Pages

Wednesday, 18 December 2013

BEIJING - ep.06

Setelah sekian lama cerita beijing aku tegendala...arini aku merajin kan diri aku yang sebenarnya memang pemalas..hahaha tetibe mood menaip dah mari kan....harus dimanfaatkan nya..*wink wink* itupun sebenarnya selepas aku tengok kakak kazen aku upload gambar cuti-cuti winter di beijing beliau..wahh..gituww..

Last stori sebelum ni,aku stop kat Burning Cream Centre kan...err...Cream yang aku beli kat situ pun dah abis, stori aku je yang tak habis-habis lagi...adehhh *dush..dush*
Ok..lepas kat Burning centre tu,kitorang terus g makan malam..walaupun masih awal lagi kan,dalam pukul 6pm camtu..kira early dinner laa...lepas tu,dalam kul 7pm dah balik hotel....haa..kau,melangok jela duk hotel..dah dapat hotel jauh dari bandar kan..nak merayau sendiri pun tak reti,tak study pape...nasibbbb badannnn..

Hari ke-4.
Macam biasa,bangun awal...kitorang sarapan dalam bilik je...suka betul dak iqi aku hidang meggie ayam kat dia..faveret dia gitu..aku kalau ikutkan memang tak bagi ngan tak suka dia makan meggie..tapi,sebab kat negara orang ditambah makanan kat hotel, ala ala je..aku bagi la jugak..kang kelaparan pulak anak aku..hee

Harini kitorang akan ke SUMMER PALACE...summer palace kira macam Istana Musim Panas untuk raja-raja mereka la..kawasan kat sini sangat luas tau..lepas tu ada tasik besar...kiranya, kalau tiba musim panas raja akan duduk kat sini,sebab ada tasik besar kan,jadi seluruh kawasan ni akan rasa sejuk jeeeee....kebetulan aku datang kan dah masuk musim panas kan,memang betul la kawasn tu sejuk je..nyaman je rasa..




singa kat gambar kanan ni aku ambil dari jambatan kat gambar atas...nampak tak macam rumah kat belakang singa tu,haa
tu la istana nya..gambar kiri tu aku zoooooooommm kan..






Lepas dah penat pusing-pusing dalam Istana Musim Panas tu, kitorang ingat akan terus ke Olympic Stadium yang ala-ala sarang burung tu, tapi dibawa pula menyinggah kat kedai jual sutera.Apakah?? haruskah aku g tempat ini..aku ni pakai baju cotton je dik non...aku bukan isteri menteri macam kak mah pun (opss..)  nak pakai sutera mahal-mahal ni..aduiii..siap dia tebar cadar sutera kau tau..kalau rege rm100 pun belum tentu aku nak beli...hahaha sian pekerja tu,penat mulut dia pot pet pot pet..goda kitorang suh beli,semangat betul dia nak menebar cadar-cadar kat situ...tapi kitorang buat tak tau je..haha pastu dia macam stress sebab takde sorang pun tanya pape kat dia...terus dia bawah turun kat bahagian kain ela...memula aku macam eksited gak..kot-kot ada kain yang lawa,verangan jugak nak pakai sutera...macam sutera kat korea,lawa tau dik non..tapi kat sini..hampessss...tak cantik langsung...terus la kitorang blah, masuk van..tapi anak aku sempat ‘membuang’ kat sini..haha meninggal kan jejak kaedahnya..




Dah tu, ingat teruskan perjalanan ke stadium tu,sekali menyinggah lagi...adoyai...singgah pulak kat kedai barang kemas..jual-jual batu permata bagai..stress la mak ni nok,berapa kali nak bawa tempat-tempat gitu kan...hee

Tapi aku nak cerita ni, masa kitorang sampai-sampai tu,di bawa kitorang ke satu bilik..nak bagi penerangan pasal batu permata la kan..zamrud la, ruby la, sapphire la.. kitorang dengar jela...elok tengah duk dengar, ada seorang minah ni masuk panggil lelaki si tukang bagi syarahan tu..tetibe lelaki tadi tu masuk balik dengan muka senyum melebar,cakap bos dia nak datang..kira dia cakap macam kitorang bertuah sebab bos dia sendiri akan bagi penerangan..puii

Bila bos dia masuk je, ‘Hello..apa khabar....orang malaysia kan..saya pun orang malaysia..saya orang penang’....dia ingat aku nak ‘waaaahh’ sangat ke..aku awal-awal lagi dah baca banyak blog..bitau yang owner tempat permata ni orang malaysia (betul ke idak,aku pun tak tau laaa)....tapi masalahnya,semua blog tulis berlaianan cerita..nampak tak drama diorang..

