Pages

Wednesday, 3 October 2012

Hi SEOUL : 03


DAY 03
Yeahhhh…aku memang tak sabar tunggu hari ketiga ni..sebab plan harini, aku akan ke Nami Island..walaupun aku takde idea apa yang menarik sangat kat Nami Island ni..tapi bila aku usha blog-blog orang,semua yang pergi korea,pasti g Nami ni..so aku macam nak pergi jugak..lagi pun,bila tengok gambar-gambar..cantik bangat tempatnya, lagi la aku macam nak sangat pergi kan..hee orang cakap,nami island ni fofular sebab winter sonata..penggila drama tu nak pergi nami ni sebab nak dapat feel gituw..abis aku yang tak pernah tengok ni,cane?? takut tak dapat nak feel je nanti..huhu

Tapi, sebelum ke nami, aku selitkan dalam itinerary aku ke Petite France..ramai jugak yang suggest macam tu,sebab katanya berdekatan je petite france tu dengan nami island. Lagi yang menambah aku nak sangat ke petite france ni pulak kan..sebabnya Hyun Bin dulu berlakon kat sini..uwaaaa..ala dalam Secret Garden tu..yang telah membuat aku di awangan seminggu dengan Hyun Bin tu.hahaha konon nak feel jugak laaa...jangan jeles!



tempat menop-up T-money


PETITE FRANCE
Direction:
  • gyeongchun line – cheongpyeong station – exit 2
Disebabkan lokasi Petite France dan Nami island ni bukan kat tengah Bandar Seoul, kat ceruk sikit..kena la keluar awal pagi kan..Jauh tau weh..aku kat stesen Hyehwa lebih kurang pukul 7.50am…tukar tren sana, tukar tren sini…aku sampai stesen Cheongpyeong pukul 9.40am..dekat 2 jam okeh..ini belum sampai Petite France lagi tau uolls…so lepas dah exit stesen Cheongpyeong, kalau ikutkan plan asal nak naik bas..tapi macam batang hidung bas pun tak nampak..kitorang naik teksi..tapi masa dah decide nak naik teksi, punya la susah nak dapatkan teksi…macam takde kereta pun lalu kat kawasan tu..lama gak tunggu,akhirnya lalu lah sebuah teksi..hee Nasib baik dia nak hantar kitorang ke Petite France..tambang teksi ialah 16,000won..so kalau bahagi 4orang..takde la mahal sangat kan..Dari stesen cheongpyeong ke Petite France, lebih kurang 10minit la..

Sampai-sampai dah nampak gambar hyun bin…wahhhh..*menjerit dalam hati* hee kena control sikit,kang kena lak lempang ngan laki aku..ahaks Nak masuk dalam kena bayar 8000won…Takda aktiviti yang nak dilakukan dalam petite france ni pun,just jalan-jalan amek angin, amek gambar..hee konon-konon macam kat ferancis la kan…dah la atas bukit,memang sejuk je rasa..best giler..tengah jalan-jalan tu,macam teringat-ingat cerita Secret garden tu..Oyemmgee”eol mana eol mana deo naerul…irohke baraman bomyeo honja-that man:hyun bin” haha giler!



tu dia Hyun Bin...OPPA!!



tower oren


view from tower oren




muka bosan tunggu teksi...haih
Lebih kurang 1jam kitorang pusing-pusing dalam tu..nak gerak la pulak ke nami..memang dah plan nak naik teksi je..tapi bejanggut weh tunggu teksi..menyesal pulak tak suruh pakcik teksi tadi tu tunggu je kitorang…dan masa tu tak terfikir langsung nak suruh eoni yang jaga kaunter tiket tu,call kan teksi untuk kitorang…jadi tunggu jela kitorang dengan penuh sabar..dekat 30minit, baru la ada teksi..tu pun sebab penumpang tu nak ke petite france..kalau tak,memang takda la teksi lalu kat kawasan tu..haih

NAMI ISLAND
15 minit je perjalanan,teksi pulak 20,000won. Masa aku sampai masih tak ramai lagi orang.terus la beratur beli tiket.harga tiket ke Nami sekali ngan feri ialah 8000won seorang. Seronok gilos aku rasa bila dah sampai Nami Island ni..hee tapi ada sedikit kecewa jugak,sebab aku duk bayangkan time aku kat korea ni dah autumn..rupenye belum..baru tengah musim peralihan summer ke autumn..so takde la daun-daun kekuningan..semua masih kehijauan..sob..sob…next time nak kena pergi bulan October,baru peak autumn..

















ada la sikit yang dah kuning...yippie
















Dah penat jalan-jalan,kitorang sewa basikal..macam syok je tengok orang berbasikal kan..nak la terai..haha aku n sir sewa yang couple bike gituwww…SO SWEET kan?? haha abang ngan muni sewa yang biasa tu…kalau tak silap aku, sejam= 6000won kot…kalau yang couple bike tu pun sama je harga, sejam = 12,000won, bahagi 2, sorang bayar 6000won jugak la…sori kalau salah,aku dah lupa lah..

wow..LANGKAWI photo exhibition tuuu...




patung winter sonata...















