Pages

Friday, 20 January 2012

SINGAPURA


010112:Harini bangun jam 6.00am..siap-siap sebab nak masuk singapura..yippie..lama dah tak singgah s’pore *singgah?* last aku ke s’pore masa tahun 2006 + 2007..june06,my second cousin punnya wedding *nenek ku singaporean convert to malaysian* dan feb07 trip frsb-upm..masa trip 07 ni memang shit giler,sbb batch2 lain suma g tempat best-best kan,Bangkok la,Beijing la..tiba turn batch aku g s’pore jewww..dem!

Back to the stori,trip ni adalah lebih kepada sightseeing ‘uniquely singapore’..tak ada itinerary,redah saja..tapi aku dah siap-siap kaji peta mrt s’pore n attraction places..mestilah kena ada ilmu sket kan..hee dah siap-siap semua,kitorang gerak dari homestay *hidayah homestay* dalam pukul 7.15am. agak kesedihan aku disini kerna terpaksa meninggalkan Airil Rafiqi..sob..sob..masa aku gerak dia tak bangun tido lagi..ikut plan awal memang nak bawak dia,kitorang dah siap beli buggy-stoller baru lagi,sebab kononya senang nak angkut naik MRT..tapi last2,MIL cakap tak payah bawak dia,sebab kesian dia penat nanti,esok aku nak bawak ke uss lak kan,nak kene bagun pagi lagi emm..ok la..pasrah *yea..bole la ibu+abah jalan pegang tagan..hahaharapan*

JB SENTRAL
Park kereta kat sini,rm12 sehari,sarap dulu kat mamaks berdekatan.kat sini aku siap2 beli mineral water,sebab dalam s’pore mahal ye cik kak.jadi,mari ber-JIMAT! Ingat, INI ADALAH TRIP BUDGET…*smile*…sebelah mamaks,ada money changer..tengok currency..emm..okla…jadi SIR tukar la duit dalam rm400 cmtu,dapat dalam SGD170..hehe pastu muni lak tukar duit,rm200…dpt SGD82.. kah kah..miskin terus..aku? pakai duit SIR jela..LOL *kedekut*

Lepas passport check dekat imigresen jb,kitorang naik bas *rm1.00* untuk ke woodlands,custom s’pore pulak.selesai urusan cop-cop pasport..turun escalator,banyak bas menunggu..mulala kitorang terkontang-kanting tak tahu mana nak tuju..haha *padan muka* sepatutnya,tiket bas yang kitorang naik tadi tu,still valid untuk naik bas dengan percuma ke stesen MRT terdekat,tapi sebab tak tahu kan..kene la bayar SGD0.80/pax untuk ke stesen kranji.pffft jadi korang jangan buang tiket,simpan,boleh naik free..Cuma perlu beratur di lane yang betul.


mamaks berhadapan JB SENTRAL...yang nasi lemak tak habis tu aku punya,takda selera..hee

the siblings: a.rezal,SIR,muni @ kranji mrt

muni (blakang muni tu E.G),a.rezal,kwn.am.1,kwn.am.2,am,kwn.am.3,SIR
us
inside mrt station
mrt map+nota tambahan kat atas tu:sila bawak baju hujan?

MUSTAFA CENTRE
Destinasi pertama kitorang ialah mustaffa centre.tempat ni ada jual macam-macam benda..bag,jam tangan,baju,perfume…agak murah harganya,kalo convert sgd to rm pon still murah jugak. Aku tak beli apa-apa la kan,sbb aku kan tak bawak duhit,kalo nak kene mintak sir dan lalui sistem birokasi yang sangat merumitkan..hahaha tp SIR sempat la rembat jam casio.*siot* murah jew SGD28 sahaja..dalam rm67..ok kan? Retail price rm100+. Mereka yang lain beli perfume la y’all.rugi tak beli sebenarnya,tapi aku ni memang ade masalah dengan bau perfume=pening kepala=migrain kecil..jadi,tengok sajalah. 


tapi aku sangat pelik,kenapa ramai sangat orang india di sini? adakah india muslim atau india hindu...india singapore atau india dari india??maksud aku adakah diorang ni pekerja india yang di import dari india..dan kenapa aku lupa nak tanya diorang? haha sebenarnya dari dalam mrt lagi,bila aku usha luar mrt.,tengok dekat tepi jalan,padang..ramai orang india berkumpul.sebab setahu aku,singapore ni ramai cina.

to mustafa centre, msk lorong serangoon 65, syed alwi rd
Masjid Angullia is one of Singapore's few Tamil-speaking mosques


selamat datang ke mustafa centre!

macha!! sangat bombay kan..

ORCHARD RD
Dah abis beli-belian, kitorang menapak untuk ke stesen mrt little india untuk ke orchard.memang sangat ‘little india’nya,dah macam Bombay aku tengok.fening fening.dah plan nak pergi orchard road.nak shopping katenye.yang pasti bukan aku la.aku memang nak sight SEE-ing je, not BOUGHT-ying.sampai orchard dalam 1pm.the-very-nice building kt orchard road tu memang menarik perhatian.tapi tkda la lawa berlebihan..lebih dan kurang macam pavillion la.same concept in a different design.memang semua butik-butik mak datin ada di situ.aku yang ‘tukang fotosatat’ ni jangan nak verangan okeh.


dan kat sini,memang penuh cina pulak.ramai sangat-sangat.tapi yang kelakar nya,muka dah cina abis,skali cakap...'mau ke mana ya kita lepas ni'...orang indonesia daaa...bukan satu dua aku jumpa,tapi aku rasa 40% dari orang-orang yang berjalan-jalan di orchard adalah orang indonesia yang berbangsa cina ,melancong mungkin.Sampi je sini,terus cari foodcourt.lapar weh *kruk..kruk* kitorang berpecah,sebab foodcourt penuh umat manusia. Aku,sir,muni,abg.rezal makan kat foodcourt,mereka yang lain makan ayam penyet katanye.meet back at 3pm.

Nasi berlauk sgd5.00
Nasi beriani sgd5.50
air : minum air mineral yang bawak tu je

Bab-bab makan ni korang jangan nak convert2 sangat,nanti tak makan lak.hehe dah sedawa nanti baru pikir balik….dan sile jangan menyesal.hehe.dari segi makanan,aku rasa memang tak banyak beza ngan kl/malaysia. macam singapore pun dan ada ayam penyet, dah masuk sikit ke-indonesia-an nya.cuma,cuma,cuma...aku rasa agak was-was..dan susah nak pastikan halal atau tidak.dekat food court,aku rasa ada la dalam 30 gerai,tapi 2 ni je yang jual makanan melayu@halal..nasi campur..nasi beriani.jadi boleh bayangkan suasana dalam foodcourt,dipenuhi orang-orang cina..melayu..?sangat minorati.takut je nak duduk sebarangan.





food republic: tempat lunch kitorang


So kitorang tawaf sekitar orchard,masuk dari satu kedai ke kedai lain.*serius boring* agak letih la kan berjalan lagi tidak berduhit,cuci mata jela..kul 3pm,kitorang tunggu kt meeting point.*diorang lambat..cis*
saiya *malunyeeee*
ION ORCHARD *abaikan model air mineral ketiak ni*












okeh..butik-butik mak datin *tangan di bahu,mata pandang atas*

MARINA BAY
Aku agak excited,sebab lepas ni nak pergi marina bay..alah,tempat yang ada merlion ngan kapal atas bangunan tu..tp,aku tengok muka semua dah toya,kepenatan.risau aku kalau tiba-tiba diorang cancel,mau bersilat aku kat situ.yela,apekeadahnya datang s’pore stakat nak pergi mustaffa centre & orchard road? Kannnnn…….



MRT map : route kitorang
1-mustafa centre: dari stesen kranji,interchange di dhoby ghout..naik NE line, ke farrer   
   park.
2-ION orchard: dari farrer park,naik NS line balik ke stesen orchard.
3-merlion: naik balik mrt di orchard, ke raffles place.
4-dari raffles place, terus ke kranji untuk naik bas balik ke JB.


tips: korang boleh beli 'Singapore Tourist Pass' untuk mengunakan pengangkutan awam,terutama yang naik mrt/lrt/bas.beli satu kad,guna untuk semua pengankutan awam.senang,tak bayah beratur banyak kali nak beli tiket. harga sgd8.ada deposit,once korang return kad,diorang pulang deposit.info lanjut : tanya en.google..









Memang best yang teramat sangat tengok bangunan-pencakar-langit kat situ.kagum.menghayati bangunan is a must-do.heh kawasan ni sangat moden..tapi aku agak kecewa sebab tak dapat pergi singapore punya cultural area/building/village.masa tidak mengizinkan.*next time will be..inshaallah*

Dan gamba ni…*WAJIB*


mermaid berkepalakan singa sedang kencing mengunakan mulut, masuk pulak ke mulut SIR..haha
jalan..jalan..jalan..

stop! posing....


ni kaunter tiket river cruise.dari tadi aku jalan-jalan,kat sini baru jumpa FM.

singapore flyer





Sampai homestay 12am.Terbaik! rindu iqi..


No comments:

Post a Comment