Camana aku nak mula,aku pun tatau..emm..*belasah jela*
BEIJING : 30.4.13 - 5.5.13
Aku simpulkan
trip aku ke Beijing,China ni kira OK la..bolehla melepas gian nak
berjalan...lama tu aku tak berjalan-jalan..last trip aku ialah ke Korea bulan 9
tahun lepas...fuyooo..lama kan memerap di rumah...hehe Niat aku nak tengok bunga
ngan panda tak kesampaian...sebab,walaupun masa aku ke Beijing masih dalam
musim bunga,tapi dah sampai hujung-hujung dah..bunga-bungaan dah habis
gugur...Cuma belum summer suhu sekitar 24c – 26c je...rasa macam duk dalam ekon
jelaa...lagi yang tang panda tu,semua ahli rombongan taknak pulak g zoo
panda..takut kena virus H7N9 tu..err..ada kaitan ke?? Virus tu kan punca dari
ayam kan...errk...apa-apa jela...
Kesian kan aku tak dapat nak ber’spring’ tengok cherry
blossom..huhu.. dah la trip ke Melbourne terpaksa dibatalkan...kempunan mak nak
tengok tulippppsss nok...huwaaa...hehehe nak buat camana, aku nak terberanak
dah bulan 9 nanti...redha jela..takde rezeki aku tahun ni,moga tahun depan
rezeki datang lagi...dapat baby baru pun rezeki juga...haa tengok,anak aku dah
tendang-tendang dalam perut ni..tau ibu cerita pasal dia la tuh...adeeehh...^_^
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
30.04.2013
Flight ke Beijing pukul 6.15pm...jadi dalam pukul 2.30pm
kitorang dah gerak ke LCCT..aku rasa macam awal sangat kitorang gerak,tapi
kalau pergi ngan mak-mak,memang macam ni..kalau ikut mak aku,kul 1pm dia nak
ada kat sana kot..heh oh lupa nak bagitau,rombong cik kiah ke Beijing ni,ada 10+1
orang ahli...family aku 6 orang (mak,ayah,adik aku 2 org, aku ngan sir + iqi), 2 orang
makcik aku, sorang kawan mak aku ngan anak buah dia sorang...macam yang pernah
aku bagitau,untuk trip ni,,flight tiket aku booking sendiri,harga dalam RM700 –
RM860,berbeza-beza sebab korang tau jela,book time promo...macam-macam
masalah..bila aku dah isi semua details,hang pulak time nak buat payment..bila
nak isi lagi sekali..harga dah naik pulak..aish...nasib baik aku tabah..huhu paling
murah tiket adik lelaki aku RM740..paling mahal tiket laki aku RM860...lepas tu
aku amek Muslim Ground Tour, RM450..kalau pergi ramai-ramai,boleh dapat harga
murah lagi...Pakej ni termasuk hotel, makan, tour, tips, visa....tinggal bawak
duit shopping je...total trip ke beijing ni,kata la Flight rm900/pax + tour rm450 = rm 1350 sahaja...murah kan!!
Perjalanan 6jam ke Beijing memang membosankan... dah la
kena himpit-himpit ngan iqi,dengan punggung aku yang makin melebar ni...adoyai..lepas
ni kena beli 3 seat la,baru selesa..tapi sanggup kah aku nak bayar extra rm700..errrrrrkkk...*geleng* nasib baik hari malam,memang senang je aku nak tidur
dalam flight tu..ada sekali tu aku g depan duduk kat Hotseat..kosong je
kan..tengah syok-syok tidur..cik pramugari kejut pulak,tak bagi aku tidur
situ..kena bayar extrakatanya.. hampesss....malu i tau!!
Lebih kurang dalam pukul 1am++, kitorang pun sampai di
airport beijing...mata aku separuh je...tak dapat nak bukak luas-luas..ahkak lotih dik oiii...hehe tengah jalan nak ke kaunter passport tu..nampak
sekumpulan manusia melambai-lambai ke arah kitorang..terus tergelak aku..segar
dah mata...makcik-makcik sedara @sepupu-sepupu mak aku yang tengah
melambai-lambai tu...diorang dah nak balik KL,duk kat ruang menunggu tu...maknanya flight yang bawak
kitorang ke beijing ni akan bawak diorang pulang....gituww...apa lagi,kepoh la
mak ngan makcik-makcik aku yang lain menjerit-jerit..macam 5 tahun tak jumpa
kan...tapi,memang pun..aku rasa time raya jela baru berjumpa...dah la kitorang
jarang sangat balik Segamat tu..heheh
Keluar je pintu,dah nampak tour guide
kitorang...amoi,nama dia Lisa..aku ingat pandai la cakap melayu dialek
indon..sebab rata-rata aku baca blog,semua cakap macam tu..sekali yang aku
dapat ni,tak reti pulak..cakap english je...sudahhh!! mampuih abak den nak
paham kan....hehe
Kitorang tidur kat Ming Du hotel...agak jauh dari
bandar...lebih kurang 30 – 40 minit perjalanan kot...hotel dia agak bersih,bagi
aku selesa la..tapi yang tak best nya, takdak IRON...arghhhh..stress aku
tau..aku dah siap request kat tour agen yang kat KL,bagi hotel yang sediakan
iron...dia cakap ‘Ok..Ok...normally,all hotel provide iron’..yela,tak kan aku
nak hangkut iron dari KL kot...tapi kalau dia bagitau awal-awal,gigih kot aku hangkut
jugak....dulu masa bagi g Bali,aku bawak tau..memang sangat gigih..heheheh oo
lagi satu,aku rasa hotel ni tak sesuai bagi backpackers...sebab jauh dari
public transportation...jauh juga dari bandar..tolonglah pilih hotel lain ok...tapi kalau datang ikut group tour..Ok je...
K, la..to be continue....