Ok,masa aku ni,si owner ni cakap dia orang penang...dan dia kahwin ngan wanita beijing,sebab tu menetap di beijing..siap tunjuk gambar dalam fon dia..aku tak tengok..tapi laki ngan adik aku cakap,gambar ala-ala amek dalam majalah..cunnn gilerr perempuan dalam gambar tu heheh dan kebetulan konon nya hari aku datang adalah birthday anak dia..so dia akan bagi diskaun kaw-kaw punya..hee haa..ada jugak blog yang aku baca pun cakap macam tu,dia cakap hari yang diorang datang tu birthday anak dia la,anniversary la..lepas tu bagi diskaun 70-80%...heheh
Dan macam biasa,kitorang tak beli pun..penat dia bagi diskaun...elok harga 700 boleh jadi 150 je....heeee






mahai nak mamposss...
Aku sebenarnya macam kesian sebab diorang ni (orang beijing dan china keseluruhanya..aku rasa laa) tak boleh bukak blog,tak boleh access FB..jadi agaknya diorang tak tau yang kita kat sini nak g negara mana mana akan research dulu..jadi dah tau permainan yang akan dilakukan...tapi kes di atas kat kedai permata ni,aku faham..bila di cakap dan mengaku dia orang malaysia dan kebetulan birthday anak dia,bagi diskaun kaw-kaw..so kita yang datang ni akan macam  terharu la konon dan rasa special..dan akan beli la barang diorang..Drama sangat...bukan jahat pun,cuma drama nak me-laku-kan barang diorang..tapi sebab aku dah tahu, jadi menyampah..hahaha jadi diorang perlu kisah ke kalau aku menyampah kan?? 


Eh..to be continue la eh..^_^

9 comments:

  1. sib baik tak lupa lagi kisah kat sana..still boleh story mory..kisah di kilang sutera tu..JM pun tak beli sbb design tak cantik..

    Hahah..kisah di kedai batu permata tu..group kami pun kena tipu...seperti ckp Aza lah..last nya JM tergoda beli cincin batu sapphire..hah hambek ko..balik tak pakai pun..mereka mmg pandai dan kuat ken*** kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat-ingat lupa juga sebenarnya ni,maklumlah urat banyak dah putus..tapi sib baik gambar yang berlambak ngan buku catitan banyak membantu..hee

      tula,diorang ni suka ber-drama je,asal barang diorang laku...

      Delete
  2. even dorg tade fb kena sekat bagai, subway dorang rm1 je mana2 hala. Public transport, train system pon bagus. Malaysia?????hahaha. eh?!

    xsnap ke gambar tauke cina penang tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke subway diorang rm1 je mana2 hala?? wooow..murah nyaaaaa

      takde pulak gamba tauke tu...tapi semua blog yang pernah aku baca,takde lagi tauke yang sama ngan aku ni..diorang tukar2 tauke kot..hehe

      Delete
  3. Kagum aku ngan ko aza..trip dah lama pun masih ingat jln cerita. Kalo aku la...hampeh x ingat. Nampak sgt syndrome tua dah menerpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tahun 2013, beijing ni je kott yang aku g travel jauh..lain la macam ko,merata dunia ko g,memang harus tak ingat la semua cerita....huhu

      Delete
  4. Uik, dia kata dari Penang plak? Masa pergi dulu puas dia explain yg dia dari Klang. Hahaha. But we didnt buy anything from there pun. Bukannya plan nak gi sana nak beli batu permata and sapphire bagai. We just walked out empty handed.

    ReplyDelete
  5. Hahahahahahah nak puiiii jgk la kat org mesia tu.
    Masa kami gi.. staff dia cakap "grup kamu tak bernasib baik sebab tokey dari malaysia takda" (lbh kurang gitu la ayatnya).
    Tiba2.. tadaaaaaaaaa.... GRUP KAMU BERNASIB BAIK SBB TOKEY SEMPAT BALIK... quadrable PUIIII! :))

    Yg gila brg2 tu go on beli... tp 5 6org grup kami yg tak berminat, beli souvenir kat luar.
    Dia pesan jgn beli FM.. takut plane jatuh.. gile ke hape? Hahahah!

    ReplyDelete
  6. Macam kenal tour guide tu.....nancy kan nama dia..?
    ada ambik email dia tak..?

    ReplyDelete