Setelah sekian lama cerita beijing aku tegendala...arini aku merajin kan diri aku yang
sebenarnya memang pemalas..hahaha tetibe mood menaip dah mari kan ....harus dimanfaatkan nya..*wink wink*
itupun sebenarnya selepas aku tengok kakak kazen aku upload gambar cuti-cuti
winter di beijing
beliau..wahh..gituww..
Last stori sebelum ni,aku stop kat Burning
Cream Centre kan ...err...Cream
yang aku beli kat situ pun dah abis, stori aku je yang tak habis-habis
lagi...adehhh *dush..dush*
Ok..lepas kat Burning centre
tu,kitorang terus g makan malam..walaupun masih awal lagi kan ,dalam pukul 6pm camtu..kira early dinner
laa...lepas tu,dalam kul 7pm dah balik hotel....haa..kau,melangok jela duk
hotel..dah dapat hotel jauh dari bandar kan ..nak
merayau sendiri pun tak reti,tak study pape...nasibbbb badannnn..
Hari
ke-4.
Macam
biasa,bangun awal...kitorang sarapan dalam bilik je...suka betul dak iqi aku
hidang meggie ayam kat dia..faveret dia gitu..aku kalau ikutkan memang tak bagi
ngan tak suka dia makan meggie..tapi,sebab kat negara orang ditambah makanan
kat hotel, ala ala je..aku bagi la jugak..kang kelaparan pulak anak aku..hee
Harini
kitorang akan ke SUMMER PALACE...summer palace kira macam Istana Musim Panas
untuk raja-raja mereka la..kawasan kat sini sangat luas tau..lepas tu ada tasik
besar...kiranya, kalau tiba musim panas raja akan duduk kat sini,sebab ada
tasik besar kan,jadi seluruh kawasan ni akan rasa sejuk jeeeee....kebetulan aku datang kan dah masuk musim panas kan,memang betul la kawasn tu sejuk
je..nyaman je rasa..
singa kat gambar kanan ni aku ambil dari jambatan kat gambar atas...nampak tak macam rumah kat belakang singa tu,haa tu la istana nya..gambar kiri tu aku zoooooooommm kan.. |
Lepas
dah penat pusing-pusing dalam Istana Musim Panas tu, kitorang ingat akan terus
ke Olympic Stadium yang ala-ala sarang burung tu, tapi dibawa pula menyinggah
kat kedai jual sutera.Apakah?? haruskah aku g tempat ini..aku ni pakai baju
cotton je dik non...aku bukan isteri menteri macam kak mah pun (opss..) nak
pakai sutera mahal-mahal ni..aduiii..siap dia tebar cadar sutera kau tau..kalau
rege rm100 pun belum tentu aku nak beli...hahaha sian pekerja tu,penat mulut
dia pot pet pot pet..goda kitorang suh beli,semangat betul dia nak menebar
cadar-cadar kat situ...tapi kitorang buat tak tau je..haha pastu dia macam
stress sebab takde sorang pun tanya pape kat dia...terus dia bawah turun kat
bahagian kain ela...memula aku macam eksited gak..kot-kot ada kain yang lawa,verangan
jugak nak pakai sutera...macam sutera kat korea ,lawa tau dik non..tapi kat
sini..hampessss...tak cantik langsung...terus la kitorang blah, masuk van..tapi anak aku sempat ‘membuang’ kat sini..haha meninggal kan jejak kaedahnya..
Dah
tu, ingat teruskan perjalanan ke stadium tu,sekali menyinggah
lagi...adoyai...singgah pulak kat kedai barang kemas..jual-jual batu permata
bagai..stress la mak ni nok,berapa kali nak bawa tempat-tempat gitu kan ...hee
Tapi
aku nak cerita ni, masa kitorang sampai-sampai tu,di bawa kitorang ke satu
bilik..nak bagi penerangan pasal batu permata la kan ..zamrud la, ruby la, sapphire la..
kitorang dengar jela...elok tengah duk dengar, ada seorang minah ni masuk
panggil lelaki si tukang bagi syarahan tu..tetibe lelaki tadi tu masuk balik
dengan muka senyum melebar,cakap bos dia nak datang..kira dia cakap macam
kitorang bertuah sebab bos dia sendiri akan bagi penerangan..puii
Bila
bos dia masuk je, ‘Hello..apa khabar....orang malaysia
kan ..saya pun
orang malaysia ..saya
orang penang’....dia ingat aku nak ‘waaaahh’ sangat ke..aku awal-awal lagi dah
baca banyak blog..bitau yang owner tempat permata ni orang malaysia (betul ke idak,aku pun tak tau laaa) ....tapi
masalahnya,semua blog tulis berlaianan cerita..nampak tak drama diorang..
Ok,masa
aku ni,si owner ni cakap dia orang penang...dan dia kahwin ngan wanita
beijing,sebab tu menetap di beijing..siap tunjuk gambar dalam fon dia..aku tak
tengok..tapi laki ngan adik aku cakap,gambar ala-ala amek dalam majalah..cunnn gilerr perempuan dalam gambar tu heheh
dan kebetulan konon nya hari aku datang adalah birthday anak dia..so dia akan
bagi diskaun kaw-kaw punya..hee haa..ada jugak blog yang aku baca pun cakap
macam tu,dia cakap hari yang diorang datang tu birthday anak dia la,anniversary
la..lepas tu bagi diskaun 70-80%...heheh
Dan
macam biasa,kitorang tak beli pun..penat dia bagi diskaun...elok harga 700
boleh jadi 150 je....heeee
mahai nak mamposss... |
Aku
sebenarnya macam kesian sebab diorang ni (orang beijing dan china keseluruhanya..aku rasa laa ) tak boleh bukak blog,tak boleh
access FB..jadi agaknya diorang tak tau yang kita kat sini nak g negara
mana mana akan research dulu..jadi dah tau permainan yang akan
dilakukan...tapi kes di atas kat kedai permata ni,aku faham..bila di cakap dan
mengaku dia orang malaysia
dan kebetulan birthday anak dia,bagi diskaun kaw-kaw..so kita yang datang ni
akan macam terharu la konon dan rasa special..dan akan
beli la barang diorang..Drama sangat...bukan jahat pun,cuma drama nak me-laku-kan barang diorang..tapi sebab aku dah tahu, jadi menyampah..hahaha jadi diorang perlu kisah ke kalau aku menyampah kan??
Eh..to
be continue la eh..^_^