Pages

Monday, 26 November 2012

JJJ : Jalan-Jalan Jer @ Melaka

Sejak duamenjak ni,aku macam takde idea nak menulis kat blog ni..ditambah lagi aku takde tempat terbaru yang dilawati...so macam takde cerita nak dikongsi...dulu masa mula-mula nak buat blog ingat nak cerita kisah harian, tapi banyak kisah peribadi..agak sukar nak di kongsi kan...lagi-lagi bila MAK aku ialah pengunjung setia blog aku ni..haha dan lagi satu,bila aku dah dapat tahu siapa yang komen ‘KOREA TAK BEST’ kat entry korea aku..hahaha bukan kecik hati tau,cuma aku dah tau la siapa ‘mereka’ yang baca blog aku ni..jeng..jeng..jeng.... aku tak kesah korang nak komen apa,sebab setiap orang lain-lain pendapat...rambut sama hitam kannnn...

Sekarang ni pulak,hujung minggu aku dok layan ‘Running Man’ tak sudah-sudah..dah habis kat TV..tengok pulak kat tenet..kekeke *daebak*

Masa minggu yang ada cuti on-off, on-off tu...aku ke Melaka,Isnin,sehari sebelum deepavali..saje jalan-jalan..takde planning apa pun..kenapa aku nak pergi Melaka aku pun tak tahu..hehe sebab nak jalan-jalan sekitar KL ni aku dah tak tahu nak pergi mana...*boring*

Dalam pukul 9am aku gerak ke Melaka..errr..melaka kan besau,to be exact..aku ke Ayer Keroh,Melaka..lebih kurang 2jam perjalanan,sampai dah Ayer keroh..dekat je rupanya..hehe 


boikot dah




First tempat aku pergi ialah Taman Buaya....haha aku tak pernah terfikir pun akan ke Taman Buaya dah tua-tua gini...tapi sebab dah ada anak,bawak jela...serius,memang rasa dah TUA bila bawak anak g zoo la,taman burung la..taman buaya la...hehe tapi seronok bila anak excited nampak binatang-binatang tu...iqi pun jerit kuat-kuat ‘alligatorr...alligatorrrrr’..haha excited nampak buaya...poyo kan skeping-skeping plak...nak buat cane,dah perkataan tu yang ada dalam buku dia..perkataan ‘alligator’ comes first before ‘buaya’..so,alligator yang akan dia ingat...

Di tengah hari yang panas terik tu,kitorang habiskan masa dalam taman buaya je..dalam taman buaya tu ada ‘waterpark’ tau..haa..kalau ada anak dah besar-besar sikit dalam 5tahun ke atas tu,boleh la mandi-manda kat taman buaya tu...tiada harga tambahan pun..just bayar masa nak masuk tu je, RM10 untuk dewasa, RM6 untuk kanank-kanak.

















alligator + turtle



Lepas tu,terus ke area Kota A’famosa tu..tapi aku tak naik atas pun....bukan taknak naik,tapi aku diberi dua pilihan..nak dukung iqi atau nak hangkut stroller..haaaa..dua-dua aku taknak,heheh dah la tengah panas terik,boleh lak nak bertekak berdua..so,tak payah naik atas...fair n square..huh pastu terus ke ‘Muzium Istana Kesultanan Melaka’...kat sebelah A’Famosa tu je...

Malas dah nak menaip ni,jom tengok gambar jela....





















bangunan merah


sempat la merayau kat jonker walk sekejap

Dalam jam 6pm camtu,iqi dah start buat perangai dia..hehe bukan apa,dia dah mengantuk sebenarnya..hmm..tak sempat aku nak naik cruise sungai melaka tu...terus pulang ke KL....haa,memang takde buat apa pun kan...saja-saja nak buang masa je..next time datang,kena bermalam kat melaka la,baru best boleh jalan banyak tempat..hehe

4 comments:

  1. blogger kene terima comment untuk maju..

    ReplyDelete
  2. sy pun nak ke melaka bulan depan.. tq sharing..

    ReplyDelete
  3. Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete