Pages

Monday, 15 April 2013

Birthday SIR @ Seoul Garden


Assalamualaikum WBT...

Huarghhh...
Boring kan hari senin ni...kemalasan melanda uolls..huuhu kenapa eh,mesti nak 'monday blues' ???? syuhhh..syuhhh...
Btw,terima kaseh sayang peluk cium kepada sesiapa yang sudi singgah kat belog i yang tak seberapa ni....amat saya hargai...*malu* XOXO
*kalau tak gediks tak sah..grr*

Semalam,sempena ngan birthday en.suami yang sebenarnya hari Jumaat lepas...aku dengan baik hati bawak + belanja 2 lelaki kesayangan aku makan kat Seoul Garden.... yehaaa...sebenarnya,aku yang mengidam lebih nak makan daging bakar SG..nyum..nyum..bila aku cakap nak belanja dia makan SG,dia OK je..tak banyak songeh..fuhh..sib baik tak cakap nak makan kat Restoren Berputar Menara KL....kalau tak, berputar bijik mata aku..ngehehe

Disebabkan aku bawak iqi,so kena la jangkakan perkara-perkara yang tak dijangka..hee kelasakan dia tu memang mengugat iman..tapi apa yang perlu dilakukan ialah..bersabar..huhu kena pulak aku bawak time dia ngantok, dah waktu tidur dia kul 1pm camtu..memang lain macam perangai dia..tak boleh aku marah sikit,cembeng terus...huhu 

Nasib baik aku dapat tempat duduk belakang sekali...sebelah kanan aku tempat wash basin..belah kiri ada sebuah meja diduduki sepasang couple...belakang aku ada tiang,so meja belakang aku agak jauh sikit...huii..senang aku nak meninggi suara..kalau kat rumah boleh sampai Fsharp (betul ke F# note tinggi??)..tapi kat kedai makan kena control sikit..hehe
Mesti partner sebelah kitorang tu kesian + rimas tengok kitorang duk bising-bising bebel-bebel kat iqi...semua yang ada atas meja,dia jadikan permainan dia...tp suruh makan taknak..dia kecah-kecah kan je...nasi goreng abis berterabur atas lantai...sos-sos pencecah tumpah-tumpah atas meja..memang terbaik lah....hehe budak waiter yang lalu lalang pun senyum-senyum je kat kitorang...haaa..bukan senyum kesian tu,senyum ada makna,senyum sinis..dalam hati diorang agak-agak ‘siot betul,sepah-sepah betul meja diorang ni’..heee aku agak je ni...

tengok la tu...chopstick dia buat ,acam lidi cucuk..abis fishball aku dia buat main..hee

alolo..nak suap ibu rupenyeee....

kenapa x meriah steamboat aku ni...

datang SG, dapat makan megi tomyam je aku...huaaaa
iqi khusyuk sepahkan sambal cecah tu..aku? mls nak amek port...sukahati iqi laaa..

abah mkn aiskrim..dia pun nak aiskrimm..

tapi dia tak minat aiskrim pun...rasa kat hujung lidah je..terus dia uwekkk..

letak dalam mangkuk abah..hahaha
Walau dalam bebel-bebel aku tak dapat nak menikmati makanan sangat,kenyang aku sampai ke malam uolls...hahahaha Alhamdulilah...dapat jugak aku makan daging bakar SG...

Happy Birthday en.Suami...tiga ploh sen sudahhhh....^_^

3 comments:

  1. Iqi comei nyer budok ni hihihihi dia bukan nk mkn sgt kan biasalah nk kacau jek

    Mudo laie tu baru 3 ploh :-)

    ReplyDelete
  2. da makan.. letak balik.. comeynye la iqi~

    ReplyDelete
  3. amboi mak nyer pun...mentang-mentang dapat makan sedap, terus lupa anak, hehe...epi besday utk hubby ko aza!

    ReplyDelete