Sejak duamenjak ni,aku macam
takde idea nak menulis kat blog ni..ditambah lagi aku takde tempat terbaru yang
dilawati...so macam takde cerita nak dikongsi...dulu masa mula-mula nak buat
blog ingat nak cerita kisah harian, tapi banyak kisah peribadi..agak sukar nak
di kongsi kan...lagi-lagi bila MAK aku ialah pengunjung setia blog aku ni..haha
dan lagi satu,bila aku dah dapat tahu siapa yang komen ‘KOREA TAK BEST’ kat
entry korea aku..hahaha bukan kecik hati tau,cuma aku dah tau la siapa ‘mereka’
yang baca blog aku ni..jeng..jeng..jeng.... aku tak kesah korang nak komen
apa,sebab setiap orang lain-lain pendapat...rambut sama hitam kannnn...
Sekarang ni pulak,hujung minggu
aku dok layan ‘Running Man’ tak sudah-sudah..dah habis kat TV..tengok pulak kat
tenet..kekeke *daebak*
Masa minggu yang ada cuti
on-off, on-off tu...aku ke Melaka,Isnin,sehari sebelum deepavali..saje
jalan-jalan..takde planning apa pun..kenapa aku nak pergi Melaka aku pun tak
tahu..hehe sebab nak jalan-jalan sekitar KL ni aku dah tak tahu nak pergi
mana...*boring*
Dalam pukul 9am aku gerak ke
Melaka..errr..melaka kan besau,to be exact..aku ke Ayer Keroh,Melaka..lebih
kurang 2jam perjalanan,sampai dah Ayer keroh..dekat je rupanya..hehe
|
boikot dah |
First tempat aku pergi ialah
Taman Buaya....haha aku tak pernah terfikir pun akan ke Taman Buaya dah tua-tua
gini...tapi sebab dah ada anak,bawak jela...serius,memang rasa dah TUA bila
bawak anak g zoo la,taman burung la..taman buaya la...hehe tapi seronok bila
anak excited nampak binatang-binatang tu...iqi pun jerit kuat-kuat
‘alligatorr...alligatorrrrr’..haha excited nampak buaya...poyo kan
skeping-skeping plak...nak buat cane,dah perkataan tu yang ada dalam buku
dia..perkataan ‘alligator’ comes first before ‘buaya’..so,alligator yang akan
dia ingat...
Di tengah hari yang panas terik
tu,kitorang habiskan masa dalam taman buaya je..dalam taman buaya tu ada ‘waterpark’
tau..haa..kalau ada anak dah besar-besar sikit dalam 5tahun ke atas tu,boleh la
mandi-manda kat taman buaya tu...tiada harga tambahan pun..just bayar masa nak
masuk tu je, RM10 untuk dewasa, RM6 untuk kanank-kanak.
|
alligator + turtle |
Lepas tu,terus ke area Kota
A’famosa tu..tapi aku tak naik atas pun....bukan taknak naik,tapi aku diberi dua
pilihan..nak dukung iqi atau nak hangkut stroller..haaaa..dua-dua aku
taknak,heheh dah la tengah panas terik,boleh lak nak bertekak berdua..so,tak
payah naik atas...fair n square..huh pastu terus ke ‘Muzium Istana Kesultanan
Melaka’...kat sebelah A’Famosa tu je...
Malas dah nak menaip ni,jom tengok gambar jela....
|
bangunan merah |
|
sempat la merayau kat jonker walk sekejap |
Dalam jam 6pm camtu,iqi dah
start buat perangai dia..hehe bukan apa,dia dah mengantuk sebenarnya..hmm..tak
sempat aku nak naik cruise sungai melaka tu...terus pulang ke KL....haa,memang
takde buat apa pun kan...saja-saja nak buang masa je..next time datang,kena
bermalam kat melaka la,baru best boleh jalan banyak tempat..hehe