Pages

Monday, 7 May 2012

KRB+PNG : kos

*malang tidak berbau.petang tadi aku bawak iqi beriadah kat Tasik Titiwangsa..tengah syok main ngan iqi kat playground,skali aku boleh tejatuh sambil terseliuh kaki kiri aku..memula tu aku bagun,jalan macam biasa…dan gelak-gelak jela kan..nak cover malu..tapi sekarang..aduhhh…sakit gilos..ada potensi nak bengkak ni esok (ada can nk MC ni)..hehe*



Agak belum bersedia aku nak menaip cerita perjalanan aku ke Krabi + Penang..Haruslah panjang berjela-jela kan…..jadi aku ingat,weekend ni baru aku akan meluangkan masa mangarang cerita aku ke Hatyai-Krabi-Penang….supaya aku dapat memberi info2 @ tips2 yang penting/terperinci kepada pembaca-pembaca hantu aku sekalian..hihi

INTRO
Sebagai intro, aku just nak bagitahu costing aku ke Hatyai-Krabi-Penang ni…tapi,korang kena tahu..aku pergi budget-budget jerrr okeh…aku bawak duit rm500 je..tak percaya?? Percayalah..nanti aku tulis segala costing yang terlibat kat bawah ye..
Aku memang tak berniat pun nak ke Krabi tu..emmm..ok,sebenarnya, awal tahun aritu memang aku ada planning nak ke Krabi,dengan kawan-kawan..tapi dok tunggu tiket flight murah tak kunjung tiba,akhirnya planning tu ‘diam’ begitu saja…so,aku pun start la planning ke tempat lain,memandangkan bulan April anniversary aku,dan juga birthday SIR..so,kami planning nak Bangkok..(sbnrnya,aku je yang plan lebey..sir folo saja..)..ok la,aku pun start calculate cost….takde la mahal sangat…tapi dah melebihi 800/pax..hmm..kansel..

Dan tetiba AA buat promosi, dan aku telah terbeli tiket ke tempat lain yang mana lambat lagi penerbangannya,september…dem…dah tu,untuk April..kami masih lagi nak proceed annvrsry02..jadi,aku decide nak g Hat Yai je (dan penang)…naik train…owh,lupa,masa planning nak ke Bangkok pun,kami ingat nak naik train u’olls..bayangkan 13jam,kl-hatyai dan 20jam,hatyai-bangkok..hua hua hua…memang bengkok bila sampai Bangkok..hahah
(sila usha seat61.com, untuk laluan-laluan train ke semua negara,seluruh dunia)

Dah lepas kira kos semua,dah setuju..kami pun start la booking tiket keretapi kl-hatyai..booking hotel..dan flight penang-kl..tapi,sebulan sebelum tarikh perjalanan kitorang..hat yai di gemparkan dengan letupan BOM kat Plaza Lee Gardens…oyeemmgiee…aku agak risau,takut juga masa kitorang kat sana,berlaku perkara yang sama..tapi sir ckp,lambat lg,ada sebulan lagi..mybe on the time kitorang nak pergi tu,pasti government Thai dah ambil langkah berjaga-jaga…tapi,makin nak dekat tarikh nak pergi tu,mak aku+MIL pun agak risau keadaan di sana..yang mana telah sama mencuak kan aku..huhu jadi pikir dok pikir,aku ingat nak ‘jauh’ kan sikit perjalanan aku,sama ada ke Krabi atau Koh samui..tapi Koh samui tu macam dah jauh sangat..so akhirnya,kami decide ke Krabi…dan cepat-cepat kitorang tukar tiket KTM,meng-awal-kan sehari tarikh perjalanan…dan..dan…hari yang sama kitorang tukar tiket,malam tu tengok berita..Acheh bergegar,yang mana akan menyebabkan Tsunami di beberapa kawasan..Krabi termasuk salah satunya….Subhanallah…
Kecewa,macam petanda supaya aku jangan pergi kan…

Tapi aku nak pergi juga…(degil) Alhamdulillah,beberapa hari sebelum pergi,kerajaan Thai dah tarik balik amaran Tsunami tu…lega nooo…

COSTING
Oklah,panjang lak aku mencecer..kat bawah ni kos yang terlibat..untuk yang estimation,semua yang aku tulis ni sama seperti dalam itenerary aku..tapi tak dapek la nak tulis semua itenerary aku,panjang sangat…aku tulis untuk kos sahaja.

COST ESTIMATED
ACTUAL COST
DAY 00
KHAMIS : 26.04.12
  • Tiket lrt – rm2
  • Jajan – rm7
  • Tiket train ke Hatyai – rm55
  • Supper – rm8

DAY 00
KHAMIS : 26.04.12
  • Tiket lrt – rm2.30
  • Jajan – rm6
  • Misc – rm12.20
  • Tiket train – rm54
TOTAL = RM72
TOTAL = RM74.50
DAY 01
JUMAAT : 27.04.12
  • Sarapan – rm5
  • Minivan ke krabi – rm30
  • Lunch – rm10
  • Misc (hatyai) -rm15
  • hotel Haleeva Sunshine – rm35 (rm70/n)
  • dinner – rm10
  • misc (krabi) – rm10

DAY 01
JUMAAT : 27.04.12
  • sarapan – rm5
  • minivan – rm35
  • cha-en@teh ais – rm2
  • misc(hatyai) – rm12.50
  • dinner – rm10
  • hotel haleeva – rm35(rm70/n)
  • misc (krabi) – rm6
TOTAL = RM115
TOTAL = RM105.50
DAY 02
SABTU : 28.04.12
  • sarapan – rm5
  • island hoping (phi-phi) – rm100
  • jajan – rm7
  • hotel Haleeva Sunshine – rm35 (rm70/n)
  • dinner – rm10
  • misc – rm10

