ni ditaja okeh,tapi
tajaan separuh je la dari keseluruhan perbelanjaan..hahah Ok la tu kan …
Aku gerak ke Singapura hari sabtu
pagi, direct terus ke USS..hangkut la backpack kami yang hagak berat itu,tapi
jangan risau kat USS ada locker.Ada kejadian masa nak cari locker ni.Kami letak
kat locker yang jauh dan mahal iaitu dekat dalam Hard Rock Hotel,padahal
betul-betul sebelah gate masuk USS tu ada locker murah tau..mencik! Ok,skip
cerita USS dlu, aku nak stori pasal sup tulang merah kan …
Lepas dah gerak dari USS, hari dah
agak malam dah masa tu..kami naik MTR turun dekat Station Bugis untuk cari makan
malam. Kami nak try makan 2 jenis makanan la konon..first nak try murtabak zam
zam yang femes emes tu, dekat depan Masjid Sultan dekat Kampong Glam dan yang
kedua nak makan sup tulang merah dekat Golden Mile Food Centre. Ingat kan dua tempat ni macam
berdekatan, rhupernya..jauh nok..haha dah la sakit kaki berjalan dalam
USS, ditambah azab berjalan malam tu dengan bag yang berat.(padahal pegi 2d1n je..hehe)
menyumpah jugak la…hahaha ampun!
Lepas exit je dari mtr tu,nak jalan
ke Restoren Zam Zam tu pun dah malas sebenarnya.tapi kami gagah kan la
jugak.Sampai depan restoren tu, masing-masing cakap kalau dah makan murtabak,
tak payah la cari sup tulang merah tu..sebab semua dah kepenatan. Lepas
diskusi, semua setuju nak cari kedai sup tulang merah tu,makanya tak jadi la
kami makan murtabak zam zam.sobs. Aku memang ingat dekat je wei,sekali…ya ampunnnn..jauh
giler okey..nak nagis jalan kaki.Sila lah rujuk map di bawah. Sambil
jalan,sambil masing-masing menyalahkan antara satu sama lain sebab pilih sup
tulang merah..hahaha
Rasa lega sangat bila dah sampai kat
Golden Mile Food Centre, Beach road.Banyak kedai yang jual sup tulang merah ni.
Aku pun lupa dah nama kedai yang aku makan ni.Masa search sebelum ke Singapore tu
ramai jugak yang suggest kedai tu,tapi aku rasa kedai Deen punya nampak lagi
menyelerakan. Hiks. Memula sampai sup tu macam ewww..skeri gile kot nak makan,dengan
warna yang macam tu..tapi bila dah makan je terus WoWw..food from heaven ke
ni..hahah Sedap weh..terus lupa kes sakit kaki tadi.hahah Nak makan sup tulang
merah ni kena cicah dengan roti. Tak nampak pulak orang makan dengan
nasi.hehe.Blasah jela.banyak kedai-kedai yang jual makanan lain tapi kat food court
ni,takde pulak orang jual murtabak.hahah kempunan le.
Dah abis makan tu, kami nak gerak la
ke hotel, tak check-in pon lagi..hari dah pukul 10pm camtu. Memang tak koser la
nak patah balik ke Bugis Station tu,kang elok kenyang daging kambing aku tu
takut terus lapar balik bila sampai bugis st, tu..haha Jadinya, kami naik je
bus dari depan Golden mile food centre tu..siap pesan kat uncle driver suruh
berhenti kat mana-mana mtr.hehe uncle yang baik itu berhentikan kami kat
station Kallang. Dari situ kami bergerak ke area Mustafa Centre, dimana hotel
kami bedepan saja dengan Mustafa Centre.
Dah lame berangan nak makan ni.. tak sangka plak tempat tu dekat dengan hostel aku selalu lepak ... mcm nak kene buat short trip ke s'pore jer nih
ReplyDeletekena try azra..sedap weh..sambil sedut-sedut tulang sumsum tu..pening trus..hahahaha
DeleteIni menambah marah! Merah giler daging tu! Sedap wei, walau baru tengok gambar. Aku rasa kalau aku melantak menu ni, kena rest sebulan dari makan daging terus. Maunye meroket naik BP.
ReplyDeletesalam. hee sonoknye g uss ;p
ReplyDeletedatang jengah tp tuan blog x de kat msia....enjoy your holiday aza
ReplyDelete