Pages

Tuesday, 2 October 2012

Hi SEOUL : 02

Mari..mari...

Aku nak sambung hari kedua aku kat Bandar Seoul ni…

DAY02
Macam biasa,kalau g bercuti…aku bangun awal pagi..dan senang je pulak tu nak bangun awal,kalau nak g kerja, punya la liat..standard! lepas dah sorang-sorang amek giliran mandi, kitorang turun kat common area..nak siap sediakan sarapan..FYI,mostly hostel  kat korea ni,yang aku baca, ada menyediakan sarapan..tapi KCB takda..dan aku tak kesah pun..sebab sarapannya pun ialah roti bakar dan coffee kot…semestinya aku tak kenyang makan tu je..hee tapi..tapi..tapi…OK la dari takda kan..huhu Sarapan yang hebat sangat yang kitorang sediakan ialah…..*trengggtengteng..Drumroll* MEGGIE GORENG SEDAP!!...dengan milo 3 in 1…berkhasiat sungguh sarapan aku kan…bolehlah tu,buat alas perut..




trencatss



hyehwa ...starbucks di situ
Lepas dah sarap,dengan pantas kitorang keluar..tak sabar nak menghirup udara korea gituww…jam menunjukkan pukul 7.45am..kawasan sekitar Hyehwa masih senyap sunyi..cuaca sangat best,nyaman je..Alhamdulillah,tak hujan seperti yang diramalkan..tengah menapak ke stesen subway tu,lalu la seorang mamat ‘omputih’..tengah bersembang dengan kawan dia,speaking Korean tu..wow..aku kagum!! Sebab macam tak sesuai omputih cakap korea..haha cuba bayangkan,rupa dia macam Russell Brand tu,SANGAT tak sesuai okeh…hee *tetiba aku rasa nak belajar bahasa korea*

Destinasi pertama kitorang ialah Gyeongbukgung Palace..kalau ikutkan plan asal,nak pergi semua palace yang ada..ada 3 palace kot yang berdekatan iaitu Gyeongbukgung Palace – kalau larat jalan sampai belakang palace ni,ada Blue House (cheongwadae)..,President residence..macam white house laa, kan ada keluar dalam  ‘City Hunter’ tu, Changdeokgung Palace-lokasi drama ‘rooftop prince’..dan satu lagi ialah Deoksugung Palace..disebabkan masa kitorang terhad,jadi decide nak melawat satu istana jela…lagipun, mesti design dia lebih kurang je kan, but in term of detailing, aku sure ianya berbeza..kalau ada rezeki nak datang lagi,pasti aku nak melawat yang lain-lain tu..

GYEONGBUKGUNG PALACE
Direction :
  • Line 3 – Gyeongbukgung Station – Exit 5
Tiket masuk ke Gyeongbukgung Palace ialah 3000won seorang…hari Selasa tutup tau,jangan gatal-gatal nak g ari Selasa..hee Sedikit info, Istana ni dibina pada tahun 1394 sebagai istana utama pada Dinasti Joseon (1392 – 1910) dan merupakan istana tertua pada Dinasti Joseon.Macam yang aku bagitahu tadi,jauh di belakang kawasan ni, ada tempat tinggal Encik.President, tapi tak boleh la sesuka hati nak melawat..kena buat reservation dulu…
Dekat sejam jugak kitorang habiskan masa dalam kawasan istana ni,tu pun tak habis nak pusing dan belek semua tempat..dah pancit..nampak National Folk Museum..tapi dah malas nak jalan..amek gambar dari jauh jela..













national folk museum

Kitorang exit melalui Gwanghwamun Gate sebab nak ke Gwanghwamun Square, jalan terus je nanti nampak la patung besar duduk atas kerusi tu…Beliau ialah King Sejong..aku tak sempat nak baca story yang ada tulis kat belakang bangku dia tu..tapi aku suspek mesti dia ialah King pada Joseon Dynasty..hee kat sini jugak lah korang boleh try baju ala-ala Maharaja..FOC je…




I AM KING!



NAMDAEMUN MARKET
Direction:
  • Line 4 – Hoehyeon Station – Exit 5
tu dia Bodyshop..
jom g bangi..hehe
AHJUMA N AHJUSSI..hee
Dari Gwanghwamun Square tu,boleh la naik subway kat stesen Gwanghwamun, dekat je..melintas jalan,nampak bodyshop..haa..kat situlah stesennya..nanti ikut je direction kat atas tu kalau nak pergi Namdaemun. Kalau nak beli souvneir,kat sini la tempatnya..murah…tapi jangan beli yang kat tepi-tepi jalan tu..mahal sikitla…beli yang dalam bangunan..aku masuk yang bangunan kaler oren,naik tingkat 2..FM bermacam-macam jenis…kedai yang aku beli ni,dia jual 1 papan FM yang ala batu tu, 5000won ada 4 bijik…kalau yang design baru,dia jual 6000won untuk 4 bijik…kalau beli kat bawah yang tepi-tepi jalan tu..sebijik dia jual 2000won…mahal la sikit..lepas dah borong FM..kitorang ke tempat jual Korean Brooch,masih aras yang sama Cuma blok dah lain..blok E kalau tak silap aku.…mak ai..menggila Uollssssss…harga? Ok la..tak mahal,tak murah..tapi kalau ikut cakap mak-mak..korean brooch kan lagi cantik dari yang china punya..batu dia lagi bersinar-sinar..kalau tanya aku,sumpah aku tak tahu…aku main pakai je..selalu tudung pun,main selimpang jek..tak pernah pulak letak brooch kat kiri kanan bahu tu..heeeeee *selekeh*