DAY 02
SABTU : 28.04.12
  • 4 island tour – rm90
  • Pancake – rm3
  • Massage – rm25
  • Dinner –rm10
  • Hotel haleeva – rm35 (rm70/n)
  • Misc – rm23
TOTAL = RM167
TOTAL = RM186
DAY 03
AHAD : 29.04.12
  • minivan ke Hatyai – rm30
  • lunch – rm8
  • minivan ke Penang – rm30
  • ferry – rm1 (~rm1.20)
  • hotel (tak booking lagi) - rm35 (rm70/n)
  • dinner – rm15

DAY 03
AHAD : 29.04.12
  • sarapan – rm5
  • tapau ns.ayam – rm3.50
  • minivan ke hatyai – rm35
  • minivan ke penang – rm35
  • hotel pin seng – rm15 (rm30/n)
  • dinner – rm8.50
  • misc – rm5
TOTAL = RM119
TOTAL = RM107
DAY 04
ISNIN : 30.04.12
  • motor sewa – rm15 (rm30/day)
  • minyak motor– rm10
  • sarapan – rm5
  • lunch – rm12
  • bukit bendera – rm8
  • makan/minum petang – rm5
  • misc – rm10
  • Hotel – rm28
  • Dinner –rm15

DAY 04
ISNIN : 30.04.12
  • Sewa motor – rm18
  • Sarapan – rm4
  • Bukit bendera – rm8
  • Owl museum – rm5
  • Ferry – rm2
  • Lunch – rm7
  • Sotong kangkung – rm12
  • Dinner – rm11
  • Misc – rm32
  • Hotel TM resort – rm28 per nght per person
TOTAL = RM108
TOTAL = RM127
DAY 05
SELASA : 01.05.12
  • Sarapan – rm5
  • Bas ke komtar – rm3
  • Misc – rm10
  • Lunch – rm10
  • Bas ke airport – rm3
  • AA flight – rm60
  • Bas lcct-kl sentarl – rm10
  • Tiket LRT – rm2

DAY 05
SELASA : 01.05.12
  • Sarap – sir bayar
  • Minyak motor – sir bayar
  • Bas ke terminal bas – rm1.40 (sir bayar)
  • Bas ke airpory – rm3.70 (sir bayar)
  • Misc – rm14
  • Flight – rm60
  • Transport balik rumah – rm30
TOTAL = RM103
TOTAL = RM104

Day 00 – rm72
Day 01 – rm115
Day 02 – rm167
Day 03 – rm119
Day 04 – rm108
Day 05 – rm103

TOTAL = RM684

*DAH BOOK DAN BAYAR*
- keretapi KL – Hatyai = rm55
- hotel Haleeva Sunshine,Krabi = rm70
- TM Guesthouse,Penang = rm28
-Flight Penang – KL = rm60
TOTAL = RM213

DUIT YANG DIPERLUKAN = RM471

Day 00 – rm74.50
Day 01 – rm105.50
Day 02 – rm186
Day 03 – rm107
Day 04 -  rm127
Day 05 – rm104

TOTAL = RM704

*TOLAK KOS YANG DAH DIBAYAR, RM213*




DUIT YANG DIGUNAKAN =RM491
(phew,cukup2 je)


OK,detail kan..haha smpai tiket LRT pun aku masukkan..hee btw,inilah antara kos-kos yang terlibat.sebab tu aku cakap aku just bawak Rm500 je..sebab aku hanya perlukan lagi Rm471..tapi aku dah ter-belanja lebih dari yang di rancang..hee nasib baik tak over the budget…..kalau tak,terpaksa aku ber-basking kat penang..hua hua walaumacamana pun,sepatutnya korang kena ada duit spare,untuk perkara-perkara yang tak di jangka,contoh nya..eksiden ke,kaki terseliuh ke…untuk rawatan hospital/klinik..aku pulak,disebabkan kejadian bom di hatyai dan amaran tsunami di krabi,aku dah amek travel insurans…

Macam tiket flight or train tu,memang kena booking awal la kan..train tu,kalau nak walk-in pun boleh,cuma takut takda yang katil tu,kalau tak kisah nak duduk untuk 13 jam..okey je..lagi murah pun,saving di situ..Cuma yang hotel tu,aku rasa memang boleh sangat nak walk-in,hotel kat Krabi berlambak-lambak..yang murah,yang mahal semua ada..macam aku,aku book Haleeva sunshine kat Hostelworld.com,rm35 per pax..means satu bilik rm70…yang bagusnya,hanya perlu bayar10% dari harga total..nanti dah sampai,boleh bayar cash@cardcredit (ada charges fee,3%)..tapi,kalau korang book melalui Agoda.com,harga Haleeva Sunshine untuk bilik yang sama,Rm55 je..tapi kena bayar FULL payment by Cardcredit (ada charges fee jugak..)..tapi,aku lupa nak tanya harga walk-in..hee macamana pun,nak pergi mana-mana pun kena ada perancangan,so boleh la book sikit2..bulan ni,book hotel..bulan depan book flight..lainlah,kalau korang banyak duit..beje..

Esok lusa tulat,aku update story aku yeh bebeh..

2 comments:

  1. minivan ke krabi tu rm30 seorang ke?

    ReplyDelete
  2. rm35/pax..kalau dari hatyai ke aonang...kalau smpai krabi town rm28/pax.

    ReplyDelete