Assalamualaikum
WBT…Allahu, rindu sangat aku kat blog ni…last update Jan 2016??? Giler ahhh…hahaha
Tahun 2016,
tahun melawat Malaysia bagi aku, bulan April aku ke Langkawi dengan family in
law…itulah kali pertama merasa naik RAYANI AIR..dan itulah juga kali TERAKHIR
uolls..hahaha sehari selepas tarikh fly aku, Rayani Air suspended…giler…tiket
balik ke KL kitorang burn hoi..merasalah aku naik feri+bas balik ke KL…*plan B
activated* hahaha
Nov 2016, aku
ke Sabah bah!! Dapat lah aku jumpa dengan kakak kawasan blogger terulung, Bibie
Karim…muahciked!! Hahaha yang story sabah ni nanti kalau terbukak hati nak
menaip lagi, aku akan post…*jangan mengharap sangat…HAHAHA*
....................................................................................................................................
Yang
sebenarnya, ni ha, aku nak cerita trip ke SEOUL bulan Febuari itu hari. Winter
trip gitu..Trip ni aku g berdua je dengan SIR…kira macam hanimun lah kan..auchh..suwit
khennn..hahah Kisahnya, memang aku dah aim nak repeat Korea tahun 2017 ni, dah
di gembar-gemburkan kat geng yang travel sama masa g Hong Kong aritu..diorang
pon ok jek..tapi macam biasa kena tengok bajet..maklumlah bawak anak-anak
kan…besar sikit belanja..Tunggu punya tunggu, bila datang hari Free Seat AA,
adoi..over the bajet pulak tiket ke Seoul (tapi still below Rm1000 sebenarnya)..sudahnya
geng2 travel ajak ke Perth..tiket dalam RM390+ return..murah kan..GRAB! hahaha
Pastu aku macam
tak puas hati sebab tak dapat pergi Seoul kan…Hakak sedih tau..sob sob..Dan tak
pasal-pasal aku ajak jugak SIR tunaikan impian aku nak repeat ke Korea..haha
nasib SIR nak layan perangai bini dia…maka…sretttt…setel..terbeli jugak tiket
ke Seoul bulan Feb 2017….yeay..winter im coming!
7 Feb 2017
Touch down je kat
Incheon Int Airport, rasa nak menangis kau tau,syukur sangatttt lah kiranya....macam tak percaya je dapat
jejak Korea balik.Dulu datang sini tahun 2012, dengan SIR, abang ipar &
adik ipar. Iqi kenal tinggal jugak dulu. Kareem belum wujud lagi..haha Dulu aku
pernah la janji dengan diri sendiri, next visit ke Seoul nak bawak anak-anak,
tapi malang nya ibu tak dapat nak tunaikan janji…Tapi ibu dah beli tiket bawak
uolls tengok kangaroo tau..huhu Next visit ke Korea ibu bawak hokey..tapi tak
tahu la tahun bila pulak dapat ke Seoul lagi.
Benda pertama
yang aku cari, of course la Banana Uyu…lepas keluar pintu arrival, terus jek
aku ke convenience store dalam airport tu cari susu pisang. Ya allah,
nikmatnyaaaa rasaaa. Hahaha Sambil tu aku beli sekali T-Money, untuk memudahkan
pegerakkan naik public transport. T-money boleh digunakkan untuk naik subway
dan bas juga. Disebabkan aku tak locate aktiviti untuk first day ni, jadinya
aku ngan sir wak lek wat pis jela jalan lenggang lenggok…menikmati pemandangan
aiport Incheon tu. Tak tahu bila lagi bole jejak kan. Laki aku siap keluar jap
dari pintu airport sebab nak test mulut keluar asap ke tak..hahaha Biasalahkan,
Malaysia takde musim winter hoi.
tu ha kasut yang tercabut tapak tu..hahaha |
Untuk trip kali
ni, aku dah booked sesiap Seoul Dalbit Guesthouse kat area Dongdaemun. Aku
booked via HostelWorld. Dari Airport, aku amek AREX, interchange dekat Seoul
Station dan terus ke Dongdaemun. Walaupun ni kali kedua, aku masih
tercangak-cangak jugak la bila tiba tang nak tukar train..fening rasanya banyak
sangat line ni..ala tapi kejap jek,.masuk hari kedua dah terer tau.huhu Lebih
kurang jam 6pm baru lah kami sampai di station dongdaemun. Ada kejadian jugak
tau, malu sebenarnya nak cerita..tapi cerita jugaklah…*ntahpape* bole kan tapak
kasut aku melekat dekat lantai train, elok dah sampai station dongdaemun tu aku
rasa apsal kaki tak boleh gerak ni, cuak jap…aku rentap jela..terus tertanggal
separuh tapak kasut…hantu betul..bantai kena gelak ngan laki aku..hahaha celah
mana pulak kan aku nak cari gam gajah hoi…adoi..elok naik je escalator, nampak
ada banyak kedai-kedai dalam station Dongdaemun tu. Ada satu kedai ahjumma jual
kasut, aku pun terus la beli winter boots satu. Ahaks. Dapat jugak hakak winter
boots tau. ~wink..wink~
Elok je keluar
dari station Dongdaemun,.angin sejuk terus menerpa.Mashaallah,sejuk sampai ke
tulang sum sum lah..tak sangka pulak aku sesejuk ni. Rasa kejang kejung terus
kaki tangan.hahah rasakan, nak sangat winter trip kan. Nasib baik GH tu dekat
la jugak dari station subway tu. Laju aku jalan nak cepat sampai ke GH. Lepas
check-in, mandi, solat semua…kitorang keluar la jalan-jalan. Kitorang decide
nak ke Myeongdong. Situ meriah malam-malam.Lagipun ada banyak street food
halal.bole lah kitorang isi perut.
Bilik yang
kitorang booked ni, kecik sangat tau..tapi ada attached skali bathroom. Kira ok
sangat dengan harga dia. Lagipun aku ngan SIR badan tak besar sangat, ok la kot
kan. Kalau yang jenis sado, tak sesuai bilik ni. Masuk je luggage penuh dah
bilik.Almari pun takde.hahaha tapi yang best, wifi laju hokey.Penting ni
tau.lol.
Ok bersambung untuk day 2 dan seterusnya.daaaaa...
Ok bersambung untuk day 2 dan seterusnya.daaaaa...