Day 03:
Adoyai..panjang jugak cerita sabah aku,ni nasib baik pergi
4hari je ni..kalau aku travel 1minggu ke,2minggu ke..mau bernanah jejari
runcing aku menaip…hehe ok,back to the story…
Hari ke-3 ni,kitorang amek half day
tour…aku sebenarnya dah bujet nak pergi island hoping ngan sir…tapi bila
mengenangkan airil rafiqi, macam terbantut sikit laaa….lagi perangai dia
unpredictable..kekadang ok,kekadang tak….disebabkan semalam dia ada la sikit
buat perangai..mak aku awal-awal surender nak jaga dia…cis,rosak plan aku.…*sebenarnya memang susah pun travel bawak budak kecik..*tapi,setelah
penat pujuk merayu…akhirnya,mak aku sudi nak jaga iqi…yahoo…tapi..tapi..tapi...tengah
hari,after tour. nak tak nak,aku kena folo la tour pagi ni. pagi ni kitorang
pergi
Lok Kawi wildlife park.macam zoo,tapi binatang-binatang tak sama macam
kat zoo negara.pelik-pelik sikit.binatang dari kepulauan borneo.masuk zoo kena
bayar rm10,kanak-kanak rm5,warga
emas percuma…naik tram bayaran tambahan.maaf,aku lupa pulak harga naik tram tu.
kitorang tak jalan kaki pun,naik tram je…hehe takde la penat sangat.
|
lok kawi wildlife park |
|
tram |
Agak boring jugak,sebab kitorang semua dah dewasa..macam tak
excited tengok binatang..hee tapi aku memang suggest kan,kalau ada sesiapa
bawak anak-anak melancong ke kk,singgah la sini.harga tiket pun takla mahal
sangat kan.
|
orang utans |
|
masjid besar sabah....perform friday prayer here |
Habis melawat binatang,kitorang balik ke rumah balik,sebab
yang laki-laki nak get ready sembahyang jumaat.mak aku pun nak berehat
dulu,petang kang baru sambung tour..pergi muzium dengan menara tinjau je
lagi.aku+sir pula..akan ber-island hoping.*SUKA*
Ini la masa yang aku nanti-nantikan sebenarnya bercuti kat
kk ni.aku memang rindu nak ber-snorkling. *diving soon*…last time aku snorkling
masa kat phuket dulu..3 tahun lepas kot…suppose masa pergi bali*hanimun*,aku snorkle
juga..tapi sebab gf aku taknak*aku dulu hanimun berkumpulan..hehe..boleh?*,so macam tak syok la kan snorkle
sorang-sorang..sir kat bali dulu sempat la diving,dengan hubby my gf tu…wek*jeles..rolling eyes*
|
entrance jesselton point |
Armin hantar aku+sir
kat jesselton point jetty.kat sini la tempat nak naik bot/ferri ke pulau-pulau
berdekatan.ada 5 pulau yang biasanya pelancong pergi dan menjalankan aktiviti
air ni.pulau gaya,pulau sapi,pulau manukan,pulau mamutik dan pulau sulug.yang
paling fames,pulau manukan…so aku decide nak pergi pulau manukan dan pulau
mamutik.aktiviti aku memang nak snorkling jela.tapi,disebabkan aku gerak agak
nak ke petang,brader kaunter tiket tu cakap boleh pergi satu pulau je..aku nak
pergi manukan,tapi brader tu suggest
pulau mamutik..better untuk snorkle…apa-apa la
labu…mamutik pon mamutik la…cepat sikit aku dah tak sabar niiiiii….hee *harga
ke pulau-pulau,seperti tertera dalam gambar di atas*
Giler kau*giler aku jugak*..memang cantik sungguh ciptaan tuhan ni.air kaler
cyan tuuuu..*tau ke cyan tu ape..bahasa autocad..hee*so kitorang cari port,letak
barang-barang..*ada bawak bekalan sikit,saving*dengan tak sabarnya,aku tukar baju
renang aku..kedebush….
Mashallah…mashallah…mashallah…..
Kat pulau mamutik ni,snorkle kat tepi-tepi pantai je…tapi
kat tepi-tepi ni pon ikan dah banyak..batu karang pun ada.*kat phuket dulu,snorkling 'tepi yang tengah' laut..cuak..kaki tak jejak lantai(lantai ke?)*aku nak bagi
ikan-ikan datang kat aku,aku campak-campak roti.menderu ikan datang.kali ni aku
tak geli pula macam kat fish spa tu..sebab
ikan-ikan sini cantik,warna warni…kat sana hitam je,geli.heheh dah penat
berenang,kitorang rehat makan dulu…ada je kedai makan,tapi aku rasa mesti mahal
kan.tak pula pergi tanya.maaf lagi.dah kenyang aku sambung balik
berenang.memang best la kan.
Pukul 3.00pm,aku dah janji dengan bot suruh pick-up kitorang
balik.kena bagitahu,sebab setiap tiket, lain-lain bot,bukan boleh naik sesuka
hati je.bot mana yang hantar kita,bot tu la yang pick-up balik.ingat tu.
|
jetty |
|
nak balik dah..papai.. |
Malam:harini ayah aku folo kitorang berempat pergi makan*iqi
kene tinggal ngan tokmak lagi*..sebab kitorang cakap kedai semalam tu best..aku
siap tapau butterprawn tu,ayah aku pon kata sedap..tu yang dia nak folo tu*lagipon
dah 2malam dia dok tapau je makan malam dia*.menu harini,ikan masak 3 rasa…sup
daging…sotong sizzling bbq hot n spicy ngan kailan ikan masin.punnn
sedap.kitorang oder semua yang medium size je..bujet mesti dalam rm60+..skali
dia cakap rm45 je…oh sangat murah.terima kasih. ^_^otw menapak tu,,semapt jugak
aku singgah pasar malam…nak beli gelang lagi,last kopek..untuk officemate sir…korang
tau,tawar punya tawar..gelang yang aku beli rm15 dalam pasar filipino
kelmarin,dapat rm7 jeee….hahah *mesti mak aku jeles,sebab dia beli rm9* happy,terus
balik dan tidur sambil tersenyum.
|
untuk cik.meda..hee |
Day 04:
Alllllaaaaaa..dah nak balik kl kan..sangat tak best nyee…tiket
flight aku pukul 200pm..tp yang lain-lain pukul 12.30pm.jadi dalam pukul
10.00ama armin dah sampai rumah,nak hantar kitorang ke airport.dalam perjalanan
ke airport,armin sempat bawak kitorang pergi kilang cokelat…tapi harga
cokelatnya..mahal..konfemlah kitorang tak beli kan..tapi erni beli la
satu,cokelat bar..rm 6.90.hee lepas tu,kitorng terus ke airport…
Masuk je airport aku setel kan dulu self check-in..dan
luggage.lega la sikit..lepak-lepak tunggu masa.jalan-jalan dalam airport,skali
ternampak la cokelat yang erni beli tadi tu…tengok harga,baru rm4.90..kah kah
kah…kesian ernie*camne kilang lagi mahal ni..???* aku sempat la belu poskad
untuk diri sendiri.
|
armin : kedua dari kanan...tqvm baah.. |
No comments:
Post a Comment