ni dia bangunan kaler oren


brooch
kalau rasa nak beli comforter pun boleh...45,000won
Dah cukup brooch untuk kaum keluarga kat KL,kitorang nak gerak ke Itaewon..tapi jalan-jalan dulu kat bawah tu..sempat jugak la abang dan sir rembat baju kemeja kerja..8000won sehelai..murah je kan..muni pun sempat shopping baju..aku macam usha seluar skinny yang warna warni tu..memang banyak la bersepah tepi jalan..tapi harga boleh tahan..mahal..30,000won sehelai..kalau tukar duit RM tu tak ke, rm90…macam tak sanggup aku nak beli..lagi satu,tak boleh nak try..WALAUPUN aku ni kurus,tp cutting masing-masing berbeza..aku takut aku terpaksa ‘membutakan mata’ orang kalau tak kena gaya aku pakai kan..hee aku tak sanggup amek risiko..hee Orang korea ni kurus diorang lain macam,peha diorang pun kurus tau..bukan sahaja yang perempuan..yang lelaki pun peha kecik-kecik jek.
Takde la aku beli…

ITAEWON
Direction:
  • Line 6 – Itaewon Station – Exit 4
Sekadar pandangan aku,kalau korang ke Itaewon..lepas tu rasa nak shopping@jalan-jalan di kaki lima@ underground market dan berniat untuk ke Masjid juga..aku rasa better korang turun kat Noksapyeong Station..sebab macam sekali jalan jela…kalau turun kat Itaewon Station..bila dah exit tu,kalau ke kanan ke Itaewon Underground Market..kalau ke Kiri, ke masjid..so kalau korang g Underground market tu,pastu kena patah balik untuk ke masjid pulak..kalau tutun Noksapyeong,jalan sikit,terus sampai kedai-kedai kaki lima..boleh cucimata dulu..then,nampak Underground market..lepas tu,boleh terus ke Masjid...paham tak apa yang aku cuba sampaikan..hee kalau tak paham sila lah bukak map ye..



kalau nak tanya pape,boleh tanya kat mereka2
yang berbaju merah macam ni..informasi bergerak..hee

On the way ke masjid,akan nampak ada beberapa kedai jual kebab..Inshaallah halal..boleh lah makan tengahari ke makan tengahpetang ke kan..macam kitorang yang memang makan meggie dari pagi tadi..uii..licin je kebab kitorang..hehe lapar weh…LAPAR…





zassss...licin..hee

dah nampak minaret masjid kan..jangan tersesat..penat woo..
kedai makan indo punya..halal



its Farah Lee!! (wife ally iskandar) dengan selambe nak bergambar..hehe
Untuk ke masjid,tak la susah sangat..Cuma takut terlepas simpang..jalan dah la berbukit..penat la jugak kan..nasib baik kitorang dah siap-siap tanya kat oppa pakai baju merah,pemberi infomasi..hee

GANGNAM
Direction:
  • Line 2 – Gangnam Station
Takda dalam itenerary pun nak ke gangnam ni..lagipun,sebab abang rezal request nak melepak lama kat itaewon,nak shopping barang-barang pesanan kawan dia..so aku memang bujet sampai ke malam la kat itaewon..tapi semua barang yang dicari dah ada,kitorang pun saja la ke Gangnam…nak tengok apa yang menarik..ni semua sebab ‘Oppa Gangnam Style’ lah ni..haha kan tengah meletup-letup sekarang ni…

Dah sampai tu,bila exit..nampak banyak bangunan pencakar langit..semua tinggi-tinggi..tapi semua macam O F F I C E…jadi,macam tak tahu nak buat apa kan..hahah lepak-lepak je tepi batu tanpa arah tujuan..tetiba terdengar orang jerit-jerit..ada konsert kah?? Ada big bang kah?? *im singging my bluessss...paran nun mure-blue:bigbang* Hahaharapan.. bila sampai,memang ada konsert..tapi bukan yang K-pop tu..diorang ala-ala rock kot..underground kot..eh..ntah lah…hee

malu-malu nak bergangnam style..hee
kat stetsen subway Gangnam..baju murah2 wo..

Oppa!!

Sekejap je kat gangnam..terus gerak..ingat nak balik terus hostel..tapi baru kul 8 camtu..so decide nak g Myeongdong plak..tempat menyopping nih..hee walaupun dah masuk dalam piitenerary hari yang lain, nak membuang masa punya pasal..g jelah…banyak giler kedai-kedai berjenama kat sini…kedai-kedai kaki lima pun banyak jugak..gagah jugak la pusing myeongdong ni,padahal dah letih giler..Usha punya usha..tak pasal-pasal aku terbeli seluar kaler-kaler kat SPAO..harga 29,000won..akhirnyaaaa! *beli selai je* sebab dapat try dan ngam ngan aku..terus beli..hahah




For rina, Pengila k-pop


Hats On..belum glamer lagi kot topi ni kat KL..
Uniqlo n Spao
Penat tak baca..hee ok lah,to be continue untuk hari ke tiga...

2 comments: