Pages

Saturday, 23 June 2012

DAULAT TUANKU!

Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta....


Sila berdiri dengan tegak,sebab aku tengah nyanyi lagu NEGARAKU ni..hah,lama giler tak nyanyi lagu ni..masa zaman sekolah jela kan...hee harini aku berkesempatan pergi melawat ISTANA NEGARA...ok,bukan yang baru kat jalan duta tu..ni yang lama punya..aku kurang pasti jalan apa,tapi yang aku pasti,belakang istana tu nama dia Jalan Bellamy..hehe selalu g makan ikan bakar kat sana...terbaik wok!


PAMERAN RAJA KITA
Pameran ni akan berlansung sehingga Disember 2012...kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi,boleh lah kan..ada masa lagi ni...masuk free je,tapi kalau bawak kamera,kena bayar RM3..kalau video cam,RM5 okey.....aku memang teringin sangat nak masauk dalam istana ni..nak sangat tengok interior dia macam mana,adakah segala tiang akan berwarna kuning..? atau bersalut emas? hahaha Istana Negara ni tak dibuka sepenuhnya untuk tujuan pamera,hanya sebahagian kawasan sahaja,jadi tak dapat la aku nak menjelajah semua ruang..nakk tengok tempat masak ke,dining ke..kot-kot ada gelas emas kan..haha


mengharapkan kuda pengawal di pagi hari..tapi...hampa...




 










 




kenapa aku rasa macam kurang berkenan dengan candelier ni..?








SEJARAHNYA,
Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta.





babai!



Aku berharap agar satu hari nanti dibuka keseluruhan kawasan istana untuk kunjungan rakyat jelata...Daulat Tuanku!

2 comments:

  1. kesetiaan kepada raja dan negara. hehe

    ReplyDelete
  2. rukun negara gituww..eh,awk dh pulang dari bandung ke??apecer??huhu

    ReplyDelete