Dah penat meronda,boleh lah singgah makan kat Drama Café..makan nasi goncang…Halal okey!! ada nasi, telur ngan sayur kimchi…sebelum makan,kena goncang dulu bekas makanan tu..goncang sekuat hati tau..baru sebati..hee nak try makanan lain pun boleh..dah lapar semua sedap kan…walaupun tekak aku macam ada ura-ura taknak terima makanan korea,tapi habis je aku makan nasi goncang ni..rasanya ada sedikit masam..mungkin dari sayur kimchi tu kot..Dah kenyang,barulah boleh menunaikan solat..Mussolah ada kat bangunan sebelah drama café tu, Baplex..naik tingkat 2..Cuma,surau ni campur lelaki dan perempuan..agak sukar sikit..






sebelum goncang
selepas goncang


baplex..dalam ni ada surau






DONGDAEMUN + MYEONGDONG  (lagi..hee)
Lebih kurang pukul 4 petang,kitorang dah gerak pulang, masih awal lagi kan..decide nak ke Dongdaemun…saja nak buang-buang duit..gituw..dalam pukul 6pm dah sampai dongdaemun, tak sempat pun nak buang duit..hari macam dah renyai-renyai…tapi sempat aku tengok orang berkarok kat cheongye stream *sebab tu la hujan kann..kan..* 



karok do Cheongye stream


Kitorang ke myeongdong pulak,masa ni hujan dah lebat sikit…nasib baik aku ada bawak payung..*bawak dari KL ok..gigih* so aku share ngan muni, abang beli baru..sir pakai je baju hujan..meredah la hujan ke kedai-kedai yang ada..dalam hujan-hujan tu sempat je menyopping kat uniqlo..^_^ kalau semalam aku beli seluar maroon kat Spao harga 29,000won..kat uniqlo lagi murah uolls…15,000won je…arghhhh..sedikit penyesalan disitu..sobs..
sebenarnya ada kejadian kat Myeongdong ni,bukan kejadian dasyat pun, tapi agak menyedihkan huhu.. aku ada selit kan dalam itenerary, nak dinner ikan bakar..sebab aku ada baca dalam blog kaki berangan dia makan ikan bakar..so macam nak try..excited gilos nak makan ikan bakar, sesuai dengan tahap kelaparan kitorang masa tu,tapi cari punya cari..tak jumpa..dengan gigih,kitorang cari line wifi, nak bukak blog dia..menyuluh la handfon ke langit kan..GIGIH kan haha dah dapat line,lembab pulak...wifi lembab, blog pun loading lambat,dah la dengan hujan nya...stress..skali dah dapat bukak..kecewa tengok direction kedai ikan bakar kat Dongdaemun..cisss... kalau tahu,tadi masa g dongdaemun,kitorang singgah dulu..actually,dia ada je makan ikan bakar kat myeongdong,tapi member dia yang bawak..so no direction ke situ..MY BAD,lain kali buat catitan dengan betul AAO! sekarang nak patah balik,memang a BIG NO lah kan...dah penat giler...

Dah tu, meredah hujan lagik kitorang nak pulang ke hostel..boleh pulak tersesat kan..hujan-hujan tak dapat nak keluarkan map..so main redah je..cuba bayangkan..dengan penat, hujan dan lapar nya, boleh terSESAT…terbaik kan!! Masa ntah kat mana-mana tah kitorang tu, ternampak lah Namsam Tower dari jauh…wah..aku macam ’ jap-jap nak amek gambar’..lepas tu rasa tak sabar-sabar nak tunggu esok,sebab nak g namsam tower…*memang bukan rezeki aku..T__T*







oh NAMSAN TOWER...sobss



TATA...see uolls in next post..^_^

6 comments:

  1. terbaik~~!! nasik goreng goncang!

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi Korea. Gambar ke9 tu,Running Man pernah shooting dkt situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..sy dh lepas blk dr korea,br tgk episode RM yg kat Petite France tu...sebelum pegi tatau pun RM shooting kat situ..eheheh

      Delete
  3. Benci tau lambat jumpa blog ni. Baru balik from Korea last Jun. Xjumpa pun Drama Cafe tu! Last year Feb gi, cafe tu kat tempat lain. Ke aku yang sesat dalam pulau tu sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku g last year sept...memang situ le tempat cafe tu..huhu sah ko yang sesat kot..hahah

      ok,nak bc cerita ko pulak..hee Terjah!!

      Delete
    2. Hihi cerita aku guna bahasa ibunda, Sabahan gitu. Harap ko faham baca.

      Memang sah aku sesat. Sebab cafe tu macam dah lain rupa. Ni sure diorang move to a better place. Xpe Dec ni insha Allah aku terjah situ lagi. Hopefully jumpa.

      Delete